Cara Cepat Kurus : Ubah Tabiat Pemakanan

Biasanya orang nak kurus ni mahukan keputusan yang drastik. Nak turunkan berat dalam masa sebulan sebanyak 10kg ke. Ia memanglah tidak mustahil untuk dilakukan tetapi ia akan berikan efek yo-yo (berat turun dan mudah naik kembali dengan cepat). Rugilah kalau macam tu kan?

Jadi macam mana nak buat untuk kekalkan berat yang turun tu selama-lamanya?

Mula-mula ubah tabiat pemakanan kita sehari-harian secara perlahan-lahan.

1. Kurangkan air manis. Kalau biasa ambil air manis 3 kali sehari, kurangkan kepada 2 kali. Lepas tu cuba minum sekali sahaja sehari.
Bila dah berjaya bab ni, kita teruskan dengan air TANPA GULA.

Hehe. Yang ni perlukan mental super kuat. Hehe.

2. Kurangkan 1/4 nasi dari kebiasaan kita makan. Kalau biasa ambil 1 pinggan penuh, kurangkan kepada 3/4 pinggan. Bukan semua orang boleh terus buat

PINGGAN SUKU-SUKU-SEPARUH kannn.. (kecuali orang yang kuat jiwanya sahaja mampu buat ni. Hehe)

Lepas tu kurangkan lagi kepada setengah pinggan.

3. Yang tak pernah ada sayur dalam pinggan, cuba tambahkan sayur sedikit demi sedikit. Cuba cari sayur apa yang sesuai dengan tekak. Bukannya pukul rata, semua sayur aku TAK SUKA.
Nak kuruskan badan wajib cukup semua makro nutrien. Kalau tak cacatlah proses penurunan berat badan kita.

Yang makan sayur ala kadar. Boleh tambahkan sayur lebih sikit. Jika sebelum ni makan 2-3 potong timun, tambahkan timun tu kepada setengah batang. Cuba sayur-sayur yang disukai.

Cuba 3 langkah ni dulu. Buatlah selama sebulan atau 40 hari. InshaAllah jadi habit.

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge