Tips Memilih Breast Pump Betul Dan Yang Paling Bagus

Saya sangat bersetuju jika ada ibu yang mengatakan pemilihan pam yang betul dan bagus adalah salah satu faktor kejayaan penyusuan susu ibu.

Pemilihan pam yang betul dan terbaik boleh mempengaruhi penghasilan susu ibu
Pemilihan pam yang betul dan terbaik boleh mempengaruhi penghasilan susu ibu

Kenapa?

Pam yang tidak bagus dan menyakitkan cik B kita semasa mengepam akan membuatkan kita rasa serik dan perit untuk mengepam serta nak mengepam tu bagaikan satu seksaan pula. Bagaimana nak berjaya kan?

Walaupun kejayaan penyusuan bukan bergantung sepenuhnya kepada pam, tapi pam yang bagus boleh membantu kita mengepam dengan lebih cepat, lebih efektif dan lebih banyak susu dihasilkan.

Bagaimana tu? Jom kita tengok tips memilih pam yang betul dan bagus.

Tips Memilih Pam Yang Betul dan Bagus

  1. Jenis Pengepaman

    Medela Freestyle adalah salah satu contoh pam double.
    Medela Freestyle adalah salah satu contoh pam double.

    Terdapat 2 jenis pam yang ibu-ibu boleh pilih iaitu
    -pam single
    -pam double
    Kelebihan pam double ialah boleh memerah kedua-dua belah payudara dalam satu masa berbanding pam single. Ia adalah pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang kesuntukan masa di pejabat.

  2. Pam Manual, Letrik atau Menggunakan Bateri

    Pam Avent manual ni adalah pam single dan manual.
    Pam Avent manual ni adalah pam single dan manual.

    Pam manual agak meletihkan tangan berbanding dengan pam letrik atau bateri. Ia mungkin sesuai untuk ibu-ibu yang jarang mengepam atau hanya mengepam di ofis sahaja sebanyak 2-3x. Bagi yang sangat komited mengepam iaitu 2-3 jam sekali, sudah pasti pam eletrik sangat sesuai. Ia menjimatkan masa di samping lebih rileks semasa mengepam. Cuma kekurangannya ialah, ia memerlukan plug point untuk mengepam.
    Bagi pam yang menggunakan bateri, ia mudah digunakan kerana ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja anda pergi.Saya pernah menggunakan kedua-dua jenis pam iaitu pam manual dan pam letrik yang boleh digunakan dengan menggunakan bateri. Saya lebih gemar pam manual berbanding pam eletrik kerana suction yang lebih kuat berbanding pam eletrik. Tetapi semasa saya bekerja dan gigh mengumpul stok semasa anak kedua dahulu, saya lebih suka menggunakan pam letrik kerana saya mengepam dengan kerap.

    Boleh juga refer ke website ni untuk tengok jenis2 breastpump yang ada di pasaran sekarang.
    Jenis-jenis breastpump

  3. Keselesaan

    Medela Harmony ni adalah pam single, manual dan mempunyai corong lembut yang sangat selesa. Saya sangat sukakannya.. :)
    Medela Harmony ni adalah pam single, manual dan mempunyai corong lembut yang sangat selesa. Saya sangat sukakannya.. šŸ™‚

    Pilihlah pam yang mempunyai alas getah yang lembut serta selesa membuatkan anda tidak sakit ketika mengepam. Pam yang menyakitkan akan membuatkan anda terasa ‘serik’ setiap kali ingin mengepam.

  4. Mudah Digunakan Dan Bunyi Yang Perlahan

    Belilah pam yang membuatkan anda selesa dan fleksibel untuk anda membawanya ke mana jua. Bagi ibu yang berkerjaya dan sering out-station, sudah pasti memerlukan pam yang tidak mempunyai banyak perkakasan dan bersaiz kecil supaya mudah untuk membawanya.
    Selain itu, pilihlah pam yang mudah dibersihkan dan tidak mengeluarkan bunyi yang kuat supaya anda boleh mengepam berdekatan dengan bayi semasa bayi tidur atau di bilik mesyuarat/di tempat kerja tanpa disedari oleh rakan sekerja.

  5. Kadar Sedutan

    Pastikan pam yang dipilih mempunyai kadar sedutan seakan bayi menyusu. Keadaan ini tidak menyakitkan anda. Apabila anda selesa, ia akan merangsang pengeluaran susu yang lancar. Untuk pam manual, anda boleh kawal sendiri kadar sedutannya. Untuk pam letrik, pastikan ‘suction’nya boleh dilaras kuasa sedutanya. Ini kerana setiap ibu mempunyai keperluan sedutan yang berbeza.

  6. Tahan Lasak

    Sekiranya anda mengepam setiap 2-3 jam sekali di pejabat dan anda akan mengepam di rumah ketika anak tidur, anda memerlukan pam yang tahan lasak terutamanya pam letrik. Untuk pam letrik, pastikan motornya tahan untuk sesi pengepaman yang kerap terutamanya bagi ibu yang bekerja.Untuk pam manual, biasanya memang tahan lasak. šŸ™‚

  7. Bajet

    Belilah pam mengikut kemampuan anda. Tapi kebiasaannya pam yang baik dan tahan lama serta tahan lasak memerlukan sedikit pelaburan. Saya mengesyorkan anda membuat perbandingan dan juga bertanya pendapat rakan-rakan yang sudah biasa menggunakan pam dalam jangka masa yang lama.

Saya lebih suka mencadangkan pam yang telah biasa saya gunakan iaitu pam jenama Avent dan Medela. Semasa melahirkan anak pertama, saya gunakan pam Avent manual. Dan semasa anak kedua, saya melaburkan sedikit wang untuk membeli Medela Free Style. Hasilnya memang berbaloi kerana saya berjaya menyimpan stok yang sangat banyak. Alhamdulillah. Anak ketiga pula saya mencuba Medela Harmony yang juga best! Anak ketiga ni saya bukan pengepam tegar kerana sudah berhenti kerja. Kebanyakannya adalah direct feeding sahaja. Saya hanya pam 1-2 kali je sehari untuk maintain production.

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge