Tips Elak Kejang Kaki Semasa Hamil

Kejang kaki atau dikenali sebagai simpul biawak ni memang sering berlaku kepada ibu hamil semasa trimester kedua dan ketiga. (Orang Kelantan pula memanggilnya sebagai ‘settok karrung’. :D)

elak kejang kaki mengandung

Masa berlakunya kejang kaki ni, memang rasa sakitnya Tuhan sahaja yang tahu. Huhuhu. 🙁

Antara sebab yang menyebabkan berlakunya kejang kaki ini ialah

-uterus yang semakin membesar akan memberi tekanan kepada salur darah besar pada kaki ibu.
-hormon kehamilan iaitu hormon progesteron memberi kesan kepada otot kaki yang boleh menyebabkan kekejangan.
-ibu kekurangan nutrien dan mineral seperti Kalsium dan Magnesium. Ini adalah kerana bayi di dalam kandungan akan mengambil apa sahaja nutrien di dalam badan ibu.

Cara Elak Kejang Kaki Atau Simpul Biawak

1. Banyakkan Minum Air

Kekurangan cecair dalam badan juga antara punca yang menyebabkan kejang kaki ini. Jadi, usah biarkan diri dehidrasi. Banyakkan minum air kosong atau jus tanpa gula.

2. Lakukan Senaman Regangan Kaki

Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
Sumber : BabyCenter

3. Lakukan Senaman Tapak Kaki

Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
Sumber : BabyCenter

4. Banyakkan Bergerak

Mungkin ibu hamil semasa trimester ketiga rasa penat dan letih untuk banyak bergerak, namun ibu-ibu harus ingat dengan banyak bergerak boleh memudahkan proses bersalin nanti. Selain itu, pengaliran darah juga lebih lancar dan dapat mengatasi masalah kejang kaki/simpul biawak ini.

5. Rendam Kaki/Mandi Dengan Air Suam

atasi kejang kaki waktu hamil

Rendam kaki atau mandi dengan air suam sebelum tidur. Perubahan suhu ini menjadikan otot lebih relaks dan dapat mengurangkan sakit pada kaki.

6. Minum Susu dan Makan Makanan Tinggi Kalsium

Cara elak kejang kaki semasa mengandung

Ambil susu secara rutin dan makan makanan yang tinggi Kalsium seperti brokoli, keju, kekacang, buah oren dan lain-lain.

7. Ambil Suplemen Kalsium Lengkap Dengan Vitamin D

Kenapa pentingnya Vitamin D di dalam pil Kalsium anda? Kerana kehadiran Vitamin D dalam memberikan penyerapan optimum Kalsium di dalam badan ibu. Dengan pengambilan Kalsium lengkap ini, ibu hamil dapat mengatasi masalah kejang kaki sewaktu hamil. Selain dapat elak kekejangan kaki ni, ibu juga dapat mengatasi masalah sakit gigi yang disebabkan oleh gusi yang tidak sihat. Pilih Kalsium yang terbaik yaa ibu-ibu.

Saya boleh tunjukkan Kalsium terbaik untuk ibu. Jemput klik gambar di bawah untuk whatsapp saya tanpa perlu simpan nombor handphone saya terlebih dahulu.

atasi masalah sembelit

Ibu-ibu juga boleh cuba Set Hamil Shaklee yang membekalkan nutrisi lengkap untuk ibu hamil. Sekaligus dapat membantu ibu mengatasi masalah simpul biawak ni. Alhamdulillah, dari pengalaman sendiri pun memang jarang-jarang sangat kena simpul biawak ni semasa mengandung.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Laila Ismail

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge