Tips Bisnes Online Dari Rumah Tanpa Mengabaikan Anak-Anak

2 Januari 2017 tahun depan, genaplah saya menjalankan bisnes Shaklee secara online dari rumah sepenuh masa. Alhamdulillah. Rezeki yang Allah berikan ini sangat saya hargai. Alhamdulillah.

bisnes-online-dari-rumah-580x434

Biarpun hanya hampir 2 tahun, saya ingin kongsikan beberapa tips untuk bisnes secara onlien dari rumah tanpa mengabaikan keperluan anak-anak. Dan semestinya KPI bisnes kita tercapai.

Tips Bisnes Online Dari Rumah Sambil Jaga Anak-anak Dengan Penuh Kasih Sayang

1. Buat Jadual

Tips bisnes online dari rumah

Ini sangat penting!! Hatta waktu untuk mandi, untuk solat, untuk mengaji Al-Quran, untuk membaca buku pun perlu diperincikan dalam jadual. Kalau tak, memang merasalah mandi tengah hari atau mandi petang sebelum suami pulang ke rumah. 😛

Jadinya WAJIB buat jadual dan patuhi jadual tersebut. Awal-awal tu memang ada juga yang perlu di’adjust’ sana sini. Dan bergantung kepada mood anak kecil juga jika ada anak dalam usia 1-3 tahun. Mungkin juga sukar untuk berada di hadapan laptop jika baby meragam kan, jadi gunakan segala kemudahan yang ada untuk terus melayan customer dan anak-anak bisnes.

2. Buat To Do List

Tips kerja dari rumah

 

To Do List ni kategori WAJIB ada juga ni. Biasanya saya akan senaraikan malam sebelumnya. Atau pagi-pagi Subuh supaya kita tahu perkara apa yang perlu kita lakukan pada hari tersebut.

Kriteria perkara di dalam To Do List  ni adalah perkara yang lebih detail berbanding dari rutin yang sudah ada dalam jadual (rujuk no 1). Contohnya senaraikan semua order customer, barang2 sekolah yang anak2 perlukan, jadual untuk update FB atau blog dan sebagainya.

3. Jangan Cerewet

Tips kerja dari rumah

Jika diikutkan hati, saya ingin pastikan rumah sentiasa berkilat dan sentiasa kemas. Tapi kalau fokus kepada kerja2 rumah semata-mata, memang terkuburlah segala jadual bisnes saya. Jadinya, jangan terlalu cerewet dengan keadaan rumah. Kadang-kadang pinggan penuh sinki, kadang-kadang lantai penuh biskut. Memang mata rasa ‘sakit’ apabila tengok semua ni tapi untuk jadi usahawan yang berjaya, anda kena lalui dengan penuh rela. 🙂 Letakkan ‘priority’ dalam setiap kerja rumah/kerja2 bisnes.

4. Gunakan Masa Emas Semasa Anak Kecil Tidur

Kalau anak-anak yang dah besar dan sudah bersekolah, memang tak jadi masalah sebab anak-anak biasanya ada aktiviti sendiri. Saya mempunyai anak kecil yang berusia setahun lebih, jadinya MASA agak kritikal terutamanya waktu menyusu dan waktu tidur. kadang-kadang, waktu kita di depan laptop itulah dia merengek, masa kita tengah basuh pinggan tu lah dia nak dukung. Kan? Laluinya dengan hati yang penuh rela dan ikhlas. Layani anak-anak sebaik mungkin.

Jika anak tidur, gunakan masa emas semasa baby tidur tu untuk buat perkara yang paling kritikal dan memerlukan fokus yang tinggi. Contohnya menulis blog dan membaca buku-buku ilmiah. Jika mahu baca majalah atau bahan bacaan ringan, boleh juga ajak anak-anak sama-sama membaca.

5. Ajak Anak2 Sama-sama Terlibat Dalam Bisnes

images-1

Biasanya anak-anak saya adalah peneman setia untuk menghantar barang Shaklee atau mengepos barang di pejabat pos.
Kita juga boleh libatkan mereka semasa dalam proses menghantar barang kepada pelanggan. Sebagai contoh, kita boleh libatkan mereka semasa packing barang pelanggan. Saya ada 2 orang anak dara yang berusia 8 dan 6 tahun. Biasanya sorang tukang bungkus dengan bubble wrap, sorang lagi tukang masukkan dalam plastik Poslaju.
Itu kalau yang perlu dipos dengan poslajulah.

Kebanyakan masa saya akan gunakan perkhidmatan Shaklee je. Order secara online melalui Shaklee dan Shaklee yang akan poskan kepada customer. Jadi, tiada masalah langsung jika saya berada di mana-mana pun untuk hantar barang pelanggan yang telah dipesan. Jika tiada kenderaan untuk keluar pun, memang tiada masalah untuk bisnes Shaklee ni.

6. Enjoy Kehidupan

Awal-awal tahun 2015, semasa memulakan bisnes online sepenuh masa, memang agak stress dan mencabar!!! Saya pasti ramai yang melaluinya. Maklumlah, awal-awal tu  memang belum pandai menguruskan masa dengan baik. 🙁

Tiba-tiba je dah petang.
Tiba-tiba je dah petang…. memang rasa tak sempat nak buat apa-apa dah.


Bila dah lama sikit, makin pandailah kita uruskan masa dan adjust sana sini. Paling penting, dahulukan Allah dalam setiap perkara. InshaAllah segalanya akan jadi smooth.. 🙂

Nak masa yang berkat? Mengaji di awal pagi. 🙂


Itulah serba sedikit tips bisnes secara online bersama Shaklee. Segala-galanya boleh dilakukan di hujung jari dan amalkan hidup berjadual. InshaAllah hidup kita lebih teratur, anak-anak gembira dan ceria, suami pun bahagia. 🙂

Untuk jadi WAHM (Work At Home Mom), perlu sesuaikan dengan keadaan diri sendiri dan keluarga. Paling penting ialah SUAMI RESTU dan ada keinginan yang tinggi untuk berjaya dan menggapai impian. Itu yang UTAMA.

Jika anda juga mahu bersama-sama saya membina rangkaian perniagaan Shaklee, InshaAllah saya akan berikan tunjuk ajar sehingga berjaya memperoleh pendapatan sendiri yang diidamkan.

Hubungi saya untuk sama-sama berbisnes dalam kumpulan. Anda boleh tentukan pendapatan anda sendiri. Sila SMS/whatsapp ke 019-722 8520 ya.

Mentor Bisnes Shaklee Anda

Laila @ AkakSelim

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge