Tips Banyakkan Susu Badan Yang Paling Berkesan Berdasarkan Pengalaman Ibu-Ibu Menyusu

 

Ebm yang dikumpul dengan bantuan set menyusu shaklee
Susu perahan sepanjang tempoh berpantang dengan menggunakan set menyusu shaklee

Saya baru je kongsikan pengalaman saya dengan seorang bekas rakan ofis mengenai bagaimana nak banyakkan susu ibu setelah menghadapi masalah susu merudum. Rakan tersebut bernama Puan A. Puan A ni baru 4 bulan bersalin, maksudnya beliau mempunyai peluang cerah untuk memperbanyakkan penghasilan susu beliau kerana hormon prolaktin masih dihasilkan dengan banyak. Apa HORMON PROLAKTIN ni?

Ketika bayi anda sedang menyusu, hisapannya menyebabkan lebih banyak hormon prolaktin dibebaskan. Prolaktin merangsang badan anda supaya menghasilkan lebih banyak susu. Ini merupakan pesanan kepada payudara supaya membuat susu yang cukup bagi sesi penyusuan yang seterusnya.

Selepas beberapa jam, tahap prolaktin turun semula, tetapi akan meningkat kembali apabila bayi anda menyusu lagi. Dengan ini, lebih kerap bayi anda menyusu, lebih banyak prolaktin dalam aliran darah anda untuk menggalakkan pengeluaran susu.

Sumber : Babycenter

Sebelum saya berikan tips menghasilkan susu dengan lebih banyak, saya menyarankan beliau agar sanggup korbankan sedikit masa dan tenaga untuk merealisasikan tips ini. Dengan lebih tepat, sanggup korbankan waktu tidur selama lebih kurang seminggu untuk melaksanakan tips2 ini.

Ebm yang dikumpul dengan bantuan set menyusu shaklee
Susu perahan sepanjang tempoh berpantang dengan menggunakan set menyusu shaklee

Apa Tips Banyakkan Susu Badan Yang Paling Berkesan Tu?

1. Power Pumping (PP)

Lakukan power pumping untuk banyakkan susu badan.
Power pumping adalah antara teknik yang paling berkesan untuk banyakkan susu ibu.

Pam single/Pam menggunakan tangan – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke sebelah kanan 10 minit dan seterusnya, ulang setiap 10 minit dan teruskan selama sejam.

Pam double – Pam kedua-dua belah payu dara selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan teruskan selama sejam.

Seelok-eloknya lakukan PP ni sekali sehari selama 3-5 hari. Ia tidak perlu dilakukan dalam tempoh yang lama kerana kita hanya ingin boostkan kembali susu yang merudum.

2. Pam/Menyusu Setiap 2~3 Jam Sekali

Teknik banyakkan susu badan
Pam/menyusu dengan lebih kerap mampu banyakkan penghasian susu ibu.

Pam/susukan bayi setiap 2~3 jam sekali sekurang2nya selama 5-7 hari. Selepas seminggu anda akan dapati ada peningkatan dalam penghasilan susu anda. InshaAllah.

Saya berpengalaman melakukan teknik yang kedua ini semasa menyusukan anak pertama 7 tahun yang lalu. Alhamdulillah, ia memang memberikan hasil yang sangat memberansangkan. Sudah pasti memerlukan keazaman yang sangat kuat dan stamina juga harus tinggi. Sebab kita perlu berjaga malam untuk bangun mengepam/menyusu. Demi memberikan yang terbaik untuk anak, Alhamdulillah saya berjaya merealisasikannya.

Sila klik link di bawah :-
Pengalaman Laila menggunakan tips pam dengan lebih kerap. (part 1)

Pengalaman Laila menggunakan tips pam dengan lebih kerap. (part 2)

Semoga perkongsian pengalaman saya di atas mampu menaikkan semangat ibu-ibu untuk berusaha dengan lebih keras dan bersungguh-sungguh.

Susu badan

Jangan sesekali give up dalam penyusuan, InshaAllah Allah akan berikan jalan penyelesaian untuk kita berikan yang terbaik untuk anak kita.

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge