Tempat Travel Impian Bersama Keluarga

15 tahun lepas (uish.. lamanya), semasa belajar di Jepun, banyak benda yang saya dapat muhasabah setelah pulang ke Malaysia.

Masa dok sana tak berapa sedar sebab masih muda remaja gitu.Hehe.

Antaranya ialah
1. Didikan awal anak-anak. Sejak dari kecil mereka diajar berdikari. Seawal 4-5 tahun mereka dah boleh bukakan lif untuk orang lain. Budak-budak sekolah rendah pula diberi tanggungjawab untuk mengagihkan makanan kepada kawan-kawan sekelas.

2. Sikap menghormati di antara satu sama lain sangat tinggi. Tak kiralah apa sekali pun pekerjaan diorang.

3. Sikap bangga dengan pekerjaan masing-masing. Pemandu bas? Penyapu sampah? Pemandu keretapi? Semuanya bekerja dengan penuh dedikasi dan nampak terpancar di wajah diorang sangat bangga dengan pekerjaan diorang.

Banyak lagi perkara yang membuka saya tertarik untuk tinggal sekali lagi di sana. Namun tiada siapa di antara kami suami isteri yang rajin nak sambung study. Hehe. Makanya kami plan untuk travel jelah sekali lagi. InshaAllah 2019/2020 nanti.

Yang paling teruja nak cuba ialah restoran-restoran halal yang sangat mudah dicari berbanding 15 tahun dahulu.

Dulu, kita cerita tentang halal pun mereka terpinga-pinga dengan soalan bertubi-tubi. Nampaknya sekarang mereka sudah lebih terbuka dan prihatin dengan keperluan Muslim di sana dan untuk pelancong-pelancong beragama Islam. Alhamdulillah.

Kalau orang Jepun yang buat, saya berani jamin yang 100% tiada keraguan kerana mereka sangat disiplin dan strict dalam apa jua hal.

Tak sabar nak bawa anak-anak mengenali masyarakat Jepun. InshaAllah moga ada rezeki boleh bawa satu family ke sana. InshaAllah.

Doakan kami dapat ke sana seluruh ahli keluarga 2020. InshaAllah.

Nota : gambar honeymoon tajaan P 2002

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge