Teknik Urus Masa Untuk Ibu Bekerja Dari Rumah

Eh, awak bekerja dari rumah sure banyak masa kan?

Eh, mesti sempat baring-baring tengok TV kan?

Jadi WAHM ni mesti banyak masa kan???

Pernah dengar orang berkata-kata sedemikian? Kalau akak selim yang kena, telan sajalah.

Kalau anda belum cuba, jangan hanya berkata-kata. Cubalah dulu barang seminggu dua. Dan anda akan tahulah bagaimana BANYAKnya MASA seorang isteri-ibu yang bekerja dari rumah.

teknik urus masa bagi ibu bekerja dari rumah

Setiap orang ada masa yang sama je kan? 24 jam.

Jadi, memang kena pandai urus masa supaya 24 jam yang kita ada tu tidak habis begitu sahaja.

Untuk ibu yang bekerja dari rumah atau WAHM, memang kena pandai betul uruskan masa. Sebab kalau tiada ilmu urus masa dengan baik,

Tiba-tiba

Eh! dah petang
Eh! dah malam!!

Haaa.. macam tulah jadinya. Kelam kabut dibuatnya!!

Akak selim kongsikan apa yang telah akak selim praktikkan sepanjang 2 tahun menjadi WAHM ni. Pengalaman yang masih muda, moga bermanfaat untuk semua.

teknik urus masa bagi ibu bekerja dari rumah

1. Buat jadual.

Terutamanya ibu-ibu macam akak selim ni. Jadi mak supir, jadi chef, jadi bibik, jadi tukang sapu dan pelbagai tugasan lagi kan.

2. Ikut jadual, patuh pada jadual.

Mesti patuh pada jadual yang telah kita sediakan. WAJIB!

3. Adjust jadual jika tak bersesuaian.

Jangan HAPUSKAN jadual pulak kalau rasa susah nak follow tu. Adjust sana-sini untuk

4. Follow semula jadual baru tu.

Jangan buat je jadual, tapi langsung tak ikut pulak. Memang semua ke laut jadinya.

Akak selim biasa buat jadual untuk hari anak-anak2 sekolah. Untuk hari cuti, lebih longgar sikit jadual akak selim. Sebab kena ikut big bos punya masa jugak kan.

Tapi lepas anak-anak tidur, memang bermulalah rutin untuk perancangan bisnes yang lebih serius, macam sharing untuk anak2 #gengfreedom ke, perancangan bisnes sendiri ke, atau belajar teknik2 baru dari internet dan dari mentor2 shaklee akak selim.

Untuk mereka yang bekerja pula, susun masa dengan betul untuk waktu rehat di pejabat.
Masa akak selim bekerja dulu, waktu rehat tulah akak selim ambil peluang reply msg customer, bungkus parcel kalau tak sempat bungkus dari rumah dan macam-macam lagilah boleh buat.
Yang penting.

Rancang masa anda. InshaAllah boleh je bisnes sepenuh masa di rumah mahu pun part time sahaja.

Inginkan pendapatan sampingan atau pendapatan utama bagi surirumah? Jom sertai kami Geng Freedom. Whatsapp ke 019-722 8520

Kita mula bisnes di penghujung 2016, 2017 kita akan nampak perkembangannya nanti . InshaAllah.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge