cara atasi sakit contraction

7 Teknik Mengurangkan Sakit Kontraksi Ketika Bersalin

Apabila diimbaskan kembali saat-saat menghadapi ‘contraction’ atau kontraksi ni, memang itulah saat paling sakit semasa nak melahirkan kot. šŸ˜† Sebab dah habis kontraksi tu baby pun dah keluar dan segala rasa sakit hilang dah. Walaupun masih terasa luka bersalin atau ada koyakan semasa bersalin tu, bila dah dapat tengok baby keluar dengan selamat, sakit tu tiba-tiba je hilang. šŸ˜€

tanda dah dekat nak bersalin

Kontraksi ni adalah antara penyebab ibu-ibu rasa fobia nak mengandung sebab memang rezeki masing-masing terpaksa merasai kontraksi yang lama atau pun sekejap. Mengikut pengalaman saya melahirkan 3 orang anak, semuanya pengalaman berbeza. Kontraksi anak kedua adalah sangat sekejap berbanding kontraksi semasa anak pertama dan ketiga. Rasanya anak ketigalah yang agak lama menanti bukaan nak bersalin tu. Pergi hospital lepas waktu Subuh dan bersalin pukul 11 lebih. Pukul 9 tu dah start contaction yang sangat teruk. Memang rasa nak menangissss menahan sakit. Huhuhu. šŸ˜„

Salah satu sebabnya ialah kurang ilmu untuk menahan atau mengurangkan sakit kontraksi ni. Memang kurang mencari kot ilmu ni pada masa itu. Menyesal pun ada juga. Tahniah untuk ibu-ibu yang cari tentang cara nak hilangkan sakit kontraksi ni. Memang sangat membantu tau.

Cara Mengurangkan Sakit Contraction Semasa Bersalin

1. Sokongan Suami/Orang Tersayang

cara atasi sakit contraction

Menahan sakit contraction keseorangan adalah sangat berbeza dengan menahan sakit bersama dengan orang tersayang. Walaupun suami atau orang yang temankan kita tu tak dapat kurangkan sakit contraction tu, tapi secara emosinya kita lebih rasa lega dan mampu menahan sakit bersalin tu. Saya cerita ni adalah daripada pengalaman sendiri. Memang berbeza.

Namun, usahlah rasa bimbang jika suami atau mak, kakak, adik tak dapat temankan. Ibu-ibu masih ada cara lain lagi untuk mengurangkan rasa sakit nak bersalin ni. Teruskan membaca yaaa.

2. Urutan Lembut

Atasi sakit contraction

Saya masih ingat lagi masa bersalinkan anak pertama. Masa sakit contraction yang amat sangat tu, suami cuba nak urut untuk legakan. Saya masih ingat sampai hari ni. Saya ada cakap kat suami.

Jangan pegang!!

Hahaha. Teruk betul kan? Sebenarnya waktu tu memang dah TERLALU SAKIT sehinggakan suami nak urut pun rasa SAKIT. Harap-harapnya encik suami tak ingatlah kata-kata saya yang ni. Hihi. :mrgreen:

Minta suami atau orang yang temankan ibu-ibu untuk urut lembut di bahagian pinggul. Memang boleh menenangkan dan mengurangkan rasa sakit kontraksi sebab kita dah kurang fokus kepada sakit tersebut.

3. Teknik Bernafas

Kata kawan saya yang ‘homebirth’, teknik pernafasan ni kena belajar betul-betul. Kalau boleh berguru untuk belajar supaya kita tahu yang kita bernafas tu betul-betul efektif ke tak untuk kurangkan sakit contraction dan elakkan koyakan semasa bersalin.

Tarik nafas perlahan-lahan menggunakan hidung dan hembus perlahan-lahan melalui mulut. Kata kuncinya adalah relaks dan jangan panik. Boleh tengok video ni untuk lebih jelas.

4. Banyakkan Berjalan/Bergerak

Relakskan diri dengan banyakkan berjalan. Berjalan di dalam rumah atau sekeliling taman dengan ditemani suami atau kawan. Untuk berjalan di luar ni, kita kena tahun tahap mana contraction yang berlaku ya. Kalau dah ada contraction yang kerap dan konsisten tu, dah dekat dengan waktu nak bersalin dah tau. Boleh terus bergegas ke hospital ya.

Tanda-tanda Dah Dekat Nak Bersalin

Jika tak mampu untuk berjalan-jalan, baringlah secara mengiring di atas katil atau tukar posisi semasa di atas katil dalam keadaan yang paling selesa.

5. Mandi Air Suam Atau Tuam Dengan Beg Panas/Botol Panas

Mandi dengan air suam dapat melegakan rasa sakit kontraksi. Atau boleh juga gunakan beg panas atau botol air yang berisi air panas (dibalut dengan tuala), minta bantuan suami atau orang yang temankan ibu untuk letakkannya di belakang anda.

Kaedah ini dapat merangsang badan ibu untuk melepaskan bahan semulajadi untuk melegakan kesakitan.

6. Baca Al-Quran/Zikir/Dengar Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran

Bagi mereka yang beragama Islam, banyakkan berzikir, membaca Al-Quran atau mendengar ayat-ayat suci Al-Quran.

Ini ialah beberapa zikir yang disarankan untuk diamalkan semasa sudah hampir nak bersalin dan boleh diamalkan sepanjang kehamilan.

Sumber : Google

Doa bersungguh-sungguh kepada Allah mohon dipermudahkan segala urusan melahirkan. Sesungguhnya segala ketentuan dan rezeki adalah dari Allah.

7. Ambil Kalsium Yang Mengandungi Magnesium

Magnesium dipercayai dapat membantu melegakan otot-otot dan membantu menghilangkan sakit contraction. Ambil secara konsisten setiap hari dan tambahkan dos apabila sudah hampir waktu bersalin.

Sumber :Ā NaturallySavvy

Ibu boleh dapatkan Kalsium terbaik yang lengkap dengan Magnesium di sini.
Klik link ya. Beli Kalsium + Magnesium

Semoga ibu-ibu dapat bersabar dengan kesakitan yang dialami. InshaAllah ibu akan rasa tenang apabila sentiasa ingat bahawa inilah pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan zuriat yang dinanti-nantikan. Banyakkan mengingat Allah dan berserah kepadaNya.

Jangan sampai jadi seperti kisah ini ya. Nauzubillah.

Selamat melahirkan. Semoga dipermudahkan segala urusan ibu-ibu ya. Selamat berpantang dan menyusukan si manja dengan sihat dan bertenaga. InshaAllah.

Love Love,
Mama Laila
Mama Anak 3

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge