tanda dah dekat nak bersalin

4 Tanda Bersalin Yang Ibu Hamil Wajib Ambil Tahu

Ibu dah masuk 36 minggu? Alhamdulillah. Tahniah ya. 36 minggu tu dikatakan dah cukup masa untuk bersalin dan jika terbersalin 36 minggu ni, kebiasaannya baby yang lahir tu bukan kategori pra-matang dah (bergantung juga dengan keadaan organ baby hasil pemeriksaan doktor sama ada sudah matang atau pun belum).

tanda dah dekat nak bersalin

Jadi, ibu kena tahu tanda-tanda awal nak bersalin ni. Jangan sampai terlambat ke hospital atau tak sediakan kelengkapan nak ke hospital pulak. Hehe. Nanti kelam kabut jadinya.

4 Tanda Bersalin Yang Tidak Boleh Diabaikan Oleh Ibu Hamil

Tanda-tanda bersalin yang saya kongsikan ni adalah tanda-tanda yang betul-betul dekat nak bersalin. Usah diabaikan tanda bersalin ni supaya sempat ke hospital ya.

1. Lelehan Faraj/Pendarahan

Keluar lelehan faraj yang berwarna coklat atau lendir bercampur darah. Diselangi dengan kontraksi yang kerap dan konsisten. Jika belum ada kontraksi, mungkin ini hanya tanda-tanda awal sahaja. Belum perlu ke hospital jika lelehan faraj tidak berterusan dan tidak disertai dengan kontraksi yang kerap.

2. Sakit Pinggang Yang Kuat

Sakit pinggang atau sakit bahagian abdomen yang teruk seperti sakit senggugut yang teruk.

3. Kontraksi Yang Kuat Dan Konsisten

tanda dah dekat nak bersalin

Kontraksi yang kerap dalam sela masa yang tetap seperti 15 minit sekali atau 10 minit sekali. Jika kontraksi semakin kerap dengan sela masa yang pendek, usah berlengah lagi kerana kelahiran mungkin sudah terlalu dekat.

Teringat pula sewaktu saya bersalinkan anak kedua dulu. Memang betul-betul ‘rushing’ ke hospital kerana kontraksi yang amat kuat dah baru bergegas ke hospital. Siap boleh mandi dan solat Zohor dulu. Hantar anak sulung ke rumah pengasuh dan ke hospital. Mujurlah waktu tu tengah hari, jalan tak jem. Sampai je hospital terus masuk ‘labour room’. Tak sampai setengah jam pun, baby dah keluar. Fuhhhhhh… mujur sempat sampai hospital. Hehe. šŸ˜€

4. Air Ketuban Pecah

Kalau air ketuban pecah ni, WAJIB terus ke hospital kerana tanpa air ketuban, baby di dalam kandungan boleh lemas. Usah berlengah lagi untuk ke hospital ya. Pecah air ketuban ni berbeza dengan air ketuban bocor. Kebocoran air ketuban bermaksud air ketuban tu keluar sikit-sikit. Kalau pecah ni, memang boleh basah pakaian kita dan biasanya lepas air ketuban pecah akan diiringi dengan kontraksi yang kuat.

Rujukan : BabyCenter

Saya kongsikan juga tips daripada kawan-kawan yang berpengalaman, mereka ambil pil kalsium yang mengandungi magnesium dapat membantu untuk mengurangkan sakit kontraksi. Ini adalah kerana Magnesium membantu untuk melegakan otot sekaligus dapat membantu mengurangkan sakit contraction.

Disokong juga oleh artikel ni.

Magnesium is a mineral that also works to relax muscles and therefore may have a beneficial affect on the pain of contractions. Taking magnesium for a few weeks prior to labor and then increasing the dose at the onset of labor can help to significantly reduce the extra pain that tight muscles will bring on.

Sumber : NaturallySavvy

Semoga ibu dapat manfaat daripada artikel ni ya.

Nak tips bersalin tanpa koyakan atau jahitan pada vagina? Klik link di bawah ya.

Bersalin Tanpa Koyakan Atau Jahitan

Boleh dapatkan Set Bersalin untuk tempoh berpantang yang indah dan bertenaga walaupun kurang rehat.Ā Semoga selamat melahirkan anak dan dipermudahkan segala urusan kelahiran dan berpantang.

Salam Sayang,
Mama Laila
Mama Anak 3

 

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge