Milkbooster Yang Selamat Untuk Bayi Baru Lahir

Milkbooster tambah susu banyak

Dilema ibu lepas bersalin,

Susu tak ada
Susu kurang
Susu tak keluar
Susu tak cukup

Macam-macam kan? Sebenarnya susu cukup aje, mungkin kita terlalu letih atau stres tu menyebabkan susu badan pun segan-segan nak keluar.

Jika kita menyusu dengan kerap, InshaAllah susu sangat cukup untuk anak kita. Cuma kita kenalah cari ilmu sikit jika diuji dengan masalah-masalah lain seperti letih lesu, stres, rasa nak cepat kurus dan macam-macam lagi yang melanda ibu lepas bersalin ni kan.

Antara solusi yang saya boleh cadangkan ialah dengan mengambil milkbooster yang sesuai dan selamat untuk anak baru lahir. Bukan sebab penghasilan susu tu tak cukup pun, namun milkbooster ni dapat membantu ibu menyelesaikan masalah seperti stres, kurang tenaga, letih lesu dan rasa tidak gembira walaupun dapat melihat anak yang dinanti-nantikan selama 40 minggu tu haa.

Dengan

Emosi yang stabil
Tiada tekanan perasaan
Bertenaga
Rasa cergas
Rasa gembira

Dapat membantu ibu menghasilkan susu ibu dengan banyak. Itulah fungsi terbaik yang ada pada milkbooster demi menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya.

Nak order? Whatsapp ke 019-722 8520 atau boleh beli terus dengan klik gambar di bawah.

Produk terbaik tambah susu badan dengan cepat

Anda berminat untuk dapatkan diskaun sehingga 20%? Join ahli dengan isi borang keahlian di bawah.

Borang Ahli Shaklee

Konsultasi adalah percuma selepas pembelian.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Laila Ismail

Share Button

Cara Tambah Susu Badan Dengan Mudah

Masa saya menyusukan anak pertama pada tahun 2008-2009, memang banyak dugaan yang terpaksa di hadapi. Antaranya ialah tak cukup susu perahan sebagai bekalan untuk tinggalkan anak di rumah pengasuh. Masa tu saya masih bekerja sepenuh masa, jadi mahu atau tidak wajib cukupkan bekalan susu ibu untuk si kakak Damia.

Tips tambah susu badan

Pening dan gusar juga hati seorang mama ni. 🙁

Saya pun cubalah google sana sini. Cari apa yang perlu saya ambil untuk tambah susu. Banyak juga yang saya shopping secara online waktu tu termasuklah susu soya yang powder. Cuba beberapa kali juga nak minum, tapi tak mampu nak telan. Huhu. 🙁

Sejak dah kenal Shaklee ni, saya beranikan dirilah cuba soya serbuk ni. Mula-mula campur dengan Milo. Uiks, tak sesuai dengan selera saya sebab rasa dia macam manis-manis gitu.

Saya cubalah campur dengan minuman lain. Cuba punya cuba, dah jatuh cinta sangat dengan soya serbuk Shaklee ni dicampur dengan susu. Sedap sungguh tau. Memang sangat sesuai untuk penggemar susu segar macam saya.

Sejak dari tu saya memang tak tinggallah soya serbuk ni. Dah takde dah perasaan benci dekat soya serbuk yang kurang sedap dulu-dulu tu. Sekarang ni dah siap boleh shake dengan air sejuk atau air suam sahaja tau. Rasa sedap jer. Hehe

Kalau korang suka manis-manis, bolehlah campur dengan jus-jus kesukaan korang. Tapi elok kalau jus tu jus yang buat sendiri sebab nanti minum jus yang dijual di pasaran tu, banyak kandungan gulanya. Jusnya tak seberapa pun.

Saya bukan sekadar suka sebab sedap je tau. Haaa, ni saya kongsikan beberapa fakta sahih yang siap dengan rujukan lagi tau. Kenapa saya pilih serbuk soya Shaklee ni.

1. Soya ni tak diubah genetiknya. Bahasa sainsnya adalah NON-GMO. Maksudnya soya ni ditanam tanpa sebarang ‘UBAT’ supaya membesar dengan cepat untuk kutip hasil dengan cepat. Cara penanaman dan pemprosesannya dipantau dengan ketat.

2. Setiap hidangan soya ni membekalkan 14 gram protein yang berasaskan tumbuhan. Protein soya ni juga dapat membantu menurunkan paras koleterol. (Jumlah soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan kolesterol ialah 25 gram sehari, maksudnya perlu ambil 2 hidangan protein soya ni kalau ada masalah kolesterol)

3. Protein soya ni membekalkan 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh kita.

4. Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

Memang tiada lagi masalah susu badan berkurang masa anak kedua tu. Alhamdulillah. Bagus juga untuk bayi yang kita susukan sebab boleh bekalkan kalsium untuk keperluan bayi dan ibu juga.

Selain daripada protein soya ni, ibu boleh cuba tambahkan Alfalfa kerana Alfalfa ni memang dikenali sebagai ‘milkbooster’ dari zaman berzaman.

Alfalfa has been used as medicinal herbs for centuries and is the main food source for dairy animals to boost their milk production.

Alfalfa is a great source of protein and fibers, as well as vitamins, minerals, and antioxidants.

Sumber : LivingWithLowMilkSupply

Rujukan : TrimesterFood

tips tambah susu

Bulan ni ada promosi soya Shaklee ni tau. Boleh buat stok dan juga kongsi dengan kawan-kawan. Beli 4 dapat diskaun 5%. Anda boleh jimat sehingga 20% + 5% dengan mendaftar sebagai ahli. Anda boleh daftar ahli di sini dan hubungi saya untuk dapatkan diskaun ni ya.

Daftar Ahli Shaklee

Atau anda boleh terus buat pembelian di sini menggunakan kad kredit atau kad debit.

cara tambah susu ibu

Boleh hubungi saya untuk dapatkan panduan jika ada sebarang persoalan ya.

Daftar ahli Shaklee

❤Laila (ID 854299)❤

☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Laila Ismail

 

Share Button

Produk Tambahkan Susu Badan Dengan Cepat Di Pasaran

Apabila susu merudum, memang ibu-ibu akan kerisauan. Lebih-lebih lagi bagi itu yang bekerja sepenuh masa dan membekalkan susu perahan untuk anakanda tercinta.

Bercerita dari pengalaman saya bekerja dahulu, susu ibu berkurang walau 1-2 oz pun memberikan kesan yang besar jika tiada stok perahan di rumah. Bayangkanlah sendiri jika bekalan untuk anak adalah 18 oz sehari, tetapi susu yang kita dapat perah ialah 16 oz. Stok susu pula ZERO. Memang rasa nak menangis. Saya juga pernah hadapi saat-saat sebegitu.

Tips tambah susu badan

Saya memang bukan jenis cepat mengalah. Cepat-cepat mencari solusi untuk banyakkan susu. Alhamdulillah, dengan amalkan macam-macam termasuk suplemen tambahkan susu badan, memang susu makin banyak semula.

Cara Cepat Banyakkan Susu Badan

1. Menyusu/Pam Dengan Lebih Kerap

Menyusu atau mengepam dengan lebih kerap iaitu 2-3 jam sekali dapat membantu penghasilan susu yang lebih banyak. Makin kerap kita menyusu atau mengepam, makin banyak susu akan dihasilkan.

2. Buat Power Pumping

Tips tambahkan susu badan

3. Ambil Makanan Berkhasiat

Continue reading Produk Tambahkan Susu Badan Dengan Cepat Di Pasaran

Share Button

Resepi Lobak Putih Yang Paling Simple!

Lobak putih ni memang terkenal dengan makanan penambah susu badan kan? Dan memang ianya menjadi sahabat karib ibu-ibu yang sedang berpantang atau pun yang sedang hadapi masalah susu merudum. Saya ni sebenarnya tak berapa gemar dengan masakan lobak putih sebab dia ada sedikit bau yang kurang menyenangkan bagi saya. Tapi, saya telan jugalah…. demi tambah susu ibu ni kan.. 🙂 Demi anak-anak, kurela telan apa sajaa… 😛

Disebabkan saya kurang suka yang masak-masak, minggu lepas saya cuba makan mentah, buat macam salad tu. Hmmm…. sedap rupanya. Memang kena sangat dengan tekak saya ni. 🙂

Lobak putih untuk ibu menyusu
Salad lobak putih

Bahan-bahan :

1/4 lobak putih
3 batang sate kebab (taknak letak pun takpe)

20150623_111856

Cara-cara membuatnya :

1. Sagat lobak putih.

2. Bakar dan potong sate kebab.

3. Campurkan kedua-duanya dan tuang salad dressing. Saya gunakan salad dressing Kewpie yang sedap tu.. hehehe.. Sebab nak cepat dan mudah! hehehe.

Atau untuk lebih sihat, boleh buat sendiri dressing ni ya. Masukkan olive oil + sedikit garam + perahan lemon.

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa… siap!

Kan mudah tu.. 🙂

 

Selamat mencuba..

Share Button

Rahsia ibu menyusu sentiasa cergas dan bertenaga

Ramai ibu yang terasa penat, letih dan lesu bila keluar bekerja dan dalam masa yang sama mereka juga menyusukan bayi sepenuh masa. Sama ada mereka mengepam di pejabat atau pun mereka sentiasa ‘direct-feeding’, . Kadang-kadang, baru sahaja sampai di rumah terpaksa melupakan rutin harian kerana terlalu penat.

Begitulah masalah yang dihadapi oleh Puan Farah yang bekerja syif. Beliau sangat penat sehingga menyebabkan susu badan beliau merudum sehinggalah beliau bertemu penawarnya. Dan akhirnya beliau berjaya menambah stok susu untuk anaknya dalam masa 2 minggu.

Semasa saya menyusu anak pertama dulu, biasanya saya menjaga waktu makan saya dengan baik. Sarapan mesti makan, tengah hari pun mesti ambil. Tapi ada juga waktu-waktu yang masih penat juga sehinggakan rasa tak nak buat apa2 dah bila balik rumah tu. Masa tu belum kenal Shaklee lagi. Tapi anak ke-2, Alhamdulillah kurang sikit tahap kepenatan dan kelesuan saya tu. Sebab dah kenal Shaklee. Dan sentiasa maintain ambil pil Shaklee.

Anda boleh baca kat sini tentang saya dan Shaklee semasa mula2 ‘tergoda’ dengan SET MENYUSU PELIK ni.:)
Pengalaman Laila <–Sila klik link ini.

Apa yang saya ambil? Jom kita cerita sikit pasal set menyusu yang membuatkan saya sentiasa cergas ni.  SET MENYUSU ni PELIK tau, bukan sahaja mampu membuatkan susu ibu makin bertambah, tetapi juga boleh membuatkan si ibu sentiasa cergas dan ceria.

Set ibu menyusu
Set ibu menyusu untuk sentiada cergas dan ceria

Ada apa dalam SET MENYUSU ni?

Vitalea – Lengkap dengan multivitamin dan mineral bagi menampung lopong-lopong keperluan nutrisi harian. Diformulasi dengan Iron ( Zat Besi) yang merupakan antara nutrisi penting dalam pertumbuhan bayi anda.

Continue reading Rahsia ibu menyusu sentiasa cergas dan bertenaga

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...