Makan Sayur Lebih Baik Daripada Makan Shaklee? Betul Ke?

Makan sayur lebih baik daripada makan Shaklee?

Dah makan sayur, dah tak perlu laa makan Shaklee dah?

Makan sayur pun ok dah, tak payah nak makan Shaklee bagai nih!

Pernah dengar dialog ni? Macam biasa dengar je kan?

Akak selim dan keluarga penggemar sayur-sayuran, tetapi tetap pengguna tegar vitamin Shaklee. Kenapa? Zat dan vitamin di dalam sayur tu tak cukup ke untuk akak selim sekeluarga?

Kenapa Perlu Makan Vitamin Shaklee Walaupun Dah Makan Sayur Berkoyan-koyan?

1. Zat Dan Vitamin Mudah Musnah Apabila Dimasak

Zat dan vitamin di dalam sayur-sayuran mudah musnah apabila terkena haba. Ditambah pula kita memasaknya sehingga terlebih masak. Kata orang Johor, “sampai benyek sayur-sayur tu”. Ada apa yang tinggal? Hanya serat ajelah.

2. Tanah Yang Kurang Garam Mineral

Vitamin C Shaklee terbaik

Sayur yang kita makan zaman kini bukan macam zaman mak, nenek dan moyang kita dah. Sebab apa? Sebab tanah sekarang ni semakin kurang garam mineral di dalamnya. Jadi, mahu atau tidak kita mesti makan suplemen yang boleh menampung lopong-lopong nutrisi tersebut.

Vitamin C Shaklee terbaik

3. Sayur Tercemar Dengan Racun Serangga

Mak-mak suka pilih sayur yang cantik-cantik atau yang berlubang-lubang dimakan ulat? Berhati-hati jika anda suka sayur yang cantik-cantik sebab yang tidak dimakan ulat ni memang menggunakan racun serangga. Jika kita tidak bersihkan dengan cara yang betul seperti merendam sayuran di dalam pencuci Basic H, dikhuatiri sayur yang kita makan tu tercemar dengan racun serangga.

Apa pilihan terbaik? Semestinya sayur-sayuran organik kerana ia tidak disembur dengan racun serangga. Sayuran organik juga perlu dibersihkan dengan baik kerana kita mungkin termakan ulat-ulat sayuran pula.

Aduih…….. pening macam ni kan?

Usah pening-pening ya, sayuran organik jauh lebih baik daripada sayuran biasa. Dan kalau makan sayuran organik sekalipun, tetap perlu makan vitamin disebabkan alasan no 1 dan 2 tu.

4. Zat Sayuran Hilang Semasa Penyimpanan Dan Pengangkutan

Kalau bukan sayur yang kita tanam tepi rumah atau belakang rumah, sudah pasti sayur-sayuran tersebut dipetik lebih awal untuk dijual di pasar atau supermarket. Zat sayur-sayuran ni mudah hilang jika kita tidak terus memakannya selepas dipetik. Kalau sayuran tu kita tanam dan terus dimasak selepas dipetik, itu memang terbaiklah. Cuma masih ada kebarangkalian zat dan vitamin musnah dalam proses memasak. Kan?

Ada alasan lagi untuk meninggalkan suplemen dalam kehidupan seharian kita walaupun dah makan banyak sayur? Akak selim berani jamin, kebanyakan orang Malaysia ni memang tak cukup ambil sayur dan buah. Cuba lihat sajalah menu-menu di kedai, jarang diletakkan sayur yang banyak jika kita memesan nasi ayam, nasi lemak, bihun tomyam atau menu-menu lain. Sayur yang ada tu hanyalah cukup syarat sahaja.

Sebab ramai yang tak makan sayur pun kan? Sebenarnya….. 🙁

Benarkah makan sayur tak perlu suplemen

Contohnya nasi ayam, sekeping salad (yang mungkin dah lunyai), sepotong timun dan tomato. Itu pun kita elak daripada makan tomato. Betul tak?

Kesimpulannya, walau banyak mana pun anda makan sayur atau buah, anda tetap perlukan suplemen dalam kehidupan seharian anda. Pastinya anda perlu pilih vitamin terbaik dan terbukti berkesan seperti Vitamin Shaklee. 🙂

Buat pilihan terbaik untuk kesihatan masa depan yang lebih bagus. Hubungi akak selim hari ini untuk dapatkan cadangan vitamin yang paling sesuai untuk anda di 019-722 8520.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...