Set Bersalin Terbaik dan Terlaris Di Pasaran 2018

Di zaman serba canggih, info di hujung jari ni, buntu juga nak cari Set Bersalin yang terbaik dan serasi dengan diri sendiri kan?

Set bersalin banyakkan susu

Bagi saya, Set Bersalin yang saya suka dan saya pilih ialah set berpantang yang terus boleh diambil sejurus selepas bersalin, tidak memudaratkan bayi yang masih kecil dan boleh beri tenaga untuk saya menyusukan bayi dengan lancar.

Masa anak pertama dan kedua dulu, saya ambil yang jenis herba dan anak pula kena jaundis. Memang lepas 14 hari baru ambil set berpantang tu. Dah laa masa anak kedua tu anak terpaksa masuk wad sebab jaundis. Makin bertambah renyahlah kehidupan seorang ibu berpantang kan?

Lepas bersalin anak kedua baru kenal Shaklee. Sempat ambil Set Menyusu je. Dan dari situlah mula jatuh cinta dengan produk Shaklee dan terus mengambilnya sehingga sekarang.

Sedar tak sedar dah hampir 7 tahun dah dengan Shaklee ni. Dan untuk berpantang kali ni, saya tetap memilih Set Bersalin Shaklee kerana ia memenuhi kriteria Set Berpantang yang saya cari.

Set Bersalin Terbaik Di Pasaran 2018

Saya terangkan kebaikan setiap satu suplemen yang terdapat di dalam Set Bersalin ni ya.

1. Vitalea

-Mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang merupakan pelengkap nutrisi untuk ibu berpantang.
-Membantu dalam pembentukan sel darah merah bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses bersalin.
-Membekalkan tenaga dan meningkatkan stamina untuk ibu berpantang.
-Menampung lopong-lopong nutrisi yang diperlukan ibu sepanjang tempoh berpantang dan menyusukan.

2. B Complex

-Dikenali sebagai anti-stres, membantu mengelakkan ibu dari tertekan dan meroyan sekaligus dapat menghasilkan susu yang banyak kerana mood terkawal.
-Meningkatkan metabolisme ibu dan membantu ibu cepat kurus kembali.
-Memberikan tenaga yang berpanjangan untuk ibu yang sering berjaga dan bangun malam untuk menyusukan bayi.

3. Vitamin C

-Membantu pemulihan luka bersalin dengan cepat dan meningkatkan kesihatan keseluruhan.
-Meningkatkan sistem imun dan antibodi ibu berpantang dan bayi melalui penyusuan.
-Meningkatkan penyerapan zat besi dengan baik sekaligus mengekalkan bacaan Hb yang baik selepas bersalin.
-Meransang penghasilan kolagen yang membantu memulihkan luka dengan cepat dan menghasilkan kulit yang cantik.

4. Alfalfa

Continue reading Set Bersalin Terbaik dan Terlaris Di Pasaran 2018

Share Button

Panduan Berpantang Sendiri Selepas Bersalin

Bersyukurlah jika ada ibu bapa atau ‘confinement lady’ yang boleh membantu kita berpantang selepas bersalin. Untuk 1-2 minggu pertama memang agak merisaukan dan meletihkan. Dengan kita yang jalan pun tersenget-senget menahan sakit luka jahitan dan bayi yang menyusu 1 jam sekali. Untung sangatlah kalau takde koyakan langsung semasa bersalin tu kan. Nak tau tips? Ada kat sini.

Bersalin Tanpa Koyakan Atau Jahitan

 

 

Panduan berpantang sendiri

Macam saya sendiri, ketiga-tiga anak pun memang ada luka jahitan. Masa jahit tu memanglah tak berapa nak rasa sakitnya namun lepas dah balik rumah tu, sakitnya Allah sahaja yang tahu. Lebih-lebih lagi kalau banyak jahitannya. Huhu.

Sejak anak kedua, saya memang berpantang sendiri dengan encik suami dan anak-anak sahaja. Saya kongsikan beberapa panduan dari pengalaman saya sendiri, pengalaman kawan-kawan dan dari pembacaan.

Panduan Berpantang Sendiri Selepas Bersalin

1. Makanan Berpantang

Panduan berpantang sendiri

Sebelum bersalin (anggaran 37 atau 38 minggu) sediakan lauk basah yang telah siap diperap. Contohnya ikan atau ayam. Perap dengan garam dan kunyit, halia bersama lada hitam dan lain-lain. Boleh tengok resepi berpantang di sini.

Resepi Berpantang

Masukkan lauk yang telah diperap ke dalam freezer. Apabila sampai hari berpantang nanti, hanya keluarkan dan suami atau anak boleh bantu kita bakarkan sahaja.

Untuk sayur-sayuran, boleh minta tolong suami masakkan yang simple-simple seperti sayur sawi rebus, brokoli celur atau ulam-ulaman.

Jika tak berkesempatan nak buat semua ni, mungkin terbersalin awal ke kan, boleh cari siap-siap tukang masak yang boleh sediakan makanan berpantang ni.

2. Persediaan Pagi Ibu Berpantang

Bangun awal-awal pagi dan siapkan diri sebelum suami perlu keluar bekerja. Minta tolong suami pakaikan bengkung sebelum sarapan pagi. Jangan culas tau pakai bengkung ni. Kata nak kempiskan perut kan. Wajiblah pakai bengkung sepanjang berpantang tu.

3. Bayi Kecil

Panduan berpantang sendiri

Continue reading Panduan Berpantang Sendiri Selepas Bersalin

Share Button

Set Bersalin Terbaik Untuk Banyakkan Susu Semasa Berpantang

Semasa kehamilan anak pertama dulu, memang pening juga nak cari set bersalin yang mana terbaik. Dari awal mengandung pun dah cari dah. Hehe. Sekarang ni nak masuk trimester ke-3 baru cari.

Set berslain banyakkan susu

Sudah pasti kita inginkan set bersalin yang terbaik untuk pulihkan luka dan kembalikan tenaga dengan lebih cepat. Tambah lagi jika perlu cepat sihat sebab berpantang sendiri dan perlu menjaga anak-anak yang lain juga.

Kita pun tak nak jadi macam ‘zombie’ kan? Mood pun perlu dijaga lepas bersalin ni, kalau tak jaga boleh jadi meroyan. Nauzubillah.

Kriteria Set Bersalin Terbaik

Shaklee menyediakan Set Bersalin Yang Terbaik untuk ibu berpantang lebih sihat, tidak meroyan, penyusuan susu ibu yang lancar dan luka jahitan cepat pulih.

Set pantang ibu bersalin

Beli set bersalin untuk cepat bertenaga

Hubungi saya di 019-722 8520 untuk pertanyaan dan konsultasi selepas pembelian.

Atau klik sahaja gambar di bawah untuk whatsapp direct.

Set bersalin banyakkan susu dan pulihkan luka

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Laila Ismail

Share Button

Rahsia Luka Pembedahan Lepas Bersalin Cepat Sembuh

Luka lepas bersalin?!

Perkara yang dilarang semasa berpantang

Memang NGERI kan? Mendengarnya pun dah rasa cukup ngeri dah. Terutamanya yang koyak banyak.

Tapi kali ni kita nak bincangkan tentang luka bersalin secara pembedahan. Bagaimana seorang ibu yang menghadapi masalah luka tak kering selepas bersalin anak ke 2 secara pembedahan.

Beliau mencuba 2 cara sahaja untuk sembuhkan luka tersebut dalam masa seminggu.

Apa Rahsia Beliau?

Rahsia Luka Bersalin Pembedahan Sembuh Dalam Masa Seminggu

Ini kisah Puan Nur Shuhaida yang bersalin secara pembedahan untuk anak ke 2 beliau. Beliau dapati luka pembedahan selepas bersalin tidak kering walaupun dah mencecah 40 hari berpantang. Beliau mendapatkan tips untuk cepatkan proses penyembuhan luka kerana beliau menjaga seorang lagi anak yang masih juga kecil dan masih nakal. Setelah mendapat tips tersebut luka pembedahan beliau cepat kering dan sembuh dalam 1 minggu. Dan beliau juga dapat menjaga kedua-dua anaknya sendiri walaupun bersalin secara pembedahan.

Apa Yang Beliau Lakukan Sehingga Luka Kering Dalam Masa Seminggu?

1. Ambil Zinc 2 biji 2 kali sehari.

Zinc bagus untuk proses penyembuhan luka yang cepat. Selain itu dapat memelihara kesihatan rambut dan kuku sepajang dalam pantang.

2. Ambil Vivix.

Membantu penyembuhan luka dengan lebih cepat.

Saya kongsikan beberapa lagi pengalaman mereka yang menggunakan Vivix dalam pantang. Semuanya dapat kesan yang sangat positif apabila mengamalkannya.

Pengalaman #1

luka pembedahan bersalin cepat sembuh
Hari kelima pun dah boleh berjalan laju walaupun bersalin secara pembedahan

Pengalaman #2

luka pembedahan bersalin cepat sembuh
Badan lebih bertenaga dan orang tegur nampak sihat walaupun masih dalam pantang. Boleh jadi milkbbooster pulak tu!

Pengalaman #3

luka pembedahan bersalin cepat sembuh
Bentan waktu berpantang hilang dengan Vivix

Selepas bersalin sememangnya waktu kritikal untuk ibu-ibu. Lebih2 lagi jika tiada pembantu, semuanya diuruskan sendiri bersama suami sahaja.

Memang perlu sihat dan bertenaga lebih cepat. Memang Vivixlah jawapannya.

Dapatkan Vivix hari ini untuk ibu lepas bersalin supaya lebih bertenaga menguruskan si kecil serta keluarga. Whatsapp Laila di 019-722 8520.

Jangan lepaskan peluang untuk dapat FREE MEMBERSHIP dengan pembelian 2 botol Vivix. Jimat sehingga RM241 tau.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Tips Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

Share Button

Badan Kembali Macam Anak Dara Walaupun Dah Anak 3!!

Seronok kan kalau badan cepat je kurus lepas mengandung. Untuk orang yang cepat kurus, memang senanglah kan. Tapi kalau yang jenis badan naik memang kena usaha lebih sikit. Nak kena rajin usaha.

Macam mana nak usaha tu? Ni salah sorang kawan saya yang berjaya turunkan 20 kg selepas bersalin. Sila klik link di bawah ni yaa…

Turun 20 kg lepas bersalin

4 Rahsia Turun 20 kg Selepas Bersalin

Ini pula kisah Puan Nor, mak anak 3 yang badannya kembali macam anak dara walaupun dah anak 3. :). Apa rahsia beliau?

Mak Anak 3 Tapi Badan Macam Anak Dara

Disebabkan beliau gagal menyusukan anak pertama sehingga 2 tahun, dapat menyusu 3 bulan je. Beliau berazam untuk menyusukan anak kedua dengan susu ibu lebih lama. Beliau ambil Energizing Soy Protein (ESP) semasa nak menyusukan anak ke 2. Susu memang banyak dan badan pun tak letih sangat.Alhamdulillah beliau berjaya menyusukan anak kedua sehingga 2 tahun 3 bulan.

Dan masih boleh menyusu semasa mengandungkan anak ke 3. Setelah anak ke 3 lahir pun, anak ke 2 masih lagi menyusu bersama-sama dengan adiknya. Sejak konsisten dengan pengambilan ESP, beliau tiada masalah untuk menyusukan 2 anak sekaligus.

Alhamdulillah.

Selain daripada susu makin banyak dan badan bertenaga je walaupun semasa mengandung dan menyusukan anak, beliau juga dapat KESAN SAMPINGAN yang sangat BEST!

1. Susu banyak sehinggakan boleh menyusukan 2 anak sekaligus (tandem nursing).

2. Kulit pun makin cerah, parut makin pudar.

Turun berat lepas bersalin

Continue reading Badan Kembali Macam Anak Dara Walaupun Dah Anak 3!!

Share Button

Perkara-perkara Yang Perlu Dilakukan Semasa Berpantang

Amalan semasa berpantangSaya baru je balik dari melawat seorang teman baik yang baru bersalin. Alhamdulillah, beliau selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat dan sangat comel! 🙂

?

Geram tengok!! Hehehe… Anak saya dah besar dah walaupun sama batch bila sekolah nanti. Hihihi. Balik tadi, terus teringat nak kongsikan tentang ibu berpantang ni.

Sebelum ni saya ada kongsikan (boleh klik link di bawah)

Perkara Yang Dilarang Semasa Berpantang

Kali ni saya nak kongsikan tentang

Perkara-perkara Yang Perlu Dilakukan Selepas Bersalin

#1 Berurut

Ini memang paling utama kalau dalam list saya. WAJIB gitu. 🙂 Badan rasa sedap sikit bila diurut dan pengeluaran susu ibu pun lancar kalau kita utamakan urutan seluruh badan selepas bersalin. Dari pengalaman saya sendiri, berurut seawal mungkin setelah pulang dari hospital  boleh mengelakkan payudara bengkak.

Untuk yang bersalin secara pembedahan, dari pengalaman kawan, ada yang berurut dan ada yang tak. Yang berurut mereka elakkan urut di bahagian perut dan urut lebih perlahan daripada ibu yang bersalin normal.

Untuk yang bersalin secara pembedahan, berurut adalah pilihan anda sendiri dan dengarlah pendapat dari orang terdekat dan tersayang supaya tidak mengundang sebarang mudarat di bahagian pembedahan.

#2 Memakai Stokin

Memakai stokin ni untuk mengelakkan badan kesejukan dan masuk angin. Saya memang patuh kepada petua ni, 44 hari pakai stokin dalam rumah. :). Cuma leceh sikit bila nak ke toilet laaa kan. Kena bukak dan pakai semula. Kadang-kadang anak-anak syurga saya yang tolong pakaikan. 🙂
Alhamdulillah, anak pertama dan kedua memang boleh diharap untuk tolong mama dah.

#3 Memakai Bengkung

Amalan semasa berpantangIbu yang lepas bersalin memang faham sangat laaa kan keadaan perut selepas bersalin ni. Menggelebeh jer kan?? Nak berjalan pun rasa tak syiok! Huhuhu :(. Jadi untuk kembalikan keanjalan perut dan membantu peranakan kembali ke saiz asal, kenalah rajin pakai bengkung. Sekarang dah ada macam-macam jenis bengkung dah. Awal-awal bersalin, saya memang pakai bengkung bertali tu. Rasa KEMAS sikit. Tapi memang nak kena ada orang tolonglah. Supaya ikatan tu kuat sikit.

Saya berpantang sendiri dan suami pula bekerja selepas mengambil cuti selama 2 minggu untuk menjaga kami, jadi semasa berdua dengan baby, saya hanya memakai bengkung moden yang lebih mudah dipakai. Zip zap kan aje… :). Pun rasa kemas!

#4 Mengambil Vitamin Supaya Badan Cepat Sihat

Selepas bersalin, hospital akan bekalkan beberapa vitamin untuk ibu seperti Iron, B Complex dan 1 lagi vitamin yang saya lupa namanya. Untuk vitamin, saya hanya teruskan pengambilan Set Hamil yang telah saya amalkan sepanjang hamil. Ia terdiri daripada Vitalea (multivitamin), B Complex, Vitamin C, Ostematrix (Kalsium) dan ESP. Saya hanya tambahkan Zinc untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan. Alhamdulillah, badan lebih segar dan cepat sihat. Kalau berpantang sendiri ni, badan kena cepat sihat sebab suami tolong uruskan rumah tangga dan anak-anak yang dah besar. Ibu pula uruskan baby dan kena sentiasa pastikan pengeluaran susu ibu adalah mencukupi untuk baby. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun terpaksa ulang alik ke KK untuk cek kuning baby.

#5 Bertungku

bertungku penting semasa pantangAmalan bertungku ni sangat bagus untuk melancarkan pengeluaran darah beku di dalam rahim. Ia juga bagus untuk membantu proses pengecutan ‘batu merian’. Kalau kena batu merian ni, memang sangatlah sakit berhari-hari. Dalam 2-3 hari lepas bersalin pun kita masih dapat rasa seperti ‘contraction’ yang sangat sakit tu. Bukannya ‘mild contraction’. Sakit sangat! :(. Terpaksa ambil ‘pain killer’ jugak sebab tak tahan sakit.

Bertungku yang paling baik ialah bertungku menggunakan batu sungai yang dipanaskan seperti zaman mak-mak kita dulu. Alhamdulillah, kawan bagi saya pinjam tungku batu sungai kat saya. Memang bestlah!

Amalan semasa berpantangTapi sekarang ni dah ada pelbagai jenis tungku dah. Ada tungku yang dah siap dijual dan hanya perlu dipanaskan sahaja. Dan ada tungku moden yang hanya perlu panaskan menggunakan elektrik sahaja. Mudah sangat. Cuma saya agak khuatir untuk menggunakan tungku moden ni, takut tungkunya pecah sebab di dalam tungku moden tu ada air. Bahaya juga tu kalau terkena airnya kan.

#6 Mandi Air Rebusan Dedaun

Nak cari daun ni kat mana di zaman moden ni? Hehehe. Apa yang saya tahu, ada juga dedaun ni dijual dalam bentuk dedaun yang dikeringkan.

Masa saya berpantang baru-baru ni, kawan saya bawakan daun kunyit, serai wangi, daun limau purut dan ada beberapa jenis daun yang saya sendiri pun dah lupa namanya.

Rebus dedaun tersebut dan gunakan air rebusan untuk mandi pagi dan petang sepanjang tempoh berpantang. Saya hanya sempat mandi dengan air rebusan ni untuk 1-2 minggu sahaja. Tapi itu pun dah memadai. 🙂

Air rebusan daun ini dapat mengembalikan tubuh dan urat saraf. Memang terasa segar lepas mandi air rebusan ni. 🙂

#7 Tidur dan Rehat Secukupnya

amalan berpantangTidur dan rehat yang cukup semasa berpantang adalah penting untuk mengelakkan rasa pening dan penat melampau. Biarpun ibu tidak melakukan kerja-kerja berat, badan ibu dalam proses penyembuhan dan penyesuaian diri dengan rutin harian menjadi sangat penat dan letih. Jadi, ambillah peluang semasa baby tidur untuk rehat atau tidur seketika.

Kadangkala ibu terpaksa berjaga pada waktu malam kerana baby akan bangun menyusu bila-bila masa sahaja dan kadangkala baby meragam atau susah tidur.

Rehatlah secukupnya untuk memastikan ibu terus bertenaga, cepat sembuh dan membantu pengeluaran susu sentiasa lancar.

#8 Makan Makanan Yang Berkhasiat

This is a close-up of vegetables and fruits.

Dulu-dulu, zaman mak-mak kita, ramai yang menasihatkan untuk makan nasi dan ikan kering sahaja. Air pun tak boleh minum banyak katanya. Tapi itu hanya mitos semata-mata. Ambillah makanan yang berkhasiat seperti ikan-ikan segar, ayam, sayur-sayuran seperti lobah merah, lobak putih dan sawi. Minum air yang banyak untuk memastikan badan kita tidak mengalami dehidrasi dan akan mengganggu penghasilan susu ibu.

#9 Mandi Secara Duduk

Duduk di atas kerusi semasa mandi untuk menjaga kesihatan peranakan. Ibu juga tidak menggunakan banyak tenaga berbanding mandi berdiri.

#10 Pantang 100 Hari (44 hari adalah MINIMUM!)

Biasanya ibu-ibu berpantang 44 hari je. Sama juga dengan saya.. :).

Tapi saranan tukang urut, berpantanglah 100 hari dan elakkan bersama suami dalam tempoh itu untuk memulihkan peranakan dan kesihatan ibu.

Berpantang 100 hari ini juga untuk memastikan peranakan ibu kembali normal.

Di zaman moden ni, ada yang tak ikut dah amalan-amalan berpantang ni.

Tapi berlainan pula dengan saya. Pendapat saya, mana yang boleh ikut dan tidak melecehkan ibu serta keluarga, amat sesuailah diikuti. Untuk kesihatan jangka panjang ibu juga kan? Bila ibu sihat, lebih ceria dan bahagia untuk menguruskan anak-anak dan suami, InshaAllah.

Selamat berpantang dan menyusukan untuk ibu yang baru lepas bersalin. Semoga ibu-ibu sentiasa sihat dan ceria selalu kerana itulah antara kunci utama penghasilan susu yang baik. 🙂

Share Button

Luka Bersalin Cepat Sembuh Dengan Vitamin C Semulajadi

Kalau sebut pasal luka bersalin ni, ibu-ibu memang NGERI! Huhuhu… Sayalah tu! 🙁

Pengalaman bersalinkan ketiga-tiga anak, ketiga-tiganya pun luka boleh tahan. Pastinya anak pertamalah yang paling banyak koyak. Sakitnyeeeeeelah. Dan bersalin anak yang ke 3 ni pun, sakit macam nak nangis jugak. Memang nangis pun! Hahaha.

Luka bersalin cepat sembuh

Semua orang pun sakit kannnn bersalin tu. Cuma rezeki masing-masing je, sakit lama ke tak. Dan yang paling ngeri sekali bila dah lepas bersalin. Nak jaga luka tu haa.. Nak bagi sembuh cepat. Nak duduk pun senget2, kalau boleh nak baring mengiring je selalu. Tapi tukang urut kata tak boleh baring mengiring kan awal-awal berpantang? Sabar jelah.

Ni dia saya kongsikan tips-tips nya. Sila klik link kat bawah ni ya.

Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh

Selain dari tu, boleh ambil Vitamin C lebih sikit dari biasa untuk proses penyembuhan yang cepat. Saya dulu memang ambil 4-6 biji gitu setiap hari. Di samping tu saya juga ambil Set Bersalin Shaklee yang boleh terus diambil selepas bersalin. Alhamdulillah badan sihat dan cergas je walaupun berpantang sendiri.

Pengalaman Rakan-rakan Yang Luka Bersalin Cepat Sembuh

Pengalaman #1

Luka bersalin cepat sembuh

Pengalaman #2

Luka bersalin cepat sembuh

Selain dari luka cepat sembuh, dapat juga penangan kulit cantik semasa berpantang. Sebab Vitamin C ni memang terkenal untuk dapatkan kulit cantik kan? Kan ‘double bonus’ tu? Hehehe.

Hubungi saya hari ini untuk pulihkan luka bersalin dengan cepat. Dapatkan Vitamin C yang tengah promosi sepanjang November ni ya.

SMS/Whatsapp Laila di 019-722 8520

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Tips Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

Share Button

Set Bersalin Yang Ibu Berpantang Wajib Pilih Untuk Banyakkan Susu

set menyusu shakleeBiasanya lepas bersalin, ibu-ibu terutamanya ibu-ibu baru selalu risau dan ada masalah penyusuan kan? Selalu tertanya-tanya,

“Susu saya ada ke?”

“Susu saya ni cukup ke untuk baby saya?”

“Susu saya macam sikitttttt je.”

“Baby selalu menangis, susu saya tak cukup ke?”

Bagaimana Nak Atasi Masalah-masalah Penyusuan Ni?

  1. Lengkapkan Ilmu Penyusuan Sepanjang Hamil

    Sediakan ilmu penyusuan yang cukup sebelum bersalin. Silah baca buku atau google ilmu-ilmu penyusuan yang makin mudah didapati sekarang ni.
    Contoh ilmu yang paling penting ialah susu yang baru keluar tu berwarna kuning, beberapa titis pulak tu. Ada yang ingat susu basilah, susu kena buanglah. Macam-macam!! Kalau taknak tertanya-tanya, lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan secukupnya ya.

  2. Kongsi Ilmu Penyusuan Dengan Encik Suami

    Kongsikan ilmu penyusuan yang kita baca tu dengan suami, orang yang paling dekat dan memahami kita. Kadang-kadang kita akan hadapi masalah jika suami kita tidak tahu tentang penyusuan ni dan mudah terikut-ikut dengan orang sekeliling.

  3. Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Mitos Penyusuan Orang Sekeliling

    Setelah kita sudah khatam ilmu-ilmu penyusuan ni, jangan mudah terpengaruh dengan orang-orang sekeliling kita semasa berpantang yang negatif terhadap penyusuan susu ibu. Cuba pekakkan telinga dan teruskan berusaha untuk menyusu dengan segala ilmu yang kita ada.

  4. Ambil Set Bersalin Yang Boleh Banyakkan Susu

    Set bersalin yang boleh di ambil sejurus selepas bersalin dan banyakkan susu.
    Set bersalin yang boleh di ambil sejurus selepas bersalin dan banyakkan susu.

    Ambil Set Bersalin yang boleh membanyakkan susu ibu dan boleh diambil sejurus selepas bersalin. Kebiasaannya Set Bersalin yang ada di pasaran tidak boleh diambil selagi baby tidak bebas jaundis atau kuning. Jadi, ibu-ibu terpaksa tunggu lebih lama sekiranya baby mengalami jaundis. Badan kita semasa berpantang yang agak lemah akan makin lemah jika tidak dibantu oleh sebarang suplemen atau jamu. Tetapi berlainan dengan Set Bersalin Shaklee ni, ia boleh terus diambil sejurus selepas bersalin.

Apa Yang Membuatkan Set Bersalin Ni Boleh Banyakkan Susu?

  1. Ibu Kurang Stress dan Hilang Penat

    set bersalin shaklee
    Ibu yang lepas bersalin sebenarnya sangat penat dan sentiasa letih kerana kehilangan darah yang banyak semasa bersalin. Stress dan letih menahan sakit lagi kan? Haaa, semua tu akan memberi efek semasa kita dalam pantang. Jadi pengambilan Vitalea yang merupakan multivitamin, B Complex, Vitamin C dan ESP ni dapat membantu ibu-ibu kembali bertenaga dan lebih segar semasa berpantang. Bila badan sihat dan segar, susu ibu pun mudah nak keluar.
    Ibu-ibu tahu tak? Hormon stress tu boleh menghalang pengeluaran susu ibu. Jadi dengan badan sihat dan adanya B Complex ni, susu senang nak keluar.

  2. Luka Cepat Sembuh

    Luka lepas bersalin memang menyakitkan. Kalau diingat2 kembali, memang sakit dan stress!! Kalau boleh tak nak duduk, nak meniarap je. Atau nak mengiring je masa tidur. Tapi macam mana nak susukan baby kita kan? Jadi dalam Set Bersalin ni ada Zinc Complex yang membantu mempercepatkan luka sembuh. Dan bila luka cepat sembuh, senang dan mudahlah kita dalam menyusukan baby kita kan? Stress pun hilang bila luka dah sembuh dengan cepat.

  3. Alfalfa Milk Booster Terbaik

    Alfalfa memang dikenali dari dulu lagi sebagai ‘milk booster’ terbaik.

    It has been consumed by nursing mothers for many years to help with the production of breast milk. When taken in moderation, alfalfa is considered safe and nutritious.


    It is used by breastfeeding mothers to make more breast milk.


    Boleh refer ke website Breastfeeding ni ya.

    Taken after birth, it increases milk supply and is reported to increase the fat content of breastmilk.


    Sumber info dari Mobimotherhood ni bagitau, boleh tambah lemak dalam susu ibu lagi tau…
    Dengan pengambilan alfalfa ni, susu sentiasa cepat penuh kembali jika diambil selepas mengepam atau lepas menyusu.
    Pengambilan alfalfa semasa berpantang adalah selamat untuk ibu dan baby.
    Dan selamat juga untuk baby yang jaundis atau kuning. Ini dari pengalaman saya sendiri semasa melahirkan anak ketiga. Kuningnya agak tinggi selepas hari ketiga, jadi saya cepat-cepat ambil alfalfa 2 biji setiap hari. Alhamdulillah. Kuningnya turun sedikit demi sedikit dan tak perlu dimasukkan ke wad.
  4. Tiada Lagi Sakit Sendi dan Pinggang

    Lepas bersalin memang sakit-sakit badan sana sini kan? Saya kena sakit pinggang yang agak teruk lepas bersalin 3 bulan lepas. Memang rasa macam nak patah dan kalau boleh macam nak baring je sepanjang hari. Tapi disebabkan saya berpantang sendiri, maka nak baring-baring je tu memang mustahillah. 🙁
    Mestilah kena bangun untuk jaga baby, susukan baby, mandikan dan jaga 2 orang lagi puteri kesayangan saya. Memang mencabar tapi dengan pengambilan Ostematrix Shaklee yang terkandung di dalam Set Bersalin ni, memang sangat membantu. Alhamdulillah, hilang rasa sakit pinggang dan sakit-sakit sendi yang melampau.
    Bila sakit-sakit ni dah kurang, kita kurang stress menahan sakit dan pengeluaran susu juga tidak terjejas.

Alhamdulillah, sehingga hari ini pengeluaran susu tidak terjejas dan baby saya dapat menyusu dengan baik. Berat badan baby saya juga naik dengan baik.

Anda juga boleh banyakkan susu dengan menyediakan Set Bersalin ni untuk tempoh berpantang anda. Ia bukan sahaja dapat banyakkan susu, tetapi boleh bagi tenaga dan hilangkan stress serta elakkan meroyan.

Banyak lagi kelebihan Set Bersalin ni, boleh baca dengan lebih lanjut di sini ya. Klik link di bawah.

11 Kelebihan Set Bersalin Shaklee

Ibu-ibu yang sedang hamil boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan Set Bersalin anda ni ya.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Tips Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

 

 

 

 

Share Button

11 Kelebihan Set Bersalin Shaklee Yang Ibu-Ibu Patut Tahu

Pagi-pagi ni saya dihubungi oleh seorang adik ofis yang baru lepas bersalin secara pembedahan. Dan beliau bertanyakan beberapa soalan tentang set bersalin shaklee yang beliau beli. InshaAllah, perkongsian saya dalam entry ni boleh menjawab segala pertanyaan beliau.

Kelebihan set bersalin shaklee
Sihat, cergas dan ceria semasa pantang membantu penghasilan susu badan yang lebih lancar.

Yang paling syioknya Set Bersalin Shaklee ni adalah 3 in 1!!!

Ibu-ibu berpantang lebih cepat sihat dan cergas!!!

Membantu memperbanyakkan dan mempercepatkan penghasilan susu ibu

Inilah dia testimoni dari Puan Farah dan Puan Dilla Jalil yang menggunakan produk untuk ibu menyusu, yang juga terkandung di dalam Set Bersalin Shaklee ni.

Membantu ibu-ibu langsing dengan lebih cepat dan sihat tanpa memudaratkan bayi dan juga tidak mengganggu penghasilan susu badan

Apa Kelebihan Set Bersalin Shaklee?

1. Boleh terus diambil sejurus selepas melahirkan bayi anda. Tidak perlu menunggu sehingga 1-2 minggu atau selepas baby tidak mengalami jaundis seperti pengambilan jamu.

2. Ia TIDAK menyebabkan jaundis kepada bayi anda, tidak perlu risau untuk mengambilnya bila-bila masa sahaja. Sama ada bayi anda ada jaundis atau pun tidak.

3. Luka bersalin cepat sembuh sama ada bersalin secara normal atau pembedahan.

Menyusu itu memudahkan ibu yang menyusu
Menyusu itu mudah bukan?

4. Selamat untuk ibu dan bayi yang menyusu kerana semua bahan yang terkandung di dalam set ini adalah daripada bahan semulajadi.

5. Membantu ibu menguruskan stress dan mengelakkan bentan atau meroyan.

6. Membantu ibu tambah darah dan menambahkan tenaga walaupun kurang rehat dan kurang tidur.

7. Membantu ibu-ibu pulih dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

8. Bayi lebih sihat dan tenang.

9. Membantu penghasilan susu badan yang lebih lancar.

10. Mudah untuk diambil kerana tidak ada rasa pahit atau bau yang kurang menyenangkan.

Teknik kurus lepas bersalin
Jom kita kuruskan badan dengan cepat lepas bersalin!!

11. Membantu ibu-ibu menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Seperti pengalaman Puan Salwa, beliau berjaya menurunkan 20 kg selepas bersalinkan anak yang ke-3.

Apa Yang Ada Dalam Set Bersalin Shaklee Ni?

Kelebihan set bersalin shaklee
Set bersalin premium mampu membantu ibu-ibu menyusu dan menurunkan berat badan semasa pantang.

Inginkan badan yang cergas dan sihat serta berazam untuk menurunkan berat badan dengan efektif semasa berpantang? Hubungi saya sekarang untuk mendapatkan tips dan konsultasi secara percuma.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-7228520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Tips Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

Share Button

4 Rahsia Turun 20 kg Dan Kulit Cun Melecun Selepas Bersalin

Kurus 20 kg lepas bersalin
Sure ramai nak kurus lepas bersalin macam Fasha Sandha ni kan?!! Hehehe

Masalah berat badan dan kulit kusam selepas bersalin adalah normal di kalangan ibu yang baru lepas bersalin walaupun ada juga ibu-ibu yang cun melecun, ramping macam kerengga lepas bersalin. 😀

Teknik kurus cepat lepas bersalin
Sedih kan kalau jadi macam ni lepas bersalin.. 🙁

Saya memang sangat jeles kalau orang yang tak perlu bersusah payah lepas bersalin ni. Macam saya, 4 kali mengandung, 4 kali jugalah saya menghadapi masalah berat badan ni. 🙁
Kulit tu Alhamdulillah, tiada masalah sangat.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…………..

Berat badan memang sentiasa menjadi masalah saya dan mungkin anda juga?? Jom kita sama2 tengok 4 teknik kurus dan cantik lepas bersalin ni. 🙂

Beliau berjaya KURUS LEPAS BERSALIN SAMPAI TURUN 20 KG TAU!!!

Bagaimana Nak Cepat Kurus dan Dapatkan Kulit Cun Melecun Selepas Bersalin?

1. Menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya.

Kuruskan badan dengan menyusukan anak sepenuhnya
Menyusu terbukti boleh menurunkan berat badan.

2. Minum air yang banyak setiap hari. Air masak yaaa, bukan air teh, kopi atau air oren.. 😛

Continue reading 4 Rahsia Turun 20 kg Dan Kulit Cun Melecun Selepas Bersalin

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...