Masalah Keputihan Semasa Hamil Boleh Membahayakan Bayi Anda

Masalah keputihan semasa hamil adalah disebabkan bahagian faraj mengandungi gula yang tinggi dipanggil glikogen dan boleh menggalakkan pertumbuhan kulat.

cara rawat keputihan semasa hamil

Masalah ini mungkin dianggap biasa oleh seorang wanita selagi ia tidak mengganggu aktiviti seharian atau hubungan intim bersama suami. Namun, ia perlu dipandang serius oleh ibu yang mengandung kerana keputihan yang teruk bukan sahaja merimaskan ibu mengandung, tetapi ia boleh menjejaskan kesihatan bayi di dalam kandungan.

Untuk ibu pula, jika masalah keputihan ini dipandang ringan dan tidak dirawat, ia boleh menyebabkan masalah yang lebih besar seperti kanser rahim.

cara rawat keputihan

Kelahiran pra-matang juga boleh berlaku jika anda mengalami masalah keputihan yang teruk. Jadi, ibu-ibu haruslah berbuat sesuatu jika ada masalah lelehan faraj atau keputihan ni.

Cara Elak Masalah Keputihan

1. Gunakan seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas. Elakkan menggunakan seluar dalam jenis kain satin. Mungkin ia nampak cantik di mata anda, namun demi kesihatan anda, elakkan sementara anda hamil. 🙂

2. Elakkan menggunakan panty liner kerana bahan kimia yang terkandung di dalam panty liner boleh menjejaskan bakteria semulajadi di bahagian faraj.

3. Jangan gunakan wangian atau bedak untuk diletakkan di bahagian faraj.

Continue reading Masalah Keputihan Semasa Hamil Boleh Membahayakan Bayi Anda

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...