Benarkah Suplemen Shaklee Memudaratkan Kesihatan Untuk Jangka Masa Panjang?

Ramai yang berpendapat jika mengambil suplemen dalam jangka masa yang lama boleh memudaratkan kesihatan, boleh menyebabkan buah pinggang rosak dan lain-lain.

Benarkah?

Iya, ia mungkin benar-benar berlaku jika suplemen tersebut adalah suplemen yang tidak selamat, tiada kelulusan KKM, tiada ujian klinikal dan juga tiada landmark study.

Jika hanya ada kelulusan KKM, adakah ia benar-benar selamat? Banyak yang berlaku sejak akhir-akhir ini, produk yang ada kelulusan KKM tetapi dalam masa beberapa bulan kelulusan KKM tersebut ditarik balik. Pernah dengar kan? Sebab apa?

Bukan kerana KKM tidak menjalankan kerja mereka dengan baik dan telus tetapi…

Sebab ada segelintir pengusaha-pengusaha produk yang berlaku tidak jujur dan ingin untung cepat. Produk yang dihantar untuk ujian kelulusan KKM adalah produk yang selamat, tetapi selepas itu ia mungkin dicampur dengan bahan terlarang seperti merkuri atau bahan-bahan berbahaya yang lain, yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Akhirnya produk tersebut terpaksa ditarik balik kelulusan KKMnya.

Takut kan?

Bagaimana jika kita pernah menggunakan produk tersebut? Ia boleh menyebabkan kanser dan penyakit-penyakit kronik yang lain.

Bagaimana kita nak tahu produk yang kita ambil benar-benar selamat untuk jangka masa panjang?

Haaaa… mari akak selim kongsikan. Produk yang terbukti selamat adalah produk yang bukan sekadar ada kelulusan KKM, tetapi juga produk yang ada ujian klinikal dan Landmark Study.

Shaklee adalah satu-satunya syarikat vitamin di dunia yang menjalankan Landmark Study ni. Walhal syarikat vitamin TAK WAJIB pun buat ni, tapi Shaklee benar-benar ingin buktikan yang semua produk Shaklee adalah benar-benar selamat untuk diambil jangka masa panjang.

Apa bendanya Landmark Study ni? Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Landmark Study ni, boleh klik link di bawah.

Landmark Stdudy Shaklee Tu Apa?

Untuk maklumat lanjut tentang Landmark Study, boleh refer ke sini. http://LandmarkStudy.com.

Klik ke sini jika ingin download manuskrip jurnal tersebut.

Oleh sebab Landmark Study Shaklee inilah, Profesor Susan Bartz herrick memilih untuk menggunakan Shaklee dalam masa yang sangat lama iaitu 47 tahun.

Shaklee berkesan dan selamat

47 tahun tau! Bukan 47 hari atau 47 bulan!

Beliau adalah ahli akademik yang hebat pastinya bukan mudah nak percaya kata-kata orang atau sekadar testimoni sahaja. Beliau perlukan bukti saintifik untuk menggunakan satu-satu produk untuk pastikan ianya benar-benar selamat untuk beliau gunakan sepanjang hayat.

Landmark study shaklee

Kalau Shaklee ni bukan benar-benar produk yang selamat, mengapakah NASA meminta Shaklee formulakan makanan angkasawan supaya mereka kekal terhidrasi di angkasa lepas. Berada di angkasa lepas bukan seperti berada di bumi ni tau.

Kalau Shaklee ni tak terbukti berkesan, kenapa angkasawan kembar, Mark Kelly dan Scott Kelly tetap gunakan Shaklee hingga ke angkasa lepas?

Begitu juga dengan pencapaian atlit yang bertaraf Olimpik. Ternyata Shaklee terbukti berkesan sehinggakan mereka menggunakan Shaklee untuk membantu pencapaian mereka di dalam sukan.

Adakah itu belum cukup membuktikan Shaklee ini benar-benar berkesan?

Jom lihat antara pencapaian atlit yang menggunakan Shaklee. Akak selim bawakan 2 contoh. Yang lain-lain boleh klik link ini.

Atlit Shaklee

1. Morgan Craft-Shooting Summer Games

Morgan Craft
Morgan Craft

Morgan Craft

2. Amro Elgeziry-Pentathlon Summer Games

Amro Elgeziry
Amro Elgeziry

Amro Elgeziry

Boleh terus lihat sini, sila klik link di bawah.

Atlit Shaklee

Bukan calang-calang orang yang menggunakan Shaklee ni. Ahli akademik yang inginkan bukti saintifik, angkasawan yang perlukan formula istimewa untuk dibawa ke angkasa lepas, atlit yang perlukan produk yang boleh meningkatkan pencapaian mereka sekaligus membawa kemenangan dalam setiap pertandingan mereka.

Bagaimana dengan vitamin jenama lain? Adakah mereka juga ada Landmark Study ni? Itu akak selim mohon ampun dan maaf kerana itu di luar bidang akak selim. Boleh tanya sendiri kepada mereka yang menjual produk mereka ya.

Yang inginkan produk Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam ni, boleh hubungi akak selim hari ini. Jangan tunggu lama-lama ya, badan kita perlukan produk terbaik dan terbukti selamat seperti Shaklee ni. 🙂

Sms/whatsapp akak selim di 019-722 8520

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button

Bahan Kimia Berbahaya Yang Perlu Dijauhi Semasa Membeli Barangan Bayi

Sebelum menjadi ibu, saya memang menganggap semua barangan bayi adalah benar-benar selamat dan sesuai untuk anak-anak. Secara logiknya, barangan bayi yang dijual sepatutnya SELAMATlah kan untuk anak-anak. Rupa-rupanya tanggapan saya tu memang salah sama sekali. 🙁

bahaya bahan kimia untuk bayi

Kebiasaannya barangan yang mengandungi bahan kimia berlebihan ni akan memberi kesan yang CEPAT. Sudah tentu ibu-ibu berpuas hati kan? Tapi cuba ibu-ibu fikirkan dan renungkan sejenak, kesan yang CEPAT tapi bakal memudaratkan anak-anak kita di masa hadapan.. Mahukah begitu? Sudah tentu TAK NAK kan?

The newborn has eczema on his face

Haa… kalau taknak, jom kita cek setiap kali nak beli barang-barang baby, contohnya losyen, mandian, syampu dan lain-lain. Bukan setakat barang-barang untuk anak kita je tau, barang-barang kita sendiri pun kita boleh cek sama ada mengandungi bahan-bahan merbahaya atau tak.

Cek Dulu Bahan-Bahan Kimia Ni Tersenarai Tak

1. Paraben

bahaya-paraben

Bahan kimia yang digunakan secara meluas sebagai bahan pengawet dalam pembuatan kosmetik dan farmaseutikal. Ia sering dikaitkan dengan karsinogen yang meningkatkan risiko barah jika terdedah secara berterusan.

2. Pewangi Sintetik

Pewangi sintetik atau tiruan ini diperbuat daripada petroleum atau arang batu yang boleh menyebabkan kegatalan kulit. Biasanya bahan kimia sintetik ini lebih kerana ia hanya dibuat dengan meniru aroma semulajadi. Ia banyak digunakan di dalam penghasilan produk-produk penjagaan kulit kerana kos lebih murah berbanding pewangi semulajadi.

3. Diazolidinyl Urea/Iodopropynyl Butylcarbamate

Ia adalah bahan kimia yang berkaitan dengan Imidazolidinyl urea yang merangsang semula pengeluaran semula jadi Formaldehid yang digunakan sebagai pengawet. Formaldehid diklasifikasikan sebagai karsinogen yang akan menyebabkan kanser. Oleh kerana kesannya yang sangat berbahaya, ia telah diharamkan di Eropah.

4. Petrokimia

Boleh dikatakan semua produk penjagaan kulit mengandungi bahan-bahan sintetik yang berasaskan petroleum (kimia). Kajian menunjukkan petrokimia ini boleh menyebabkan anemia, masalah buah pinggang dan kerosakan saraf ke otak serta saraf tunjang.

5. Sodium Lauryl/Laureth Sulfat

Ia juga dikenali sebagai Natrium Lauryl Sulfat (SLS) atau Sodium Laureth Sulfate (SLES yang digunakan secara meluas dalam penghasilan syampu). Setiap kali ingin membeli syampu atau pembersih, sila cek labelnya. Sekiranya SLS/SLES berada di tempat kedua atau ketiga, maka ia adalah merbahaya. Ia boleh melarutkan minyak pada kulit anda dan menyebabkan kekeringan.

6. Phthalates

Dibutylphthalate (DBP, DEP dan butil ester) membantu produk penjagaan kulit menyerap ke dalam kulit. Ia juga diklasifikasikan sebagai karsinogen yang boleh menyebabkan kanser.

Karsinogen : agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup. Ini disebabkan oleh gangguan dan ketidakstabilan pertumbuhan sel yang tidak terkawal.

Sumber : Wiki

Pastikan apa yang kita gunakan tu tidak membahayakan kesihatan anak-anak serta keluarga kita ya. Kita ibu-ibu ni pasti mampu mengubahnya.. InshaAllah. 🙂

Sama-sama kita usaha untuk menukar barangan rumah kita dengan barangan tanpa bahan kimia dan hanya menggunakan bahan semulajadi sahaja ya.

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...