Cara Cepat Kurus : Jaga Masa Makan

Menjaga masa makan adalah antara yang terpenting sepanjang korang nak turunkan berat badan.

Ramai orang suka skip sarapan, salah tu tau. Sarapan ni kategori wajib. Sebab tanpa bersarapan, perut kita terlalu lapar. Dah laaa puasa sepanjang malam. Bangun pagi, tak makan pula.

Cuba kira dari pukul 10 malam kita stop makan, dan kita nak jumpa makanan pukul 12 tengah hari. 14 jam tu!!! Masa tulah otak kita tak mampu dah nak pilih makanan dengan bijak. Apa yang kita nampak semua kita nak makan.

Dalam keadaan tersangat lapar, kita bukan pilih makan dengan rasional lagi dah. Kita memang betul-betul ikut nafsu makan kita. Otak kita letak tepi dah. Kan?

Jadi, sarapan ni paling penting. Bukan sahaja kita boleh kawal nafsu makan tengah hari kita. Tetapi ia boleh berikan pemikiran yang cerdas dan bersemangat di pagi hari. Otak cerdas kan boleh berfikir dengan baik.

Jom kita tengok masa makan yang sesuai dan WAJIB dipatuhi kalau betul-betul nak kurus.

1. Sarapan : Sebelum 9 pagi
2. Makan tengah hari : Sebelum 2 petang
3. Makan malam : Sebelum 8 malam, jika korang tidur pukul 10 malam, elok makan malam lebih awal. Sebaik-baiknya 3-4 jam sebelum tidur.

Jika rasa lapar di antara waktu makan ni, boleh ambil snek-snek seperti buah-buahan atau kekacang/kismis.

Supper (minum malam) boleh ambil yang ringan-ringan seperti segelas susu, kekacang, telur rebus dan biskut 3-5 keping. Bukannya teh tarik atau roti canai untuk minum malam ni ya. Hehehe.

Ingat ya, jaga waktu makan ni akan bantu kita turunkan berat badan dengan cepat. Sebab? Kita boleh jaga SAKA MAKAN kita dengan baik dan metabolisme juga meningkat dengan cara ni.

Nak kurus wajib makan bukan skip makan. Ingat tu ya kata kunci penting. Makin skip makan makin gemuk! (Huraiannya lain kalilah ya)

AkakSelim,
Saka makan dah jinak sikit berbanding 2 tahun lepas. Kikiki

Boleh Follow akakSelim di FB : Laila Ismail atau setkan See First di Facebook untuk dapatkan #tipsKurusAkakSelim setiap hari.

Share Button

Cara Cepat Kurus : Ubah Tabiat Pemakanan

Biasanya orang nak kurus ni mahukan keputusan yang drastik. Nak turunkan berat dalam masa sebulan sebanyak 10kg ke. Ia memanglah tidak mustahil untuk dilakukan tetapi ia akan berikan efek yo-yo (berat turun dan mudah naik kembali dengan cepat). Rugilah kalau macam tu kan?

Jadi macam mana nak buat untuk kekalkan berat yang turun tu selama-lamanya?

Mula-mula ubah tabiat pemakanan kita sehari-harian secara perlahan-lahan.

1. Kurangkan air manis. Kalau biasa ambil air manis 3 kali sehari, kurangkan kepada 2 kali. Lepas tu cuba minum sekali sahaja sehari.
Bila dah berjaya bab ni, kita teruskan dengan air TANPA GULA.

Hehe. Yang ni perlukan mental super kuat. Hehe.

2. Kurangkan 1/4 nasi dari kebiasaan kita makan. Kalau biasa ambil 1 pinggan penuh, kurangkan kepada 3/4 pinggan. Bukan semua orang boleh terus buat

PINGGAN SUKU-SUKU-SEPARUH kannn.. (kecuali orang yang kuat jiwanya sahaja mampu buat ni. Hehe)

Lepas tu kurangkan lagi kepada setengah pinggan.

3. Yang tak pernah ada sayur dalam pinggan, cuba tambahkan sayur sedikit demi sedikit. Cuba cari sayur apa yang sesuai dengan tekak. Bukannya pukul rata, semua sayur aku TAK SUKA.
Nak kuruskan badan wajib cukup semua makro nutrien. Kalau tak cacatlah proses penurunan berat badan kita.

Yang makan sayur ala kadar. Boleh tambahkan sayur lebih sikit. Jika sebelum ni makan 2-3 potong timun, tambahkan timun tu kepada setengah batang. Cuba sayur-sayur yang disukai.

Cuba 3 langkah ni dulu. Buatlah selama sebulan atau 40 hari. InshaAllah jadi habit.

Share Button

Menu 7 Hari Untuk Kempiskan Perut Macam JLO Dalam Masa Seminggu

Seperti yang akak selim dah janjikan, akak selim akan kongsikan menu 7 hari sempena projek #kempisMacamJLO yang bakal bermula esok. 🙂

Korang jangan lupa sediakan Set Detoks untuk kesan kempis yang betul-betul kempis tau.

Kalau korang tak sempat esok, bila-bila pun korang boleh buat. Paling penting korang disiplin. Lakukan bersungguh-sungguh selama 7 hari. InshaAllah, perut boleh mengecil dengan jayanya.

Sebelum korang teruskan baca pasal menu ni, korang patut hadamkan dulu apa persediaan yang korang perlu buat untuk Kempiskan Perut Macam JLO ni. Klik link di bawah ni ya.

Persediaan Untuk Join Projek Kempis Macam JLO

1. Menu Hari Pertama (Kredit Aizat Razak)

-Sarapan :
Air lemon suam ‘tanpa gula’
Roti dua keping bersama scramble egg (2 biji) dan Salad

-Snek pagi dan petang : 1 biji pisang

-Makan tengah hari dan malam :
Nasi perang, ayam yang dimasak secara sihat, sayur.

-Snek malam :
Brokoli yang dikisar bersama epal separuh biji dan satu cawan air sejuk

2. Menu Hari Ke 2

20160219_135603

-Sarapan :
Air lemon suam tanpa gula
Banana smoothies

-Snek pagi dan petang : 2 potong betik atau buah-buahan pilihan sendiri

-Makan tengah hari dan malam :
Nasi perang/basmathi 1 genggam, ikan bakar dan sayur.

-Snek malam : Jus epal hijau (Kisar 1 biji epal dan diminum bersama seratnya)

3. Menu Hari Ke 3

20160226_131624

-Sarapan :
Air lemon suam tanpa gula
Overnight oat

-Snek pagi dan petang : 1 biji buah naga atau buah-buahan pilihan sendiri

-Makan tengah hari dan malam :
Spaghetti/Pasta aglio olio seafood/ayam bersama sayur

-Snek malam : Low fat yogurt atau Greek yogurt 1 cawan

4. Menu Hari Ke 4

-Sarapan :
Air lemon suam tanpa gula
2 keping roti wholemeal/wholegrain disapu peanut butter tanpa gula

-Snek pagi dan petang : Low fat yogurt atau Greek yogurt

-Makan tengah hari dan malam :
Nasi perang/basmathi 1 genggam, ayam bakar beriani dan sayur

-Snek malam : Jus oren + nenas (dikisar dan diminum bersama seratnya)

5. Menu Hari Ke 5

20160224_121802

-Sarapan :
Air lemon suam tanpa gula
Wrap wholemeal bersama isi ayam bakar dan salad

-Snek pagi dan petang : 1 biji pisang atau buah-buahan pilihan sendiri

-Makan tengah hari dan malam :
Salad bihun perang. Resepi kat sini yaa. Klik link di bawah.
Resepi Salad Bihun Yang Sedap

-Snek malam : 8 biji almond dan 100 ml susu segar

6. Menu Hari Ke 6

20160222_200955

-Sarapan :
Air lemon suam tanpa gula
Roti wholemeal/wholegrain dan 2 biji telur rebus/scramble serta salad

-Snek pagi dan petang : 2 potong tembikai atau buah-buahan pilihan sendiri

-Makan tengah hari dan malam :
Nasi perang/basmathi 1 genggam, ayam bakar crispy dan sayur
Resepi Ayam Bakar Crispy Yang Best Giller
(weetbix tu korang boleh ganti dengan rolled oat yang dikisar kasar atau oat biasa yang instant tu, buka 3 in 1 punya oat tau… hehehe)

-Snek malam : Jus grapefruit + 1 batang  saderi (dikisar dan diminum bersama seratnya)

7. Menu Hari Ke 7

-Sarapan :
Air lemon suam tanpa gula
French toast (roti celup telur tu haaa…)

-Snek pagi dan petang : Low fat yogurt atau Greek yogurt

-Makan tengah hari dan malam :
Sandwich ayam atau wrap ayam. Jangan lupa letak sayur banyak2 yaaa.

-Snek malam : Jus epal hijau + 1 batang saderi (dikisar dan diminum bersama seratnya)

Nota Selim : 
Untuk makan malam, cuba elakkan ambil karbohidrat atau kurangkan kepada separuh sahaja. Akak selim biasanya tak ambil karbohidrat seperti nasi, roti atau pasta untuk makan malam. Ambil protein dan serat sahaja.

Korang cuba ya menu ni. Sedap-sedap semuanya ni. Jangan risau tak boleh telan. Memang sedap. Ni yang akak selim dah pilih-pilih dah menu tersedap untuk korang kempiskan perut dengan gembira. 🙂

Yang belum sediakan Set Detoks Shaklee, boleh contact akak selim di FB ya. Set Detoks ni memang terbukti boleh mengempiskan perut dalam masa 7 hari tau.

Kalau nak cepat kempis macam kawan-kawan akak selim ni hubungi akak selim sekarang tau.

Set Detox Shaklee Set Detox Shaklee Set Detox Shaklee

Good Luck ya korang semua. Akak selim doakan moga korang semua istiqamah dan sama-sama kita berjaya kempiskan perut dalam masa 7 hari ni.

Ganbatteeeeeeeeee Ne!!

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button

Kempiskan Perut Macam JLO Dalam Masa Seminggu Berpandukan Teknik Aizat Razak

Minggu lepas akak selim ajak rakan-rakan FB akak selim untuk sama-sama kempiskan perut menuju tahun baru 2017. Ramai yang respon berminat untuk join sama-sama.

Sebelum tu, boleh juga tengok tips kat sini ya.

5 Cara Kempiskan Perut Dengan Berkesan

Elok juga kalau korang yang nak kempiskan perut tu sediakan Set Detoks untuk bantu korang lebih kempis. 🙂

Kenapa namanya Kempis Macam JLO? Sebab JLO memang terkenal dengan perutnya yang sangat nipis kan. Haaa…. sebab tu laa. Tapi akak selim susah nak cari gambarnya yang sopan untuk letakkan kat sini. Korang boleh google sendiri ya.

Gambar ni je yang paling sopan yang boleh letak kat sini. 🙂

jennifer-lopez-and-twins

Program ni adalah PERCUMA sahaja, khidmat masyarakat untuk sama-sama kempiskan perut. Maklumlah badan dah semakin kurus pun, perut masih lagi menonjol ke depan. 😛

Program ni adalah Teknik Kempiskan Perut Dalam Masa 7 Hari dari Cikgu Kurus akak selim iaitu Aizat Razak, Ikon JKM. Boleh follow FB beliau, Aizat Razak.

Ini adalah hasil beliau selepas lakukan teknik ini selama seminggu. Teruja tak tak buat jugak??

kempiskan-perut-dalam-masa-seminggu-9 kempiskan-perut-dalam-masa-seminggu-10

kempiskan-perut-dalam-masa-seminggu-7

 

Jom kita tengok satu persatu.

1. Persediaan Sebelum Mulakan Projek Kempis Macam JLO

-Ambil gambar hadapan, sisi kanan dan sisi kiri.

-Ukur ukur lilit pinggang segaris dengan pusat.

-Pastikan menu adalah CLEAN sepanjang 7 hari program. Kurangkan gula, garam dan makanan berminyak jika betul-betul inginkan perut yang kempis seperti JLO. 🙂

-Perlu ingat bahawa sentiasa utamakan kualiti semasa melakukan senaman, bukan kuantiti yang penting. Kita inginkan kesan yang terbaik. KEMPIS!

2. Senarai Senaman Yang Wajib Dilakukan

Setiap satu senaman mesti dimulai dengan High Knee selama 20 saat.

kempiskan-perut-dalam-masa-seminggu-6

1. High Knee – 20 saat
Abs Crunch – 30 repetitions / Rehat 10 saat

kempiskan-perut-dalam-masa-seminggu-11

2. High Knee – 20 saat
Leg Raise – 30 repetitions / Rehat 10 saat

kempiskan-perut-dalam-masa-seminggu-4

3. High Knee – 20 saat
Elbow Crunch – 30 repetitions / Rehat 10 saat

kempiskan-perut-dalam-masa-seminggu-1

4. High Knee – 20 saat
Reverse Crunch – 30 repetitions / Rehat 10 saat

kempiskan-perut-dalam-masa-seminggu-13

5. High Knee – 20 saat
Flutter Kick – 30 repetitions / Rehat 10 saat

kempiskan-perut-dalam-masa-seminggu-12

6. High Knee – 20 saat
Side Crunch – 30 repetitions / Rehat 10 saat

kempiskan-perut-dalam-masa-seminggu-14

7. High Knee – 20 saat
Scissors – 30 repetitions / Rehat 10 saat

kempiskan-perut-dalam-masa-seminggu-8

8. High Knee – 20 saat
Russian Twist – 30 repetitions / Rehat 10 saat

kempiskan-perut-dalam-masa-seminggu-5

9. High Knee – 20 saat
Mountain Cross – 30 repetitions / Rehat 10 saat

kempiskan-perut-dalam-masa-seminggu-15

10. High Knee – 20 saat
Plank – 30 saat

kempiskan-perut-dalam-masa-seminggu-3

3. Pemakanan Sepanjang 7 Hari

Menu hari pertama Aizat Razak

-Sarapan :
Air lemon suam ‘tanpa gula’
Roti dua keping bersama scramble egg (2 biji) dan Salad

-Snack Pagi dan Petang : 1 biji pisang

-Makan tengah hari dan malam :
Nasi perang, ayam yang dimasak secara sihat, sayur.

-Snack malam :
Brokoli yang dikisar bersama epal separuh biji dan satu cawan air sejuk

Nak menu untuk hari ke 2 hingga hari ke 7? Nantikan update dari akak selim yaa.

Tungguuuuuuuuuuu……

Kredit : Aizat Razak, Ikon JKM

Jika ada apa-apa persoalan tentang projek #kempisMacamJLo ni, boleh pm akak selim di FB ya. InshaAllah akak selim akan cuba jawab sebaiknya.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...