Cara Cepat Kurus : Jaga Masa Makan

Menjaga masa makan adalah antara yang terpenting sepanjang korang nak turunkan berat badan.

Ramai orang suka skip sarapan, salah tu tau. Sarapan ni kategori wajib. Sebab tanpa bersarapan, perut kita terlalu lapar. Dah laaa puasa sepanjang malam. Bangun pagi, tak makan pula.

Cuba kira dari pukul 10 malam kita stop makan, dan kita nak jumpa makanan pukul 12 tengah hari. 14 jam tu!!! Masa tulah otak kita tak mampu dah nak pilih makanan dengan bijak. Apa yang kita nampak semua kita nak makan.

Dalam keadaan tersangat lapar, kita bukan pilih makan dengan rasional lagi dah. Kita memang betul-betul ikut nafsu makan kita. Otak kita letak tepi dah. Kan?

Jadi, sarapan ni paling penting. Bukan sahaja kita boleh kawal nafsu makan tengah hari kita. Tetapi ia boleh berikan pemikiran yang cerdas dan bersemangat di pagi hari. Otak cerdas kan boleh berfikir dengan baik.

Jom kita tengok masa makan yang sesuai dan WAJIB dipatuhi kalau betul-betul nak kurus.

1. Sarapan : Sebelum 9 pagi
2. Makan tengah hari : Sebelum 2 petang
3. Makan malam : Sebelum 8 malam, jika korang tidur pukul 10 malam, elok makan malam lebih awal. Sebaik-baiknya 3-4 jam sebelum tidur.

Jika rasa lapar di antara waktu makan ni, boleh ambil snek-snek seperti buah-buahan atau kekacang/kismis.

Supper (minum malam) boleh ambil yang ringan-ringan seperti segelas susu, kekacang, telur rebus dan biskut 3-5 keping. Bukannya teh tarik atau roti canai untuk minum malam ni ya. Hehehe.

Ingat ya, jaga waktu makan ni akan bantu kita turunkan berat badan dengan cepat. Sebab? Kita boleh jaga SAKA MAKAN kita dengan baik dan metabolisme juga meningkat dengan cara ni.

Nak kurus wajib makan bukan skip makan. Ingat tu ya kata kunci penting. Makin skip makan makin gemuk! (Huraiannya lain kalilah ya)

AkakSelim,
Saka makan dah jinak sikit berbanding 2 tahun lepas. Kikiki

Boleh Follow akakSelim di FB : Laila Ismail atau setkan See First di Facebook untuk dapatkan #tipsKurusAkakSelim setiap hari.

Share Button

Cara Cepat Kurus : Ubah Tabiat Pemakanan

Biasanya orang nak kurus ni mahukan keputusan yang drastik. Nak turunkan berat dalam masa sebulan sebanyak 10kg ke. Ia memanglah tidak mustahil untuk dilakukan tetapi ia akan berikan efek yo-yo (berat turun dan mudah naik kembali dengan cepat). Rugilah kalau macam tu kan?

Jadi macam mana nak buat untuk kekalkan berat yang turun tu selama-lamanya?

Mula-mula ubah tabiat pemakanan kita sehari-harian secara perlahan-lahan.

1. Kurangkan air manis. Kalau biasa ambil air manis 3 kali sehari, kurangkan kepada 2 kali. Lepas tu cuba minum sekali sahaja sehari.
Bila dah berjaya bab ni, kita teruskan dengan air TANPA GULA.

Hehe. Yang ni perlukan mental super kuat. Hehe.

2. Kurangkan 1/4 nasi dari kebiasaan kita makan. Kalau biasa ambil 1 pinggan penuh, kurangkan kepada 3/4 pinggan. Bukan semua orang boleh terus buat

PINGGAN SUKU-SUKU-SEPARUH kannn.. (kecuali orang yang kuat jiwanya sahaja mampu buat ni. Hehe)

Lepas tu kurangkan lagi kepada setengah pinggan.

3. Yang tak pernah ada sayur dalam pinggan, cuba tambahkan sayur sedikit demi sedikit. Cuba cari sayur apa yang sesuai dengan tekak. Bukannya pukul rata, semua sayur aku TAK SUKA.
Nak kuruskan badan wajib cukup semua makro nutrien. Kalau tak cacatlah proses penurunan berat badan kita.

Yang makan sayur ala kadar. Boleh tambahkan sayur lebih sikit. Jika sebelum ni makan 2-3 potong timun, tambahkan timun tu kepada setengah batang. Cuba sayur-sayur yang disukai.

Cuba 3 langkah ni dulu. Buatlah selama sebulan atau 40 hari. InshaAllah jadi habit.

Share Button

Tips Turunkan 5kg Dengan Cepat Dan Mudah Di Bulan Puasa

Alhamdulillah, 1 Ramadhan hari ni. Syukur kerana kita masih lagi bernafas dan dapat merasai nikmat Ramadhan yang penuh berkat. Alhamdulillah.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Dengan Sempurna untuk semua pembaca nutrisisemulajadi.com ya. Moga dapat ilmu bermanfaat daripada blog ini. InshaAllah.

Kita memang selalu berazam untuk turunkan berat badan di bulan puasa kan? Maklumlah nak raya nanti dengan badan kurus cantik molek. Sesekali balik kampung pastilah nak jumpa kawan-kawan lama kan. Setiap tahun jumpa pun asyik kena kutuk je kan?

Cara cepat kurus
Turunkan berat badan dengan cara sihat.

“Kau bila nak kurus?”
“Kau mengandung berapa bulan ni?” Walhal kita masih belum beranak pinak pun lagi.

Sentap tau! Haaaa.. tahun ni kita taknak sentap-sentap lagi dengan gurauan kawan-kawan sekampung kita. Nanti kita nak tunjukkan kita dah berjaya turunkan 5-10kg berbanding raya tahun lepas.

Boleh?

Mari kita tengok apa kita perlu buat sepanjang bulan puasa ni supaya berat kita boleh turun dengan cepat dan mudah.

Turun 5kg Dengan Cepat Dan Mudah Bulan Ramadhan

1. Wajib Bersahur

Turunkan 5kg dengan cepat dan mudah di bulan puasa
Menu sahur yang lengkap nutrisi membantu turunkan berat badan dengan cepat

Ni salah satu contoh menu sahur yang lengkap nutrisi untuk kita dapat turunkan berat badan dengan cepat di bulan puasa.

Jangan tinggalkan sahur dan bersahurlah dengan makanan yang seimbang. Cukup karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan lemak sihat. Ambil jus buah homemade sebagai pelengkap kerana jus buah mengandungi karbohidrat, fiber dan air yang tinggi. Kalau tak sempat nak buat jus atau makan buah, boleh ambil minuman oren tanpa karbonat. Ia boleh bantu kekalkan air dalam badan sepanjang seharian kita berpuasa.

Kalau tak sempat nak masak, boleh ambil Set Sahur yang lengkap dengan nutrisi dan cepat untuk disediakan.

Tambah tenaga ibu menyusu di bulan puasa

2. Berbuka Dengan Betul, Bukan Melantak

Badan kita memang teringinkan sangat gula selepas seharian berpuasa. Bila kita start dengan gula (kuih muih/air manis), kita terus menerus nakkan gula masuk dalam badan. Masa nilah paling bahaya sebab kuih manis dan air manis tu boleh cecah beratus-ratus kalori, dan akhirnya kita makan terlalu banyak melebihi keperluan badan kita. Akhirnya berat kita naik sepanjang bulan puasa sebab kita asyik dengan makanan bergula tinggi.

Mulakan dengan 1-2 biji kurma dan air kosong atau jus buah yang kita sediakan sendiri di rumah. Lepas tu, kita solat Maghrib.

Dengan cara ni, kita dapat kurangkan ketagihan gula yang melampau tersebut dan kita dapat kontrol nafsu makan kita.

Turunkan 5kg dengan cepat dan mudah di bulan puasa

Foto kredit : Kevinzahri.com

3. Jangan Kurangkan Makan

Ramai orang yang nak turunkan berat badan silap faham. Dengan mengurangkan pengambilan makanan, badan kita mudah kurus. Memang betul mudah kurus tapi itu bukan cara yang betul kerana ia akan membuatkan berat badan kita cepat naik semula.

Turunkan 5kg dengan cepat dan mudah di bulan puasa

Cara yang betul untuk turunkan berat badan ialah dengan mengambil makanan sekurang-kurangnya 1000kcal setiap hari. Ini untuk mengelakkan tahap metabolisme kita menurun dan membuatkan berat kita susah nak turun dengan cepat.

4. Minum Air Yang Cukup

Minum air sedikit-sedikit dengan kerap bermula daripada lepas buka puasa sehinggalah waktu sahur. Bukannya dengan cara minum 1 liter air sekaligus. Air yang diminum dengan banyak sekaligus hanya akan dikeluarkan sebagai air kencing sahaja. Membazir kan?

Ini adalah cadangan cara minum air yang sesuai sepanjang bulan puasa ni. Paling penting adalah istiqamah.

5. Detoks

Turunkan 5kg dengan cepat

Detoks semasa bulan puasa ni mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan sebanyak 5kg tu. Set detoks semasa puasa ni sama sahaja dengan set biasa cuma, ditambahkan dengan Set Sahur dan Set Terawih untuk beri kesan lebih baik dan beri tenaga lebih lama.

Turunkan 5 kg di bulan puasa

Dapatkan Set Detoks ni hari ini ya untuk kita dapat turunkan sekurang-kurangnya 5kg di bulan Ramadhan ni.

Selain turunkan berat badan, perut pun boleh kempis dengan cepat tau. Mereka berjaya kempiskan perut dalam masa seminggu. Langsing gitu haa… Boleh tengok sini. Klik link di bawah ni ya.

Kempis Perut Cepat.

Boleh hubungi saya di 019-722 8520 untuk dapatkan set detoks ni.

Atau boleh klik link di bawah ni.

Whatsapp AkakSelim

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Laila Ismail

Share Button

Kurus Cepat Tanpa Perlu Berlapar Dengan Set Kurus Shaklee

Kurus cepat tanpa perlu berlaparBoleh dikatakan untuk tahun 2016 ni, akak selim tak pernah skip Set Kurus Shaklee ni. Inilah set faveret akak selim sepanjang tahun ni.

Set Kurus Bajet ni boleh dikatakan set paling minimumlah sebagai peneman sepanjang perjalanan menurunkan berat badan.

Selain daripada set ni, akak selim memang tambahkan protein sihat dalam pemakanan harian akak selim. Sebab protein sangat2 diperlukan oleh badan kita sepanjang masa.

Akak selim pilih Cinch Shake dan ESP! Memang sedap dan mengenyangkan!

Bina otot dan bakar lemak dengan Cinch Shake
Bina otot dan bakar lemak dengan Cinch Shake
Kurus cepat dengan protein
Bina otot dan bakar lemak dengan ESP

Tak kiralah berazam nak kurus ke, nak gemuk ke, nak maintain berat badan ke, protein sangat diperlukan oleh badan kita. Tanpa pengambilan protein sihat secara konsisten, badan kita lembik, menggeleber dan cepat letih.

Nak tahu rahsia akak selim turunkan berat 20 kg tanpa perlu berlapar?

Cara Turunkan Berat 20 Kg Dengan Cepat Tanpa Perlu Berlapar
Berjaya kurangkan 20 kg dalam masa 7 bulan.

Boleh klik link di bawah ni ya.

Rahsia Turun 20 kg Tanpa Berlapar

Berazam untuk kurus pada tahun 2017? Jom mulakan sekarang bersama akak selim. Akak selim bantu kalian yang nak kurus turunkan berat badan tanpa perlu berlapar.

Whatsapp akak selim hari ini di 019-722 8520.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

 

Share Button

Pencapaian Yang Manis-Manis Sepanjang 2016

Refleksi diri menuju 2017. Tinggal beberapa hari je lagi kita nak tinggalkan tahun 2016.

refleksi-diri

Alhamdulillah. 2016 yang sangat membahagiakan.

1. Turun berat 20 kg!

Turun 20 kg dengan cepat
Transformasi paling berjaya dalam hidup. Kihkihkih

Kejayaan paling besar dalam hidup kot setelah ada anak. Kalau masa bujang tu, cabaran nak turunkan berat tak sebesar masa ada anak ni. Dengan masa terhad, metabolisme yang dah rendah dan macam2.
Akak selim kagum dengan diri sendiri untuk yang ni.

2. Visceral Fat turun dari 24 (sangat tinggi) ke 10 (hampir NORMAL)!

cara turunkan lemak perut dengan mudah dan pantas
Alhamdulillah, ada perubahan yang baik.

Visceral fat = lemak di sekitar organ penting.
Makin sihat, makin kurang kebimbangan terhadap visceral fat dalam badan ni.

3. Tahun ke 2 menjadi surirumah berkerjaya. Alhamdulillah.

Bisnes yang menguntungkan
Bisnes sambil menguruskan anak-anak adalah idaman semua wanita.

 

Masih tegar dengan bisnes Shaklee yang sangat best!
Anak-anak depan mata, cabaran tak pernah kurang tapi akak selim HAPPY!

4. Bakal khatam Quran untuk kali kedua dalam tahun ni.

Sebelum ni memang susah nak khatam sendiri2. Setahun sekali pun belum tentu. Lost sokmo!!
Alhamdulillah.
Azam tinggi
Azam tinggi
Semuanya boleh.
Alhamdulillah.

2016 dengan kejayaan yang indah2. Alhamdulillah.
Tak sabar menanti 2017 dengan #misifatloss, misi lebih sihat dan LEAN!
InshaAllah.

Turun 20 kg dengan cepat
Julai 2016 : 63.5 kg. Mahu lebih slim dan lebih rendah peratus lemak!

Moga bisnes Shaklee juga membesar dengan lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ni.
InshaAllah.

Ingin sama-sama mencapai transformasi diri yang lebih baik setiap tahun? Sertai group kami Geng Freedom. InshaAllah banyak kejayaan-kejayaan yang bakal anda dapat.

SMS/Whatsapp akak selim di 019-722 8520

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button

Turunkan Berat Badan Dengan Cepat Dan Berkesan Dengan Set Kurus Shaklee

Hasil dari penggunaan Set Kurus Premium Shaklee ni, akak selim berjaya menurunkan berat 20 kg dalam tahun 2016. Sebenarnya tiada rahsia lagi macam mana akak selim boleh selim. 🙂

Cara Turunkan Berat 20 Kg Dengan Cepat Tanpa Perlu Berlapar
Berjaya kurangkan 20 kg dalam masa 7 bulan.

Semuanya akak selim dah ceritakan di sini. Klik link di bawah ni ya.

Rahsia Akak Selim Turunkan 20 kg

Apa Yang Ada Dalam Set Kurus Premium Ni?

Turunkan berat badan dengan cepat

Detoks Usus/Buang Toksin Dengan Herb-Lax

Mengandungi  daun Senna yang digunakan cara tradisional sebagai laksatif semulajadi. Melawaskan dan membantu proses perkumuhan supaya lebih lancar.

Pecahkan Lemak Dengan Lecithin

Membantu memecahkan lemak secara efektif. Lemak akan disingkirkan dengan lebih efektif setelah dipecahkan kepada molekul-molekul kecil oleh Lecithin.

Bakar Lemak Dengan Omega Guard

Omega Guard membantu membakar lemak dengan berkesan. Ia juga akan menyingkirkan lemak-lemak/plak di dalam salur darah. Jadi, proses penurunan berat badan semakin cepat dan memberikan kesan yang sangat baik kepada jantung kita.

Singkirkan Lemak Dengan Alfalfa

Alfalfa kaya dengan pelbagai nutrien mampu menyingkirkan lemak secara semulajadi. Kajian klinikal membuktikan bahawa penggunaan jangka masa panjang akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.

Hanya Alfalfa sahaja yang mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

Bina Otot Dengan Cinch Shake/ESP

Otot membantu kita mempercepatkan pembakaran lemak. Jika peratusan otot kita tinggi, maka cepat dan banyaklah lemak dapat dibakar.

Di samping itu otot menjadikan bentuk badan kita lebih langsing dan cantik. Jika kita hanya menurunkan berat badan tanpa membina otot, badan kita akan menjadi hodoh dan menggeleber. Lengan yang lembik, paha yang berkedut, perut yang hodoh disebabkan penurunan berat badan yang drastik tanpa bina otot.

Bagaimana nak bina otot? Salah satunya ialah mengambil protein yang bagus dan mengandungi leucine. Leucine akan membantu mengekalkan jisim otot dan membuang lemak secara efektif. Mereka yang menurunkan berat badan dan mengambil protein mengandungi leucine terbukti dapat mengekalkan otot, menurunkan peratus lemak, kulit tidak menggeleber dan potongan badan yang langsing.

Cinch Shake mengandungi leucine yang telah terbukti secara klinikal dapat membantu menurunkan berat badan dan memberikan bentuk tubuh sempurna dan langsing.

Leucine is so important when it comes to maintaining muscle mass and assisting with weight loss.
Sumber : Proteinworks

Tingkatkan Metabolisme Dengan Vivix

Resveratrol yang terdapat dalam Vivix terbukti berkesan untuk meningkatkan kadar metabolisme badan sekaligus boleh membantu menurunkan berat badan dengan cepat.

Apa Yang Boleh Dapat Dari Pembelian Set Kurus Premium Shaklee?

Anda boleh pelbagai keistimewaan dengan pembelian set ni.

1. Keahlian PERCUMA

2. Penghantaran PERCUMA

3. Vitamin C PERCUMA (sehingga 15.10.2016 sahaja)

4. Lucky Draw di semua cawangan Shaklee (15.10.2016 sahaja)

5. Bonus akan dimasukkan ke dalam akaun anda bulan berikutnya.

6. Konsultasi PERCUMA tentang penurunan berat badan sepanjang hidup. 🙂 Menu dan resepi yang boleh menurunkan berat badan juga akan diberikan secara PERCUMA (bernilai RM300)

Untung kan? Kalau buat pembelian esok berganda2 untungnya tau.

SMS/Whatsapp akak selim di 019-722 8520.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button

Cara Turunkan Berat 20 Kg Dengan Cepat Tanpa Perlu Berlapar

Cara Turunkan Berat 20 Kg Dengan Cepat Tanpa Perlu Berlapar
Berjaya kurangkan 20 kg dalam masa 7 bulan.

Dah lama nak cuba kuruskan badan? Tapi asyik gagal je? Biasanya nak start hari Isnin kan? Selalu dengar tak? Tapi selalu juga berakhir dengan Isnin minggu depan dan minggu depan dan minggu depan. Akhirnya terbengkalai begitu sahaja.

Tengok-tengok berat dah naik sehingga 80-90 kg. Sayalah tu! Ini berat saya selepas bersalin anak ke 3. Memang SANGAT BERAT.

Cara kurus cepat
Julai 2015 : Berat saya 85 kg
Cara kurus cepat
Jan 2016 : Berat 81.7 kg

Saya faham sangat bab diet ni. Nak mulakan tu memang rasa payah dan susah. Tapi bila dah mula, jangan pernah menoleh ke belakang. Kata Aizat Razak, Ikon JK1M #jalanterus!

Selalu GAGAL nak mulakan? JOM FOLLOW AKAK SELIM!

Cara kurus cepat dengan set kurus shaklee
Berjaya turunkan 16.9 kg dalam masa 6 bulan.

Ini ialah saya atau lebih suka dikenali sebagai Akak Selim. Alhamdulillah berjaya turunkan 16.9 kg dalam masa 6 bulan. Dan sekarang penurunan berat sudah melebih 20 kg. 🙂 Alhamdulillah.

Akak selim kini sedang meneruskan usaha untuk turunkan berat badan ke berat yang lebih NORMAL iaitu 55 kg. 55 kg tu bukanlah berat yang paling baik untuk ketinggian saya, tapi itulah target saya buat masa ni. Ada lagi 5 bulan untuk saya berusaha capai target tersebut. InshaAllah.

Sepanjang 6 bulan tu, apa yang saya buat untuk turunkan berat badan dengan cepat?

1. Ambil Set Kurus Premium Shaklee

Turunkan berat badan dengan cepat

Saya memang pengamal tegar vitamin Shaklee. Vitamin Shaklee bukan ubat kurus, tapi ia adalah suplemen yang boleh membantu kita membuang dan membakar lemak dengan lebih efektif. Secara tak langsung kita akan kurus dengan cepat. Di samping itu, suplemen juga membantu melengkapkan lopong-lopong nutrisi dalam badan kita sepanjang kita menurunkan berat badan.

Apa yang ada dalam Set Kurus Premium ni?

Detoks Usus/Buang Toksin Dengan Herb-Lax

Ubat sembelit berkesan
Cuci usus berkerak dan membantu melawaskan

Mengandungi  daun Senna yang digunakan cara tradisional sebagai laksatif semulajadi. Melawaskan dan membantu proses perkumuhan supaya lebih lancar.

Pecahkan Lemak Dengan Lecithin

Pecahkan lemak supaya lebih cepat kurus
Pecahkan lemak supaya lebih cepat kurus

Membantu memecahkan lemak secara efektif. Lemak akan disingkirkan dengan lebih efektif setelah dipecahkan kepada molekul-molekul kecil oleh Lecithin.

Bakar Lemak Dengan Omega Guard

Bakar lemak dengan berkesan untuk bantu kurus cepat
Bakar lemak dengan berkesan untuk bantu kurus cepat

Omega Guard membantu membakar lemak dengan berkesan. Ia juga akan menyingkirkan lemak-lemak/plak di dalam salur darah. Jadi, proses penurunan berat badan semakin cepat dan memberikan kesan yang sangat baik kepada jantung kita.

Singkirkan Lemak Dengan Alfalfa

Kurus cepat dengan alfalfa
Singkirkan lemak dengan alfalfa

Alfalfa kaya dengan pelbagai nutrien mampu menyingkirkan lemak secara semulajadi. Kajian klinikal membuktikan bahawa penggunaan jangka masa panjang akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.

Hanya Alfalfa sahaja yang mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

Bina Otot Dengan Cinch Shake/ESP

Bina otot dan bakar lemak dengan Cinch Shake
Bina otot dan bakar lemak dengan Cinch Shake
Kurus cepat dengan protein
Bina otot dan bakar lemak dengan ESP

Otot membantu kita mempercepatkan pembakaran lemak. Jika peratusan otot kita tinggi, maka cepat dan banyaklah lemak dapat dibakar.

Di samping itu otot menjadikan bentuk badan kita lebih langsing dan cantik. Jika kita hanya menurunkan berat badan tanpa membina otot, badan kita akan menjadi hodoh dan menggeleber. Lengan yang lembik, paha yang berkedut, perut yang hodoh disebabkan penurunan berat badan yang drastik tanpa bina otot.

Bagaimana nak bina otot? Salah satunya ialah mengambil protein yang bagus dan mengandungi leucine. Leucine akan membantu mengekalkan jisim otot dan membuang lemak secara efektif. Mereka yang menurunkan berat badan dan mengambil protein mengandungi leucine terbukti dapat mengekalkan otot, menurunkan peratus lemak, kulit tidak menggeleber dan potongan badan yang langsing.

Cinch Shake mengandungi leucine yang telah terbukti secara klinikal dapat membantu menurunkan berat badan dan memberikan bentuk tubuh sempurna dan langsing.

Leucine is so important when it comes to maintaining muscle mass and assisting with weight loss.
Sumber : Proteinworks

 

Tingkatkan Metabolisme Dengan Vivix

vivix-bottleResveratrol yang terdapat dalam Vivix terbukti berkesan untuk meningkatkan kadar metabolisme badan sekaligus boleh membantu menurunkan berat badan dengan cepat.

Ada ujian klinikal yang membuktikan bahawa Resveratrol ini banyak membantu dalam menurunkan berat badan di samping sebagai antioksidan anti penuaan.

Studies have found that you can use resveratrol to speed up your metabolism to help you burn more calories throughout the day.

Sumber : revgenetics.com

2. Eat Clean

Akak selim makan secara eat clean. Ubah cara makan setiap hari. Ubah menu, ubah tabiat makan. Boleh tengok menu, resepi dan konsep eat clean di sini.

Klik link di bawah untuk lebih faham tentang eat clean ni.

Segalanya Tentang Eat Clean

3. Detoks

Dalam tahun 2016, beberapa kali juga akak selim lakukan detoks. Detoks seluruh badan dan detoks parasit. Ingin tahu tentang detoks? Boleh klik link di bawah ni ya.

Detoks Membantu Turunkan Berat Badan

4. Senaman

Akak selim lakukan senaman secara rutin. Walaupun pada awalnya, senaman yang akak selim lakukan adalah senaman ringan-ringan sahaja. Berbasikal di sekeliling rumah, berjalan-jalan santai di sekeliling taman bersama anak-anak dan kardio mudah di rumah.

Tetapi memandangkan berat yang akak selim ingin turunkan adalah 20-30 kg, akak selim mesti lakukan senaman yang lebih memberikan impak kepada badan akak selim untuk elakkan badan lembik dan menggeleber.

Kurus cepat dengan set kurus shaklee
Turun 20 kg 2016. 🙂

Akak selim buat kardio 3-4 kali seminggu dan baru-baru ni akak selim join Jom Kurus 1 Malaysia yang diasaskan oleh Kevin Zahri tu, Pakar Kecergasan yang sangat kacak tu kannn… 🙂 Akak selim join di bawah Coach Noorzana untuk kawasan Kulai. Alhamdulillah, banyak belajar tentang senaman yang sesuai untuk akak selim ‘firm’kan dan dapatkan bentuk badan yang cantik.

14183948_10209215153567609_7654017956732690324_n

5. Minum Air

Minum air ni ramai yang nampak remeh. Tapi sebenarnya sangat penting dalam proses menurunkan berat badan tau. Antara yang paling penting tau. Sebab dengan minum air banyaklah toksin dapat keluar dari badan dan dapat buang air yang berlebihan dalam badan.

Kalau nak kurus, jangan cuba-cuba skip ye minum air ni. Setiap 25kg berat badan, minum 1 liter air yaa.

Akak selim juga mengadakan kelas Eat Clean yang dinamakan KEBAS (Kurus Enjoy Bersama Akak Selim) secara online. Jika mahu bersama-sama menurunkan berat badan secara berkumpulan, boleh follow pengumuman program setiap bulan di Facebook Akak Selim : Lailasani Ismail.

Dan untuk setiap order Set Kurus Premium, anda akan mendapat bimbingan untuk kurus secara PERCUMA dari akak selim. Konsultasi adalah PERCUMA untuk join KEBAS.

Untuk order Set Kurus Premium, sila whatsapp SELIM ke 019-722 8520 ya.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

 

Share Button

Cara Kurus Cepat Dan Mudah Dengan Vivix

Bagi orang yang suka makan tapi nak kurus, dinasihatkan TAK BOLEH makan tu memang DILEMA BESAR kan? AkakSelim juga tak suka berlapar! Sengsara gitu.

Berlapar sepanjang hari atau makan epal sebiji je sehari, memanglah lapar kan? 🙁

AkakSelim tak sanggup macam tu! Memang nak kurus sangat tapi rasanya cara tu tak betul tu. Sebab badan kita ni memerlukan tenaga untuk hidup, untuk beribadat, untuk buat macam-macam kerja. Tambah2 pulak macam akakSelim ni masih lagi menyusukan anak kecil.

Ini pengalaman akakSelim sendiri. Berjaya turunkan berat 11.3 kg dalam masa 2 bulan 10 hari.

Pengalaman Kurus Dengan Vivix AkakSelim :

Ini memang pengalaman akakSelim sendiri. Alhamdulillah, dapat turunkan berat 11.3 kg dalam masa 2 bulan je. Memang rasa tak sangka jugak. Sebab target masa buat azam tahun baru tu nak turunkan 1kg 1 bulan je… hihihi…

Alhamdulillah. Dengan izinNya jua. 🙂

kurus cepat dan mudah ibu menyusu

Pengalaman Kurus Dengan Vivix 2 :

Cara kurus dengan cepat dan mudah Cara kurus dengan cepat dan mudah

Pengalaman Kurus Dengan Vivix 3 :

Cara kurus dengan cepat dan mudah

Pengalaman Kurus Dengan Vivix 4 :

Cara kurus dengan cepat dan mudah

Terbukti Vivix mampu membantu turunkan berat dengan cepat tetapi dengan cara selamat. Boleh klik link di bawah ni bagaimana Vivix boleh membantu kurus dengan cepat.

Kurus Cepat Dengan Vivix

Jom join Jom Kurus Bersama AkakSelim (JKBAS) hari ini. InshaAllah memang boleh kurus dengan jayanya. Bertambah cantik molek di pagi raya nanti. InshaAllah.

Whatsapp [JKBAS] ke 019-722 8520. AkakSelim akan terangkan detail tentang program ni ya.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Tips Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

Share Button

4 Sebab Kenapa Anda Patut Join Jom Kurus Bersama AkakSelim (JKBAS)

Gemuk! Obesiti! Lebih Berat Badan!!

Turunkan berat badan dengan cara sihat.
Turunkan berat badan dengan cara sihat.

Memang sangat tak best dan sengsara! Ini adalah pengalaman AkakSelim sendiri. Sengsara sebab sentiasa ada masalah sendi-sendi lutut. Berat badan tak sesuai dengan size lutut dan kaki. Memang teruk jadinya. 🙁

Solat pun terpaksa solat duduk tau. 🙁

Sedih!! Umur belum 40 tapi dah terpaksa solat duduk. Sebabnya sakit lutut. Sebab apa sakit lutut? Sebab badan berat sangat. Lutut terseksa nak menampung berat badan. 🙁

Tak best!! Sebab semua baju dah tak boleh pakai. Takkan nak beli baru lagi kan? Membazir dah satu hal. Satu lagi, makin membesar ler badan kalau asyik beli baju baru dengan size BARU sokmo.. Bahaya tu.. 😛

Ni AkakSelim nak ajak adik-adik dan kakak-kakak yang cantik untuk sama-sama turunkan berat badan. Tak perlu nak diet ekstrim, tapi AkakSelim ajar cara diet sihat. Diet yang memang terbukti berkesan, selamat tanpa ubat kurus dan maintain berat badan.

4 Sebab Kenapa Anda Wajib Join Jom Kurus Bersama AkakSelim (JKBAS)

1. Berdasarkan Pengalaman AkakSelim Sendiri

AkakSelim turun 5.4 kg dalam Cabaran Makan Sihat selama 21 hari.

Turun berat dengan cepat
Turun 5.4 kg dalam masa 3 minggu.

AkakSelim sendiri adalah testimoni kepada program ini. Jadi AkakSelim ada pengalaman menurunkan berat badan dan tahu bagaimana proses penurunan berat badan ini berlaku. Jika ikut segala peraturan yang diberikan, pasti berat boleh turun sekurang-kurangnya 3 kg selama 21 hari.

Selain dari pengalaman sendiri, AkakSelim juga ada beberapa group coaching yang sudah terbukti berjaya mengurangkan berat badan dalam masa yang singkat secara sihat.

AkakSelim percaya boleh membantu kalian yang obesiti/terlebih berat badan untuk dapatkan berat ideal tanpa perlu berlapar dengan cara yang betul.

2. Menu Disediakan

Eat clean
Salah satu contoh menu semasa Clean Eating Challenge. Sedap!!!!

 

Menu sihat akan disediakan selama 21 hari. Anda tak perlu pening kepala untuk cari idea nak makan apa, nak masak apa kerana semua itu akan disediakan oleh AkakSelim. Untuk menu-menu yang kurang familiar, resepi jugak akan disediakan.

W2D10

Hampir 100 menu akan diberikan sepanjang program JKBAS dan MENU SIHAT ini adalah khas untuk mereka yang join JKBAS sahaja ya.

Tunggu!!

3. Panduan Detoks

Detox cepat kurus

Badan kita ni memang boleh detoks sendiri. Allah dah buat cantik dah. Semua sempurna. Tapi sebab kita dah makan macam-macam tanpa had, jadi organ-organ badan yang sepatutnya boleh detoks sendiri terpaksa bekerja lebih keras kerana bebanan yang banyak dan lama.

Jadi, untuk mendapatkan kesan optimum dalam penurunan berat badan, panduan detoks akan disediakan. Begitu juga dengan cara pemakanan, tips detoks, resepi dan pelbagai info tentang detoks akan disediakan secara PERCUMA.

4. Support Group Melalui Whatsap

cara turunkan berat badan

Support group ini akan berterusan selama 21 hari. Sepanjang program, semua peserta akan dipantau dengan lebih dengan menggunakan whatsapp group.

AkakSelim sendiri memang suka kalau dapat join jom kurus beramai-ramai. Terasa ada kekuatan gitu tau. Kalau sorang-sorang kan kadang-kadang tersasar dari target kan? Mudah je nak patah semangat. Tapi kalau berkumpulan ni, InshaAllah kita akan saling menyokong di antara satu sama lain.

Sama-sama kita kurus!

Sama-sama kita comel!

Sama-sama kita sihat! Itu paling utama, kesihatan yang baik adalah nikmat yang tidak ternailai harganya. Ingat tu tau.

Cara Nak Join JKBAS

Whatsapp “JKBAS” ke 019-722 8520. Saya akan reply secepat mungkin dengan penerangan ringkas tentang JKBAS.

Kurus cepat

Jumpa dalam group yaaa… 🙂

Share Button

Kekalkan Berat Badan Atau Kurangkan Berat Badan, Yang Mana Lebih Mencabar?

Ini adalah perkongsian dari Dietitian Mohd Khairul Azuan yang saya petik dari FB beliau. Sejak saya mulakan Eat Clean, saya memang follow update dari beliau kerana dengan kepakaran beliau sebagai Dietitian, pasti beliau arif tentang pemakanan yang perlu diambil dan ditinggalkan sepanjang menurunkan berat badan.

Beliau adalah Dietitian dan terlibat dalam JomKurus1Malaysia bersama Kevin Zahri.
Weightloss Coach & Fitness.

Ini adalah pesanan beliau untuk pastikan yang berat badan yang dah turun tu terus kekal TURUN, bukannya naik lagi teruk dari sebelumnya.

Selamat menelaah. 🙂

Weight maintance lagi mencabar dari weight loss

Turun berat dengan cepat
Weight anda boleh dikatakan maintain jika anda dapat kekalkan penurunan tersebut selama 12 bulan !!

Bila kita turun berat, secaral umumnya metabolisme kita pun akan turut turun. Bila dah banyak berat yang turun, lagi banyak metabolism kita turun. Sampai satu tahap penurunan semakin perlahan dan metabolism dah sampai ke paras minimum.

Apa yang boleh saya buat selain berdoa dan bertawakal ?

1. Mula check balik kalori intake dan makronutrient pemakanan kita. Adakah complete atau main suka suki diet sahaja.

2. Belajar berkenaan pemakanan secara lebih advance seperti pre workout meal, post workout meal, penggunaan supplement seperti whey sebagai snek (bukan fatburner atau pil kurus ye) dan meal timing dengan lebih detail.

3. Ubah cara anda makan dan makanan yg anda makan. Elakkan makan benda sama setiap hari pada setiap meal. Bukan apa.. badan kita ni bijak dan cepat bosan. Pelbagaikan.

4. Mulakan weight training untuk naikkan muscle mass. Muscle meningkatkan metabolisma badan. Bayar sikit msuk gym main besi.

5. Selang selikan cardio biasa dengan HIIT atau circuit training berintensiti lebih tinggi. Kalau dah biasa dengan bodyweight, boleh tambah dumbell dalam senaman anda.

6. TIDUR mesti CUKUP !! 6-8 jam mesti ada. Tidur tutup lampu. Kalau takut gelap minta kucing teman.

7. Kurangkan stress dengan banyak mendekatkan diri pada Allah, pergi karaoke atau bersosial bersama kawan2 yg lebih obese dari anda.

8. Sentiasa aktif join running event atau apa2 event yg melibatkan ramai orang. Nanti u pun akan semangat untuk aktif dan persiapkan diri untuk event tu.

9. Kalau lost focus, cepat2 cari jalan kembali. Jangan sampai dah naik kembali semua berat yang hilang tu baru nk insaf meratapi baju yang dah ketat.

Lastly no 10. Join DietFit Xtreme. Kehkehkeh

Ingat, weightloss journey adalah MARATON.. Bukan SPRINT.

Biar slow tapi jangan kembali.

**Kredit : Mohd Khairul Azuan-Dietitian**

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...