Cara Elak Kanser Payudara Bagi Wanita Dan Kanser Prostat Bagi Lelaki

Baru pagi tadi saya ternampak di skrin besar di Klinik Kesihatan Kulai,

Kanser payudara adalah pembunuh nombor SATU di Malaysia.

ubat kanser pengidap kanser di malaysia

Memang begitulah juga statistik jenis-jenis kanser yang paling menyerang rakyat Malaysia. Kanser payudara untuk wanita dan kanser prostat bagi lelaki.

Cara Rawat Kanser Secara Semulajadi

Kanser ni boleh dikatakan penyakit yang paling jahat kerana kesannya terhadap fizikal dan emosi sangat teruk. Tambahan pula ada beberapa jenis kanser yang tidak dapat dikesan pada tahap awal. Dapat tahu tu dah tahap 3 atau tahap 4. Jadi, mencegah itu jauh lebih baik daripada mengubatinya. Sentiasalah berdoa semoga kita dijauhkan daripada penyakit-penyakit kronik seumpama kanser ini. Nauzubillah.

Salah satu cara untuk mencegah 2 jenis kanser utama ini ialah dengan mengambil protein soya. Seringkali soya dikaitkan dengan isu-isu yang boleh membawa kepada keburukan kan? Usahlah kita percaya bulat-bulat seperti yang dikongsikan oleh orang ramai kerana tiada kajian pun sebenarnya yang mengatakan soya adalah memudaratkan kesihatan.

Saya kongsikan kebaikan soya untuk mencegah kanser payudara dan kanser prostat ini dari tulis buku Dr Bruce Miller, doktor yang berpengalaman luas dalam bidang ‘preventive health’.

Kenapa Protein Soya Sangat Bagus Untuk Cegah Kanser?

1. Ia mengandungi agen pencegah kanser yang dipanggil ISOFLAVONES. Ia boleh mengurangkan hormon yang berkaitan dengan kanser.

Continue reading Cara Elak Kanser Payudara Bagi Wanita Dan Kanser Prostat Bagi Lelaki

Share Button

Nasihat Pemakanan Yang Mesti Diamalkan Oleh Semua Orang Dari Bekas Pesakit Kanser

Setiap orang ada ujian masing-masing. Dengan ujian inilah kita berusaha gigih melaluinya untuk meneruskan perjalanan menuju akhirat.

Ini bukan kisah saya.
Tapi kisah kawan-kawan saya. Mereka diuji dengan ujian yang sangat besar dan mereka berjaya melaluinya dengan tabah. Mereka diuji dengan penyakit kanser. 🙁

Tapi kini mereka berdua sudah bebas kanser. Alhamdulillah. Saya sangat kagum dan berbangga dengan semangat untuk sembuh mereka yang sangat tinggi.

Ini adalah perkongsian mereka tentang pemakanan yang mereka amalkan sekarang.

#1 Minum air yang direndam dengan lemon sebiji sehari.

Makanan rawat kanser
Sekarang saya juga minum air lemon ni. InshaAllah akan diamalkan setiap hari.

#2 Minum air/jus belalai gajah.

Makanan rawat kanser
Memang ramai yang berkongsi khasiat daun belalai gajah ni. Teringin juga saya nak tanam di rumah dan mencuba jus belalai gajah ni. Yang saya pernah dengar, blend daun belalai gajah dengan 1 biji epal dan diminum setiap pagi.
Boleh refer khasiatnya di bawah ni ya.
Klik link –> Khasiat daun belalai gajah

#3 Makan brokoli dengan kerap.

DD sayur
Anak-anak saya memang sukakan brokoli, di rebus dan di makan begitu sahaja. 🙂

Makanan rawat kanser

#4 Katakan TIDAK kepada daging merah.

Sel kanser tumbuh dengan cepat pada persekitaran berasid, diet daging bersifat asid sangat tinggi.

Daging mengandungi antibiotik ternak yang menumbuhkan hormon dan parasit berbahaya, terutama kepada pesakit kanser.

Diet lebih baik adalah memakan ikan dan ayam kerana walaupun bersifat asidik tetapi tahap kandungan asid tidak setinggi daging merah.

Makanan rawat kanser

#5 Tidak mengambil langsung SEAFOOD.

Kebanyakan makanan laut cengkerang seperti kerang, ketam dan kepah mengandungi banyak kimia dan toksik yang boleh menggalakkan pembiakan kanser.

#6 Tidak mengambil makanan dalam tin.

Elakkan diri dari mengambil makanan dalam tin kerana menggunakan bahan pengawet serta kandungan garam yang tinggi.

#7 Tidak mengambil makanan yang dijeruk.

Contohnya seperti telur masin, lobak/sawi asin, ikan masin dan yang sama jenis dengannya. Ini adalah kerana makanan yang dijeruk ini kandungan garamnya sangat tinggi.

Sumber : Makanan Cegah kanser

Perkara paling penting, pergantungan kepada Allah adalah paling utama. PERCAYA yang kesembuhan itu hanyalah dari DIA YANG MAHA KUASA. Mereka mengamalkan ayat-ayat syifa dari Al Quran yang sememangnya terbukti boleh menyembuhkan segala jenis penyakit.

Ayat penyembuh dari Al Quran

Sumber : Google

Saya akan kongsikan ayat-ayat syifa bersama maksudnya sekali di dalam entry lain pula ya.

Semoga bermanfaat dan kongsikan kepada insan-insan kesayangan anda yaa… 🙂

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...