Bahaya Hb Rendah Untuk Ibu Hamil dan Bayi Di Dalam Kandungan

Paras hemoglobin yang kurang daripada 11 disahkan sebagai Anemia atau Hb rendah memerlukan perhatian yang lebih oleh ibu hamil. Hb rendah tidak boleh dipandang enteng kerana ia amat bahaya untuk kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan.

Naikkan Hb ibu hamil

Bahaya Kepada Ibu

-sistem imun semulajadi badan ibu menjadi rendah dan mudah dijangkiti penyakit.

Naikkan Hb secara semulajadi
Hb low memang membimbangkan ibu hamil.

-risiko untuk mendapat komplikasi semasa dan selepas kelahiran.

Continue reading Bahaya Hb Rendah Untuk Ibu Hamil dan Bayi Di Dalam Kandungan

Share Button

Produk Naikkan Hb Untuk Ibu Hamil

Masalah Hb rendah ni memang tidak boleh dipandang enteng semasa hamil. Ia boleh membahayakan ibu dan juga bayi di dalam kandungan.

Ubat berkesan naikkan Hb semasa mengandung

Antara komplikasi kehamilan yang mungkin berlaku ialah seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia.

Pengambilan suplemen iron yang mencukupi adalah sangat penting dalam mengatasi masalah Hb rendah ini. Ia juga perlu diambil dengan betul supaya penyerapan Iron benar-benar optimum di dalam badan kita. Supaya tak timbul lagi masalah dah ambil pil iron tapi Hb tetap rendah.

Dah Ambil Iron Tapi Hb Rendah Jugak!!

Naikkan Hb semasa mengandungNaikkan Hb dengan suplemen

Jika ada masalah semasa pembelian dan untuk konsultasi, boleh hubungi saya di 019-7228520.

Whatsapp saya dengan satu klik di sini.

http://tanyaLaila.wasap.my

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Laila Ismail

 

Share Button

Hb Rendah Juga Walaupun Dah Ambil Iron!! Apa Nak Buat?

Naikkan Hb secara semulajadi
Hb low memang membimbangkan ibu hamil.

Ibu-ibu jangan panik yaa…. Tips ni saya nak kongsi berdasarkan pengalaman saya sendiri. Hb turun dan terus turun walaupun dah ambik iron. Dengan syarat ibu-ibu tiada masalah Thalasemmia ya. Bagaimana nak tahu ada Thalasemmia atau tidak? Ibu-ibu perlu buat check up Thalasemmia di mana2 hospital.

Penat Dah Telan Vitalea Shaklee/Pil Iron Tapi Hb Tetap Turun!

Biasanya saya akan sarankan ibu hamil untuk mengambil 2 biji Vitalea untuk mereka yang menghadapi masalah Hb rendah. Begitu juga dengan saya, ambil 2 biji Vitalea selepas makan. Dan kebiasaannya mereka akan berikan ‘feedback’ yang Hb mereka naik selepas beberapa hari mengamalkannya.

Tapi…………

Apa Nak Buat Jika Hb Turun Juga? Jom Tengok Tips Ni.

1. Ambil Vitalea Shaklee sejam sebelum makan atau 2 jam selepas makan. Kenapa? Kerana ada beberapa makanan seperti ikan, daging merah dan hati boleh mengganggu penyerapan Iron yang terdapat dalam Vitalea tersebut.

2. Elakkan mengambil Vitalea bersama-sama pil Kalsium kerana Kalsium boleh mengganggu penyerapan Iron.

3. Elakkan mengambil Vitalea bersama-sama makanan yang mengandungi Kalsium seperti susu, mentega, keju dan lain-lain kerana kehadiran Kalsium ini boleh mengganggu penyerapan Iron ke dalam tubuh kita.

Rujukan

Dari pengalaman saya, tips no 2 dan no 3 tu saya memang cuba elakkan dah. Tapi 4 minggu lepas, Hb saya turun.Dan turun lagi 2 minggu lepas sehingga ke paras 9.6. Bila dah turun, doktor berikan saya pil Iron dan nurse pun berilah pelbagai nasihat… 🙂  Tapi saya ingin buat eksperimen ke atas diri saya. Jadi saya cuba tips no 1 tu. Alhamdulillah, check up minggu lepas, Hb saya naik ke 11.7!!! Syukur Alhamdulillah. Masa tu jugak rasa nak buat sujud syukur.

Sebab apa takut sangat kalau Hb turun ni? Banyak tau kompikasinya. Boleh baca lebih lanjut entry ni, klik link di bawah ni ya.

Bahaya Anemia Kepada Ibu Hamil

Dan saya pun tak nak nurse bising-bising masa pergi check up. So, kenalah pastikan diri kita dalam keadaan tip top sepanjang hamil. Bukan sebab tu saja, untuk kesihatan kita dan bayi dalam kandungan jugak kan?

Ibu-ibu juga boleh baca bagaimana cara untuk naikkan Hb di link di bawah ni.

Naikkan Hb Semasa Hamil

Set Hamil terbaik
Set hamil untuk Trimester 1 : Lengkap dengan semua keperluan nutrisi ibu hamil.

Dapatkan Vitalea yang terdapat di dalam Set Hamil ni. InshaAllah, masalah Hb rendah semasa hamil akan dapat diatasi dengan mudah. 🙂

Set Hamil Trimester 2 Shaklee
Set hamil untuk Trimester 2 dan 3 : Lengkap dengan semua keperluan nutrisi ibu hamil.

 

Hubungi Laila untuk sebarang pertanyaan dan order Set Hamil Shaklee.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-7228520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Tips Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

 

 

Share Button

Bahaya Anemia Kepada Ibu Hamil Dan Bayi Di Dalam Kandungan

kekurangan zat besi

Ramai ibu yang mengalami masalah anemia  ketika mengandung. Dan ramai juga para ibu yang memandang enteng dengan masalah ini walhal ia sebenarnya perlu diambil serius dan diatasi dengan segera. Tambahan lagi semasa hamil kerana ia boleh mendatangkan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia.

Apakah yang dimaksudkan dengan ANEMIA ini? Jom kita tengok dulu apa sebenarnya ANEMIA.

Anemia ketika mengandung
Perbezaan bilangan darah merah yang normal dan anemia

Anemia adalah :-

keadaan di mana seseorang itu kekurangan sel darah merah yang berpunca daripada kekurangan zat besi di dalam badan. Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

Bagaimana Mengetahui Bacaan Normal atau Anemia?

Kepekatan darah ini boleh diketahui dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah. Bacaan-bacaan berikut menentukan anda mengalami anemia atau pun tidak.

NORMAL : bacaan lebih 11g/dl
ANEMIA RINGAN : bacaan 9 hingga 11g/dl
ANEMIA SEDERHANA : bacaan 7 hingga 8.9g/dl
ANEMIA TERUK : bacaan kurang daripada 7.0

Tanda-Tanda Anemia :

Masalah anemia ketika mengandung
Anemia amat membimbangkan ibu hamil

 

1. Pucat
2. Selalu letih lesu dan tidak bermaya
3. Kerap pening
4. Mudah pitam
5. Mudah mengah
6. Degupan jantung cepat

Kesan Anemia Kepada Ibu :

1. Mudah mendapat jangkitan
2. Mudah mendapat penyakit lemah jantung
3. Meningkat risiko kematian ibu semasa bersalin

Kesan Anemia Kepada Bayi Di Dalam Kandungan :

1. Keguguran
2. Pembesaran fizikal dan mental janin terbantut
3. Bayi mati dalam perut
4. Bayi lahir tidak cukup bulan
5. Bayi lahir kurang berat badan.

 

Cara Meningkatkan Pengambilan Zat Besi Melalui Makanan

1. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, hati ayam, hati lembu, daging dan ikan bilis sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.

2. Ambil sama buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu, limau, mangga, betik dan tembikai untuk menggalakkan penyerapan zat besi.

makanan yang mengandungi zat besi untuk mengatasi masalah anemia
Makanan yang mengandungi zat besi untuk mengatasi masalah anemia

3. Pilih sayur yang tinggi zat besi dan asid folik seperti pegaga, daun pudina, ulam raja, pucuk gajus, bayam merah, kangkung, cekur manis, pucuk paku, pucuk keledek, daun remunggai dan peria.

4. Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti ikan bilis, udang, sotong, kerang, hati, ayam, daging, telur, bebola ikan atau kek ikan untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

5. Perah air limau ke atas pencecah makanan seperti sambal belacan, sambal asam, cencalok dan budu serta potongan buah-buahan segar.

6. Elak meminum teh, kopi dan susu bersama hidangan utama. Asid tanik di dalam teh dan kopi boleh menghalang penyerapan zat besi daripada makanan.

7. Sebaliknya, ambil jus buah-buahan yang tinggi vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

8. Ambil makanan yang kaya asid folik seperti kacang pis, kacang tanah, kacang parang, jagung dan emping jagung.

Meningkatkan Pengambilan Zat Besi Menggunakan Vitamin/Suplemen

1. Ambil semua pil yang dibekalkan oleh doktor atau jururawat bersama air kosong atau air buah.

2. Pil yang dibekalkan pil zat besi, pil asid folik, pil vitamin C dan pil vitamin B kompleks.

3. Elakkan mengambil pil-pil ini bersama teh atau kopi kerana ia boleh menghalang penyerapan vitamin.

4. Pengambilan pil zat besi mungkin memberi kesan sampingan seperti mual-mual, sembelit, sakit perut dan najis hitam. Kesan-kesan ini adalah sementara dan tidak merbahaya.

5. Pil-pil tersebut adalah selamat dan tidak akan menyukarkan kelahiran.

Sumber : Risalah Unit Pemakanan Pejabat Kesihatan Kluang

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...