Belajar Buat Duit Dari Rumah Menggunakan Blog

Saya Laila Ismail. Saya adalah salah seorang mentor di dalam Akademi Blog iReach.
Buat duit dari rumah guna blog
Saya akan bantu anda yang bersemangat waja dan berminat untuk menjana pendapatan menggunakan blog dengan modal serendah kurang dari RM100.

Anda juga akan dibimbing untuk mendapatkan pelanggan melalui blog dan seterusnya menjadikan blog anda sebagai mesin duit.

Apa Yang Anda Akan Belajar?

1. Bina blog anda sendiri.

2. Asas menulis entri blog.

Continue reading Belajar Buat Duit Dari Rumah Menggunakan Blog

Share Button

Peluang Pekerjaan Untuk Graduan Baru Yang Sedang Menganggur

Zaman sekarang ni bukan macam zaman akak selim habis belajar 10-15 tahun yang lepas. Zaman sekarang ramai yang menganggur walaupun ambil jurusan perubatan, pergigian dan perguruan yang sepatutnya terus dapat kerja selepas tamat belajar di universiti.

Peluang bisnes untuk graduan menganggur
Graduan perubatan dan pergigian yang cantik manis dan hensem pun terpaksa menganggur menunggu peluang pekerjaan.

Dah habis belajar, nak bayar pinjaman PTPTN lagi kan? Bagaimana nak bayar, kerja pun belum dapat. Kesian adik-adik kita. Kusut memikirkannya.

Ini adalah luahan seorang anak muda yang mengalami nasib yang sama, masih menganggur menantikan pekerjaan. Ikuti luahannya di Facebook beliau. Sumber : Aliff Azrai Zain

Bertabahlah wahai sahabat seusia ku,antara umur 22 ke 26 tahun. zaman kita ini ada Diploma ke, Ijazah ke, Master or Phd belum tentu lg mampu untk masuk sektor kerajaan. simpanlah Sijil kita itu sebagai Kenangan dan tanda Ilmu yg pernah kt pelajari. Gambar konvo yg kita melangkah terima skrol tu simpanlah juga untk tontonan anak cucu kita nanti.

Skrg memang susah nak dpt penempatan kerja dlm sektor kerajaan dan swasta. tmasuklah graduan perubatan, perguruan yg dpt biasiswa kerajaan sekalipun ada yg dah hampir nk masuk 2 tahun mengangur mash x di panggil untk penempatan.

saya tpikir juga mcm manalah agaknya generasi adik adik akan dtg. semakin hari semakin bertambah bilangan anak2 Malaysia ni,bgaimana nasib mereka suatu hari nanti.

kalau di lihat dlm website SPA8, kerajaan sdg membekukan pengambilan pekerja. dan mengoptimunkan bilangan pekerja. maksudnya kalau ada kekosongan brulah akan ambil pekerja baru..nak tunggu kekosongan yg letihnya.krn Tngu pakcik dan makcik nak pencen umur 60 tahun bru ada kekosongan. memang agak sikitlahh yg pencen sb bilangan mereka tak ramai.

so,mulai skrg. anak muda kena letak dlm mindset bhawa kita belajar diploma atau ijazah bukan tiket untk dapat kerja. dan perlu fikir juga mcm mana nk byr blik pinjaman Ptptn dan Mara selepas hbis blajar.

Nak tak nak kita kena fikirkan 10 halatuju yg hendak kt lakukan setelah tamat belajar untk teruskan kehidupan.selepas senaraikan 10 halatuju tersbut kaji dan pilihlah yg terbaik. contohnya seperti berniaga ke, kerja kilangke,buat perkhidmatan ke, kerja dgn orang ke dan sbagainya. asalkan halal dan dpt kita teruskn hdup untk sara kehidupan diri sendiri dahulu tanpa mengharapkan duit mak ayah lagi.

jangan risau sahabat rezeki di bumi Allah ni luas,bukan hanya terhad kpd sektor kerajaan sahaja. yg tak ada ijazah,master pun dah ramai yg bjaya dan kaya raya dlm bidang mreka cuburi. Perjalanan hidup kita masih jauh dan kita tak akan jangka apa akan berlaku pd kehidupan kita 10 tahun akn dtg iaitu ktika umur 32 hg 36 tahun.

dan kpd Yang dapat kerja bagus selepas tamat belajar itu,itu adalah rezeki anda. dan hargailah rezeki itu dgn kerja bersungguh2 krn ramai yg menginginkan apa yg anda nikmati itu.

saya sendiri pun kerja sendri.buat bisnes . kadang2 org kata sy mengangur dan tak ada masa depan. tak per. krn manusia boleh jer ckp apa sahaja. Mereka bukan Tuhan yg aturkan khdupan kita, dan mereka tak tahu apa yg kita rasa dan lalui.

Itu sahaja. terima ksh sudi bca ya. lama dah tak tulis panjang2. ini hanyalah pendapat peribadi saya saja. tak kena mengena yg hidup mahupun yg mati.

Itulah hakikatnya nasib anak-anak muda yang tamat belajar zaman kini. Walau cemerlang mana sekali pun, mereka terpaksa menunggu peluang dan kekosongan jawatan. Memang kesian kan? Akak selim juga mempunyai anak saudara lepasan jurusan perubatan, juga masih menunggu peluang pekerjaan. Itu lepasan jurusan perubatan tau. Bukan calang-calang orangnya. Dan sekarang beliau memulakan bisnes Shaklee sementara masih menganggur dan berjaya mendapat bonus pertamanya bulan Oktober yang lepas.

Bisnes Shaklee adalah pilihan yang sangat sesuai dan tepat untuk graduan baru yang menganggur atas beberapa faktor.

Kenapa Bisnes Shaklee Sangat Sesuai Untuk Para Graduan Baru Yang Menganggur?

1. Modal Kecil Kurang Dari RM100

Bisnes yang menguntungkan
Bisnes Shaklee modal rendah kurang dari RM100

Modal rendah dan mampu dibayar iaitu keahlian Shaklee RM68.90 dan ditambah dengan kos pengeposan member kit RM10.60. Jadi total untuk memulakan perniagaan hanyalah RM75.90 sahaja. Sebaik sahaja adik-adik membayar kos keahlian ini, adik-adik terus memiliki satu ruang perniagaan yang sangat luas dengan menjalankannya secara online.

2. Tidak Perlu Keluar Rumah

Adik-adik kan masih menganggur. Masih tiada kenderaan sendiri untuk keluar ke sana ke mari. Jadi bisnes Shaklee ni memang sesuai sebab adik-adik boleh order Shaklee ni secara online sahaja. Tidak perlu keluar ke pejabat pos untuk mengepos barang. Semuanya boleh dilakukan di atas talian.

3. Tiada Kos Tersembunyi Atau Kos Beli Stok

Continue reading Peluang Pekerjaan Untuk Graduan Baru Yang Sedang Menganggur

Share Button

Kagum Dengan Semangat Juang Pengasas Shaklee-Dr Forrest Shaklee

Pengasas Shaklee, Dr Forrest Shaklee

Dr Forrest Shaklee dilahirkan pada tahun 1894, anak ke 2 kepada Robert dan Martha Shaklee.
Kelahirannya penuh kesedihan untuk kedua ibu bapanya kerana disahkan tidak akan hidup lama kerana mengalami batuk kering.
Tetapi ibunya Martha tidak pernah berputus asa untuk melihat Forrest sihat seperti biasa.
Demi melihat anaknya sembuh, mereka telah berpindah ke Utara Iowa untuk mendapat udara yang bersih, tanah yang subur dan kehidupan yang saling bergantung kepada alam semulajadi.

Akhirnya penyakit Forrest makin terkawal di zaman remajanya. Beliau begitu berminat dengan bidang nutrisi dan penyembuhan secara semulajadi.

Pengasas Shaklee, Dr Forrest Shaklee
Pengasas Shaklee, Dr Forrest Shaklee

Pada tahun 1915, beliau mencipta suplemen pertama di dunia yang dinamakan VITALIZED MINERAL. Ianya masih kekal sehingga hari ini dan dikenali sebagai VITALEA IRON FORMULA.

Beliau pernah diserang KANSER dan mengikut pakar kanser, kaki dan tangan beliau terpaksa dipotong untuk menghalang virus kanser merebak. Beliau percaya kepada rawatan dan penyembuhjan semulajadi. Beliau mengangambil suplemen dengan kuantiti yang tinggi dan hanya memakan buah dan sayur yang segar.

Akhirnya pada 1922, penyakit kanser yang beliau hadapi semakin pulih. Dan beliau percaya penyembuhan melalui nutrisi adalah benar,

Beliau bukan menolak atau memperlekehkan bidang perubatan, tetapi bagi beliau

“PERUBATAN DAN NUTRISI ADALAH 2 BIDANG BERASINGAN. AHLI PERUBATAN DILATIH UNTUK MERAWAT PENYAKIT TETAPI BIDANG NUTRISI ADALAH UNTUK MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN DAN MENGELAKKAN PENYAKIT.”

Pada 1 April 1956, diusia 63 tahun, beliau menubuhkan Shaklee Corporation bersama 2 orang anaknya dan kekal sehingga kini.

Pengasas Shaklee, Dr Forrest Shaklee

Sehingga kini, Shaklee kekal syarikat produk kesihatan yang terkemuka dunia dan syarikat jualan langsung yang telah membantu meningkatkan tahap kesihatan dan meningkatkan taraf ekonomi orang ramai TERMASUK AKAK SELIM.

Alhamdulillah
Akak selim bersukur dipertemukan dengan Shaklee. Akak selim berazam untuk terus berkongsi tentang Shaklee tanpa jemu untuk memastikan semua orang mendapat kebaikan Shaklee sama ada dari segi kesihatan mahupun ekonomi.
InshaAllah.

Bisnes Shaklee mudah
Bisnes Shaklee dengan sistem online yang sangat fleksibel.

Yang mahu bersama-sama group akak selim untuk memajukan diri, whatsapp akak selim yaa..
019-722 8520

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button

Nasihat Bisnes Untuk Para Isteri Dan Surirumah

Kadang2 kita rasa kita keseorangan berbisnes.
Jatuh bangun semuanya sendiri.

Kadang2 siap dapat tentangan lagi.
Terutamanya apabila tentangan tu datang dari orang paling rapat dengan kitalah.
Yakni suami.
Kalau memang tak restu, memanglah kena stop kan?
Tapi kalau encik suami suruh kita berhenti bisnes sebab tak nak tengok kita susah tu, tandanya kita mesti lebih bersungguh2 lagi dari biasa.

Sebab?
Nak buktikan yang kita bukan main2
Kita serius berbisnes hingga boleh bantu keluarga, bantu masyarakat.

Car bonus Shaklee
Usaha gigih untuk dapatkan car bonus amat berbaloi.

Begitu juga dengan akak selim.
Encik suami memang tak pernahlah tolong kirakan UV (point2 jualan dalam Shaklee) tapi bila tengok akak selim dapat award ni, dialah yang jaga award2 ni dan tolong susunkan. Juga tolong lapkan. Hehehe…

Dan pernah juga borak-borak tentang ramainya SID yang sudah berhenti menjual Shaklee.

Katanya…

“Kenapa mesti berhenti, bukannya RUGI pun..”

Itu tandanya beliau beri sokongan penuh untuk akak selim teruskan bisnes Shaklee yang awesome ni. Alhamdulillah.

Nasihat akak selim untuk isteri2 yang tak nampak sokongan suami tu, korang jangan putus. Mintak restu, mintak suami doakan walaupun kerja2 lain mereka taknak bantu.
Kita isteri ni, hanya dengan restu dan doa suami, InshaAllah segalanya berjalan lancar.

Chaiyok puak2 isteri. Whatsapp akak selim untuk akak selim bantu jana pendapatan dari rumah.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...