Perkongsian Ilmu Geng iReach Memang Best

Akak selim ni memang jenis suka menuntut ilmu secara online ni. Mulakan bisnes Shaklee dulu pun tak pernah jumpa mentor ‘face to face’ pun. Berdasarkan kepercayaan dan rasa ukhuwwah, kami bertukar-tukar pendapat dan menimba ilmu dari mentor Shaklee akak selim Lyna Noh secara online. Alhamdulillah akak selim memang suka cara ni.

kali-pertama-master-lyna
Kali pertama bertemu mata dengan mentor bisnes Shaklee akak selim. Yang lain-lain tu anak-anak bisnes kesayangan akak selim. Mereka ialah Geng Freedom!

Cuma bila dah lama kita kenal secara online, teringin juga nak kenal tuannya kan? Tambah-tambah mereka yang sentiasa menjadi inspirasi kita dalam bisnes setiap hari. Dan mereka ajar kita secara PERCUMA, tanpa bayaran walau 1 sen pun.

Kalau kita belajar kat luar topik yang mereka ajar tu, bayarannya boleh mencecah ratusan dan  ribuan ringgit. Ini kan dapat PERCUMA. Pastilah akak selim tak lepaskan peluang untuk sertai.

Salah satunya ialah kelas blog yang dianjurkan oleh Geng ASB iReach. Kelas ni penuh dengan perkongsian ilmu-ilmu penting tentang blog. Akak selim sangat suka kelas ni sebab apa yang diajarkan oleh Master Z adalah perkara teknikal tetapi diajar secara santai dan mudah difahami. Dan paling penting dapat dipraktikkan terus dalam penulisan blog akak selim. 🙂

kelas-blog-kembara-asb
Kelas blog bersama Kembara ASB

Selain daripada tu, akak selim sangat suka kelas Quranic Coaching. Kelas tafsir Al-Quran yang dibawakan oleh Master Z juga. Akak selim memang dah lama nak belajar tentang tafsir ni. Seolah-olah pucuk dicita ulam mendatang! Ada orang nak ajar depan-depan mata kan? Dan ilmu yang disampaikan ni bukan ilmu yang direka-reka sendiri tetapi adalah dari Ustaz Nouman Ali Khan (NAK), yang merupakan ustaz yang menjadi idola akak selim juga secara online. Apabila dengar perkongsian daripada Master Z, seolah-olah terngiang-ngiang suara Ustaz NAK.

mentor-zainulyna
Mentor bisnes akak selim. Master Z dan Master Lyna
kelas-quran
Baby Zara pun join kelas Quranic Coaching ni. 🙂

Kelas-kelas ni diadakan di Cawangan Shaklee JB. Mereka turun dari KL semata-mata untuk menyampaikan ilmu kepada kami geng iReach Selatan. Untung kan? Kalau lepaskan peluang tu, memang RUGI!

kelas-ireach
Kelas kami yang tak sunyi dari anak-anak di sekeliling. Bisnes mesra anak-anak.
master-z
Master Z

Ini adalah antara gambar kelas-kelas perkongsian ilmu yang lain yang akak selim join. Memang seronok dapat ilmu dari mereka yang berpengalaman ni. Alhamdulillah.

kelas-ireach-lyna lyna-irene

Pendapat akak selim, jika kita mahu berjaya berkawan rapatlah dengan mereka yang pernah berjaya. Carilah mentor yang berpengalaman dan telah melalui pelbagai liku-liku pahit manis masam perjuangan dalam bisnes Shaklee. Mereka akan ajar apa yang telah mereka lakukan sehinggalah mereka berjaya mencapai rank tertinggi dalam Shaklee, Master Coordinator.

InshaAllah, akak selim juga bakal Master Coordinator 2017 nanti. InshaAllah. Mohon kawan-kawan doakan sekali ya. 🙂

Ingin sertai keluarga besar kami yang sentiasa mesra kanak-kanak? Sarat dengan ilmu? Hubungi akak selim di 019-722 8520 untuk berada di dalam kumpulan yang positif dan bermotivasi tinggi.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button

Kagum Dengan Semangat Juang Pengasas Shaklee-Dr Forrest Shaklee

Pengasas Shaklee, Dr Forrest Shaklee

Dr Forrest Shaklee dilahirkan pada tahun 1894, anak ke 2 kepada Robert dan Martha Shaklee.
Kelahirannya penuh kesedihan untuk kedua ibu bapanya kerana disahkan tidak akan hidup lama kerana mengalami batuk kering.
Tetapi ibunya Martha tidak pernah berputus asa untuk melihat Forrest sihat seperti biasa.
Demi melihat anaknya sembuh, mereka telah berpindah ke Utara Iowa untuk mendapat udara yang bersih, tanah yang subur dan kehidupan yang saling bergantung kepada alam semulajadi.

Akhirnya penyakit Forrest makin terkawal di zaman remajanya. Beliau begitu berminat dengan bidang nutrisi dan penyembuhan secara semulajadi.

Pengasas Shaklee, Dr Forrest Shaklee
Pengasas Shaklee, Dr Forrest Shaklee

Pada tahun 1915, beliau mencipta suplemen pertama di dunia yang dinamakan VITALIZED MINERAL. Ianya masih kekal sehingga hari ini dan dikenali sebagai VITALEA IRON FORMULA.

Beliau pernah diserang KANSER dan mengikut pakar kanser, kaki dan tangan beliau terpaksa dipotong untuk menghalang virus kanser merebak. Beliau percaya kepada rawatan dan penyembuhjan semulajadi. Beliau mengangambil suplemen dengan kuantiti yang tinggi dan hanya memakan buah dan sayur yang segar.

Akhirnya pada 1922, penyakit kanser yang beliau hadapi semakin pulih. Dan beliau percaya penyembuhan melalui nutrisi adalah benar,

Beliau bukan menolak atau memperlekehkan bidang perubatan, tetapi bagi beliau

“PERUBATAN DAN NUTRISI ADALAH 2 BIDANG BERASINGAN. AHLI PERUBATAN DILATIH UNTUK MERAWAT PENYAKIT TETAPI BIDANG NUTRISI ADALAH UNTUK MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN DAN MENGELAKKAN PENYAKIT.”

Pada 1 April 1956, diusia 63 tahun, beliau menubuhkan Shaklee Corporation bersama 2 orang anaknya dan kekal sehingga kini.

Pengasas Shaklee, Dr Forrest Shaklee

Sehingga kini, Shaklee kekal syarikat produk kesihatan yang terkemuka dunia dan syarikat jualan langsung yang telah membantu meningkatkan tahap kesihatan dan meningkatkan taraf ekonomi orang ramai TERMASUK AKAK SELIM.

Alhamdulillah
Akak selim bersukur dipertemukan dengan Shaklee. Akak selim berazam untuk terus berkongsi tentang Shaklee tanpa jemu untuk memastikan semua orang mendapat kebaikan Shaklee sama ada dari segi kesihatan mahupun ekonomi.
InshaAllah.

Bisnes Shaklee mudah
Bisnes Shaklee dengan sistem online yang sangat fleksibel.

Yang mahu bersama-sama group akak selim untuk memajukan diri, whatsapp akak selim yaa..
019-722 8520

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button

Nasihat Bisnes Untuk Para Isteri Dan Surirumah

Kadang2 kita rasa kita keseorangan berbisnes.
Jatuh bangun semuanya sendiri.

Kadang2 siap dapat tentangan lagi.
Terutamanya apabila tentangan tu datang dari orang paling rapat dengan kitalah.
Yakni suami.
Kalau memang tak restu, memanglah kena stop kan?
Tapi kalau encik suami suruh kita berhenti bisnes sebab tak nak tengok kita susah tu, tandanya kita mesti lebih bersungguh2 lagi dari biasa.

Sebab?
Nak buktikan yang kita bukan main2
Kita serius berbisnes hingga boleh bantu keluarga, bantu masyarakat.

Car bonus Shaklee
Usaha gigih untuk dapatkan car bonus amat berbaloi.

Begitu juga dengan akak selim.
Encik suami memang tak pernahlah tolong kirakan UV (point2 jualan dalam Shaklee) tapi bila tengok akak selim dapat award ni, dialah yang jaga award2 ni dan tolong susunkan. Juga tolong lapkan. Hehehe…

Dan pernah juga borak-borak tentang ramainya SID yang sudah berhenti menjual Shaklee.

Katanya…

“Kenapa mesti berhenti, bukannya RUGI pun..”

Itu tandanya beliau beri sokongan penuh untuk akak selim teruskan bisnes Shaklee yang awesome ni. Alhamdulillah.

Nasihat akak selim untuk isteri2 yang tak nampak sokongan suami tu, korang jangan putus. Mintak restu, mintak suami doakan walaupun kerja2 lain mereka taknak bantu.
Kita isteri ni, hanya dengan restu dan doa suami, InshaAllah segalanya berjalan lancar.

Chaiyok puak2 isteri. Whatsapp akak selim untuk akak selim bantu jana pendapatan dari rumah.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...