Cara Jana Pendapatan Untuk Ibu Bapa Bekerja

Zaman sekarang ni macam-macam kisah kita dengar kan? Daripada pengasuh yang mendera anak-anak hinggalah kepada pemandu van sekolah yang memandu secara membabi buta. Itu belum lagi dikira van yang memuatkan anak-anak dalam van dah jadi macam tin sardin kan?

Apa pilihan yang kita ada apabila kita terpaksa bekerja sepenuh masa? Itulah. Terpaksa! Dengan kos sara hidup yang tinggi di zaman serba mencabar ni kan.

Mari saya kongsikan satu bisnes yang anda boleh buat secara part time dan seterusnya membina empayar bisnes anda sebagai kerjaya. Pada masa itu anda tidak lagi perlu keluar bekerja dan hanya lakukannya di rumah. Namun, gaji tetap lumayan seperti anda bekerja dahulu.

Itu tidak mustahil untuk anda capai gaji lumayan seperti anda bekerja malah ia lebih besar dari itu.

Ada banyak bisnes pada masa ini. Saya ingin mengajak ibu-ibu yang teringin jaga anak-anak dengan tangan sendiri untuk mulakan bisnes bersama saya iaitu bisnes Shaklee.

1. Ada Untung Runcit Dan Bonus Bulanan

Ada 2 keuntungan yang kita boleh dapat.
-untung runcit
-bonus bulanan daripada Shaklee.

Kedua-dua keuntungan ni boleh mencecah sehingga ke 4-5 angka sebulan. Dengan syarat anda juga beri komitmen yang tinggi dalam bisnes anda.

2. Pendapatan Lumayan

Dengan mengerjakan bisnes Shaklee secara bersungguh-sungguh, anda tidak mustahil untuk capai income sehingga 5 angka sebulan. Boleh tengok carta pendapatan Shaklee ni di bawah.

3. Kumpulan Sokongan

Kami sediakan kumpulan sokongan kepada semua anak-anak bisnes kami. Anda tidak akan keseorangan. Setiap orang dalam kumpulan akan sedaya upaya akan bantu jika ada masalah dan juga sama-sama beri motivasi untuk terus berjaya.

4. Bahan-bahan Marketing Disediakan

Kami sediakan bahan-bahan marketing untuk bantu anda pasarkan produk Shaklee. Anda hanya perlu copy dan paste sahaja di media sosial sambil anda belajar untuk berdikari.

Anda juga diberi idea dan sokongan untuk memasarkan produk anda melalui blog. Segala teknik di sediakan di dalam kumpulan sokongan kami. Jadi anda tidak perlu risau bagaimana ingin memasarkan produk pada permulaan bisnes anda.

Hubungi saya untuk mulakan bisnes anda hari ini. Dengan memulakan bisnes Shaklee secepat mungkin, anda mampu untuk berhenti kerja apabila usia anak anda mencecah 7 tahun untuk masuk sekolah nanti. InshaAllah.

Whatsapp saya di 019-722 8520.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Laila Ismail

Share Button

Bisnes Dari Rumah Yang Mudah Dan Menguntungkan

Untuk mereka yang baru berjinak-jinak memulakan bisnes, pastilah nak bisnes yang mudah sekaligus menguntungkan bukan?

Bisnes Shaklee adalah bisnes yang sangat mudah untuk diselenggarakan kerana semuanya kita boleh lakukan secara online.

-Nak order barang?

Kita boleh lakukan secara online. Pihak Shaklee yang tolong poskan tempahan pelanggan kita. Tak perlulah kita bersusah payah beratur berjam-jam di pejabat pos. Kita hanya order dan buat bayaran, Shaklee yang tolong poskan bagi pihak kita.

-Melihat hasil jualan harian?

Kita boleh cek secara online juga. Tak perlulah kita tuliskan senarai tempahan vitamin daripada customer. Semuanya kita boleh rujuk kembali di dalam sistem Shaklee.

-Senarai pelanggan

Sebagai pengedar Shaklee bertauliah, kita akan cuba sedaya upaya untuk follow up pelanggan kita. Jika mereka ada masalah dengan penggunaa vitamin Shaklee, kita cuba berikan konsultasi yang terbaik. Dengan Shaklee, senarai pelanggan yang berdaftar di bawah kita telah disediakan.

Yang belum mendaftar sebagai ahli tu, kita wajiblah buat secara manual ya. Masukkan dalam buku log atau Excel.

Semuanya di atas talian, sangat mudah, semudah A-B-C!

-Kelas atau info

Kebanyakan kelas atau perkongsian ilmu adalah melalui online. Ia lebih mudah terutamanya untuk mereka yang berjauhan dengan mentor/upline seperti akak selim. Mentor akak selim di Kuala Lumpur dan akak selim di Johor. Namun, tiada masalah timbul dalam proses akak selim nak belajar mahu pun mentor akak selim mengajar.

Bagaimana Bisnes Shaklee Menguntungkan?

1. Cash Bonus

Cash bonus ni terbahagi kepada 2. Yang pertama ialah untung runcit yang kita dapat daripada setiap jualan kita.

Yang kedua ialah bonus yang Shaklee berikan setiap bulan berdasarkan jualan kita untuk bulan tersebut.

Cash bonus yang Shaklee berikan adalah sehingga 21% setiap tengah bulan. Ianya bermula dari 5% sehinggalah ke 21% mengikut jualan bulanan kita. Makin banyak kita jual, makin banyak kita dapat bonus.

Bonus paling rendah sebagai leader dalam bisnes Shaklee adalah lebih kurang RM2000.

2. Car Bonus

Bonus yang dibayar setelah kita berjaya menamatkan cabaran Program Car Bonus yang agak mencabar selama 3 bulan atau 4 bulan. Alhamdulillah jika kita berjaya melepasi cabaran ni, kita berhak mendapat car bonus setiap bulan mengikut terma dan syaratnya.

Car bonus Shaklee
Usaha gigih untuk dapatkan car bonus amat berbaloi.

Memang kena kerja keras untuk dapatkan Car Bonus ni, bila dah lepas kriteria untuk dapatkannya memang rasa sangat puas hati dan berbaloi-baloi usaha kita tu. Alhamdulillah.

3. Travel Bersama Shaklee Yang Bertaraf 6 Bintang

Dengan pengumpulan jumlah mata tertentu, Shaklee menyediakan trip bertaraf 6 bintang di dalam dan luar negara. Shaklee bukan sahaja menyediakan penginapan yang mewah-mewah, tetapi layanan dan juga lengkap dengan duit makan.

Yang terkini ialah percutian ke Langkawi bertaraf 6 bintang tajaan Shaklee. Boleh klik link di bawah untuk cerita penuh tentang trip Langkawi.

Trip ke Langkawi tajaan Shaklee

Ternyata bisnes Shaklee ni memang menguntungkan untuk mereka yang rajin berusaha. InshaAllah. Setiap orang ada peluang untuk mencuba.

Jika anda masih ragu-ragu untuk memulakan bisnes Shaklee, sila Whatsapp akak selim untuk akak selim kongsikan pengalaman akak selim sendiri.

Alhamdulillah kini menjalankan bisnes Shaklee hanya dari rumah sahaja sambil menjaga anak-anak syurga kami.

Hubungi akak selim di 019-722 8520 untuk Bisnes Online Bersama Akak Selim (BOBAS)

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

 

Share Button

Kenapa Kita Perlu Menabung Dan Jana Pendapatan Sampingan?

Zaman kian berubah. Makin hari kita makin rasa pendapatan kita tidak cukup untuk menabung demi masa depan. Bukan sahaja tidak dapat menabung untuk masa depan anak-anak, tetapi masa depan kita sendiri pun belum tentu lagi kita dapat menyimpan secukupnya. Mungkin kita ada duit KWSP, tapi pernahkah kita buat pengiraan berapa banyak duit kita perlukan jika kita diberikan umur yang panjang sehingga 70-80 tahun?

Kita tidak dapat menabung bukan sebab kita boros dan berbelanja berlebih-lebihan. Tetapi keadaan ekonomi masa kini benar-benar membuatkan kita tersepit dan terpaksa berfikir untuk menambah pendapatan sampingan demi kelangsungan hidup di masa akan datang. Takkan selepas kita pencen kita nak mengemis?

Ingin menumpang anak-anak? Anak-anak pun belum tentu lagi dapat ‘survive’ dengan kehidupan yang serba mencabar ni. Cuba kita lihat diri kita hari ini pun cukuplah, adakah kita dapat berikan RM1000 untuk ibu bapa kita setiap bulan? Kalaulah ada sekali pun, jika dibuat kajian berapa persen sangatlah kan?

Sebab apa?

Sebab ni.

…hanya 18% rakyat Malaysia yang mampu bertahan hingga TIGA bulan jika mereka hilang sumber pendapatan utama. Dan hanya 6% yang boleh bertahan hingga ENAM bulan…

Dengan kata lain, 82% rakyat Malaysia tiada simpanan untuk TIGA bulan sekalipun!

Kita di dalam peratusan yang mana?

Jika kita sendiri pun tiada simpanan sehingga 3-6 bulan. Macam mana kita nak berikan kepada ibu bapa kita sehingga RM1000 sebulan? Bagaimana?

Jadi, kenapa kita perlu menabung dan menambah pendapatan?

#1 Ekonomi Semakin Tidak Menyebelahi Kita (Rakyat)

Harga minyak naik!

Harga barang naik!

jana-pendapatan-dari-rumah-dengan-shaklee

Harga susu anak pun naik! Harga lampin pakai buang anak kita pun naik!

Kalau susu formula tu, kadar kenaikannya bukan setakat 20 sen atau 50 sen tau. Kenaikannya sehingga RM5-RM6! Cuba kira sendiri kalau anak kecil kita minum susu 1 tin seminggu dengan harga RM50 1 tin. Untuk susu anak kecil sahaja dah RM200! Belum masuk harga lampin pakai buang.

Bersyukurlah kalau kita boleh menyusukan dengan susu ibu. Tapi tidak bermakna kita tidak perlukan duit untuk support ibu menyusu ni. Kadang-kadang bila penat melampau atau stress, susu merudum. Sebagai suami yang baik hati dan bertanggungjawab, si suami perlulah belikan suplemen untuk ibu sentiasa cergas dan kurang stres demi menyusukan anak kecil kita kan? Kenapa perlu suplemen untuk beri tenaga kepada ibu? Kerana ibu yang cergas dan kurang stres mampu membuatkan susu ibu makin bertambah, setidak-tidaknya pun kekal dengan kuantiti yang sama, yang cukup sebagai bekalan untuk anak sepanjang ibu bekerja.

Semuanya perlukan duit kan?

jana-pendapatan-dari-rumah-harga-barang-naik

Apabila gaji kita hanya cukup-cukup makan, pakai setiap bulan, mana mungkin kita nak menyimpan sehingga 3 bulan gaji. Apatah lagi 6-12 bulan gaji?

…hanya 18% rakyat Malaysia yang mampu bertahan hingga TIGA bulan jika mereka hilang sumber pendapatan utama. Dan hanya 6% yang boleh bertahan hingga ENAM bulan…

#2 Orang Lain Takkan Pernah Pedulikan Nasib Kita

Manusia memang takkan pernah berhenti bercakap. Apa kita buat pun semua orang nak ambil peduli.

Jika kita berniaga untuk tambah pendapatan sampingan pun, mereka mengata. Kononnya kita ni TAK CUKUP-CUKUP nak kumpul harta. Dah jadi ‘engineer’ pun masih nak berniaga. Dah jadi ‘lecturer’ dengan gelaran doktor pun masih nak buat kerja sampingan dengan berniaga.

Tapi cuba kita ditimpa musibah atau ujian yang teruk dari Yang Maha Esa, adakah mereka yang berkata-kata ini datang nak tolong kita. Sanggup berikan kita pertolongan tanpa mengira masa dan tempat?

Ada? Jawapannya hampir TIADA!

Jana pendapatan dengan bisnes shaklee

Majikan nak tolong? Hmmm…

Saya ada satu cerita. Tentang seorang bekas pesakit kanser di sebuah syarikat besar dan agak terkenal. Sekarang beliau sudah meninggal meninggalkan isteri dan seorang anak. Innalillah.

Saya masih ingat lagi bagaimana syarikat telah memberhentikan beliau setelah beberapa lama mendapat separuh gaji. Dan pada masa itu arwah masih lagi dalam ‘treatment’ penyakit kanser yang arwah hidapi. Kami yang melihat ni, rasa tak tertahan air mata mengalir mengenangkan nasib serta ketabahan arwah dan isteri arwah. Bagaimana dengan arwah sendiri? Dan bagaimana agaknya perasaan isteri arwah pada masa itu. Isteri arwah juga sudah berhenti kerja untuk menjaga arwah di hospital sepenuh masa.

Cuba bayangkan?!!

Ya, syarikat yang kita bekerja hari ini takkan pernah simpati sehingga sanggup menampung keperluan kita seumur hidup. Katanya kita tidak membantu menambahkan prestasi syarikat? Ok, boleh berhenti sekarang!

Sedih! Tapi itulah hakikat kehidupan. Bukan saya nak persalahkan mana-mana syarikat. Memang polisi mereka sebegitu. Dan kita sebagai pekerja, terpaksalah patuh dengan apa yang syarikat tentukan.

Apa lagi kita nak buat melainkan kita tolong diri kita sendiri kan? Syarikat yang kita junjung dan kita sayang pun tak mampu tolong kita, apatah lagi orang lain yang tidak pernah pedulikan nasib kita?

#3 Keadaan Masa Depan Yang Kabur Dan Tidak Menentu

Kita tidak dapat meneka apa akan berlaku di masa depan. Zaman kita ni pun dah macam-macam cabaran yang terpaksa kita tempuhi. Bagaimana pula dengan zaman anak-anak kita?

Adakah kita rasa kita boleh bergantung sepenuhnya kepada anak-anak kita? Kita ibu bapa JANGAN EGO. Mentang-mentanglah sekarang kita yang lahirkan, kita yang besarkan kita bagi syarat pula kat anak kita supaya kenang jasa kita. Sememangnya betullah anak-anak wajib kenang jasa ibu ayah tapi kita sendiri boleh ramal keadaan masa depan yang tidak menentu.

Entahkan mereka nak belajar pun sudah tiada tajaan kerajaan atau biasiswa dari mana-mana institusi walaupun keputusan peperiksaan mereka sangat bagus dan cemerlang. Mungkin terpaksa buat loan PTPTN yang menjerut jiwa atau terpaksa berniaga sambilan demi meneruskan pelajaran hingga ke peringkat universiti.

Sekarang pun sudah ramai anak muda yang berniaga. Ramai!

Zaman anak-anak kita nanti tak tahulah macam mana kan? Adakah kita masih sampai hati nak mengharapkan duit anak-anak demi kehidupan kita selepas umur persaraan?

Sudah tentu tidak terjamin masa depan kita, masa depan anak-anak kita. Sebab itulah kita kena menabung dari sekarang. Dan jika kita rasa kita tak mampu menabung kerana duit gaji hanya cukup-cukup makan satu keluarga, apa kata kita mula menjalankan perniagaan dari rumah secara separuh masa?

Zaman Ini Zaman Wajib Berniaga, Bukan Lagi Satu Kehendak Untuk Hidup Mewah Tapi Keperluan!

Tak percaya?

Kebanyakan orang sekeliling saya memang berniaga. Dalam 5 orang kawan baru yang saya jumpa, 3 orang daripadanya berniaga. Sama ada berniaga secara besar-besaran atau berniaga sambilan. Tapi pokok pangkalnya memang sudah ramai yang berniaga demi menampung kehidupan seharian serta menyimpan untuk anak-anak di masa depan.

Jika anda tidak tahu apa dan bagaimana nak memulakan perniagaan sendiri, cubalah berniaga produk Shaklee. Saya telah memulakan perniagaan ini semasa saya masih bekerja lagi. Dan pada masa itu, saya bisnes Shaklee bukan sebab gaji yang tidak cukup tapi saya suka dan minat dengan bisnes. Kalau dulu pelbagai produk saya jual di tempat saya bekerja, tapi kita saya setia kepada yang satu. Berniaga Shaklee sepenuh masa , dan dan berhenti kerja dah pun untuk bisnes Shaklee sahaja sambil menjaga dan mendidik 3 puteri kesayangan saya.

Cadangan saya untuk anda semua,

Berniagalah Walaupun  Sayangkan Kerjaya Anda

kerana

  1. Berniaga buat kita terus mencabar minda
  2. Berniaga buat kita bekerja dengan sepenuh hati
  3. Berniaga buat kita ada back-up plan awal-awal lagi

Alhamdulillah, walaupun agak terlambat berhenti kerja iaitu setelah anak sulung berumur 7 tahun, tapi saya bersyukur diberikan peluang untuk mendidik anak-anak dengan tangan sendiri. Dan dengan kelebihan bisnes Shaklee, saya dapat jana pendapatan dari rumah tanpa perlu keluar bekerja pagi dan balik malam. Alhamdulillah!!!

Saya amat bersyukur kepada Allah atas rezeki ini dan berterima kasih atas peluang yang diberikan oleh Encik Suami. 🙂

Hubungi saya di 019-722 8520 untuk memulakan bisnes anda sendiri dari rumah. Banyak kelebihan yang anda akan perolehi jika bersama-sama kumpulan kami.

Pemilihan kumpulan yang tepat mempengaruhi kejayaan anda dalam bisnes Shaklee. Hubungi saya sekarang dan jangan bertangguh lagi.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button

Adibah Noor Pun Kagum Dengan Bisnes Shaklee

Semasa Shaklee National Conference (NC) 28hb Mei yang lepas, Adibah Noor adalah MC untuk majlis tersebut. Yang uniknya, Adibah Noor sendiri pun kagum dengan bisnes Shaklee ni.

Hasil dari pemerhatian beliau sepanjang NC berlangsung, beliau cakap,

MLM Shaklee ni lain.

Beliau pernah juga join satu MLM ni. Beliau sangat tak gemar MLM tersebut sebab asyik terlompat-lompat mengagungkan duit.

Duit bukanlah matlamat utama. Duit itu adalah bonus! Tapi yang lebih penting ialah menggembirakan orang-orang tersayang melalui Shaklee.

Boleh tengok dan dengar sendiri kata-kata beliau semasa majlis tersebut di sini. Klik PLAY untuk tengok video ya.

Dengan join bisnes Shaklee ni juga saya banyak belajar tentang matlamat utama kita berbisnes. Perbetulkan niat untuk bisnes. Jadikan bisnes kita sebagai salah satu cara untuk membantu menyelesaikan masalah orang lain. Dengan cara ini kita akan lebih istiqamah dan bermotivasi dalam meneruskan bisnes kita walau apa pun halangan yang datang.

Ingin sama-sama mendapat pengalaman best dalam bisnes Shaklee? Mulakan bisnes Shaklee anda hari ini hanya dengan modal serendah RM79.50.

Whatsapp Laila di 019-722 8520 untuk pertanyaan tentang bisnes Shaklee. InshaAllah saya akan guide anda hingga BERJAYA!!

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Tips Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

Share Button

Kerja Part Time Di Rumah Dengan Modal Kecil

Dalam keadaan yang dunia yang sangat mencabar hari ini, harga minyak naik, harga barangan naik, semuanya naik kan? Ramai yang memilih untuk bekerja part time biarpun mempunyai gaji tetap. Begitu juga dengan surirumah, bukan hanya duduk-duduk dan baring-baring melayan sinetron sahaja. Tetapi memilih untuk melakukan kerja part time dengan modal yang kecil tanpa sebarang risiko.

Ikuti perkongsian daripada Puan Fatimah Azzahra ni.

Bisnes Shaklee memang modal kecil. Tak sampai RM100 pun. Hanya keluarkan RM75.90 untuk mendaftar sebagai ahli. Anda terus boleh menjalankan bisnes Shaklee anda. Mudah kan?

Pastinya ada guide yang akan diberikan. Guide tersebut termasuk teknik marketing, teknik berBOSS kan Allah, teknik ‘menjual diri’ dan pelbagai lagi ilmu yang akan diberikan secara percuma. Ianya juga mudah untuk dilaksanakan. InshaAllah.

Whatsapp AkakSelim di 019-722 8520 untuk memulakan bisnes part time atau full time yang modalnya kurang dari RM100.

AkakSelim @ Laila

019-722 8520

ID : 854299

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...