Smartphone Pilihan Untuk Bisnes Online Akak Selim

Zaman sekarang ni ramai yang memilih untuk bisnes menggunakan smartphone kan? Hanya dengan smartphone dan line internet je dah cukup untuk kita ada bisnes secara online. Tak perlu nak ada macam-macam yang lain dah.

Smartphone pilihan akak selim ialah Samsung Note. Sejak mula bisnes Shaklee secara online ni, memang Samsung Note pertama yang menjadi pilihan akak selim. Dan yang terkini dan terakhir buat masa ni Samsung Note 3. Memang minat terhadap Samsung Note tu sangat mendalam. Sebab? Ada pennya tu. Akak selim suka menulis dan suka tulisan sendiri. Opss… :P. Konon tulisan cantik laa kan. Tapi sekarang ni dah ada macam-macam aplikasi untuk buat tulisan cantik-cantik ni. Jadi mungkin akak selim dah boleh beralih arah ke jenis lain pulak kot.

Handphone kesayangan akhirnya mati lemas.

Kisah sedihnya Samsung Note 3 akak selim dah tenggelam air dan dah mati dah. Sedih! Sedih sungguh sebab akak selim ni jenis yang jaga barang betul-betul. Walaupun dah guna lebih 2 tahun, 1 calar pun masih belum ada kat smartphone tu. Tapi dah takdirnya akak selim terpaksa berpisah.

Kisah tu berlaku di Melaka Wonderland. Kisahnya ada di sini. Klik link di bawah.

Berakhirnya Nyawa Samsung Note 3 Akak Selim

Buat masa ni akak selim gunakan Tab Samsung 2014. Punyalah besar!! Tapi sabar dulu buat masa ni. Kita penuhkan tabung untuk smartphone yang lebih baik. InshaAllah.

Smartphone idaman akak selim untuk 2017 ialah

1. Android. Semestinya android sebab akak selim tak punya waktu untuk menggodek iPhone yang pernah menjadi idaman hati jugak. Tapi guna sekejap hari tu, macam kurang sesuai dengan jiwa akak selim ni.

2. Brand Samsung jugak! Hahaha… tak mampu nak berpisah. :P. Samsung di hatiku.

3. Skrin mesti sederhana besar. Bukan kecil macam iPhone semestinya. Maklumlah bisnes guna handphone je kan. Wajiblah yang besar sikit tapi bukan besar gabak macam Tab 10 inci sekarang ni. Huhuhu

4. Gambar mesti cantik. Bukan sebab nak selfie macam Oppo nak cantik macam Nora Danish. Tapi akak selim ni jenis mata yang tak suka tengok gambar kelam-kelam. Suka gambar lawa2. Gambar produk ke, gambar anak-anak ke.. Mesti nak cantik. Tapi nak guna smartphone. Mudah, semua dalam satu gajet je. Tak perlu nak bawa kamera besar kan?

5. Mungkin juga Samsung Note keluaran terbaru. Bukan Note 7 lah kannnnnnnnn… Hihi. Kesian kisah Note 7 ni. Akak selim tunggu Note 8. InshaAllah.

6. Bajet? Kita simpan jelah mengikut harga smartphone impian!

Haaa…… smartphone ni penting untuk peniaga online ni. Sebab kita mungkin tak dapat nak duduk depan PC/laptop sepanjang masa kan.

Macam akak selim ni, selalu hantar-ambil anak sekolah dan juga ada anak berusia setahun lebih. Memang ada kekangan sikit nak duduk diam-diam depan PC. Baby akak selim tu pun nak join menaip sama-sama. Alamatnya memang tak terupdate laaa info-info bisnes akak selim kannnnn…

Jadinya, smartphone memang sangat penting untuk akak selim bisnes. Sebab bisnes Shaklee ni mudah je. Ada smartphone dan ada line internet, terus boleh buat.

Yang nak bisnes mudah dan hanya ada smartphone je pun boleh buat. Hubungi akak selim untuk mulakan bisnes anda hari ini.

Sms/whatsapp ke 019-722 8520

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

 

Share Button

Impian Akak Selim 20 Tahun Lagi

Di kala ini, mama laila sedang memujuk anak ke 3 yang sedang down kerana di’reject’ customer yang nak beli vivix 13x lebih power dari vivix 20 tahun yang lepas.

Vivix 13 x lebih power
Vivix 13 x lebih power

Mama laila yang sudah bergelar nenek itu memujuk sambil berkata

“Yang pergi itu sebenarnya tidak layak menjadi customer zara, orang lain jauh lebih layak baby.


Jauh akak selim berangan.

Zara, anak ke 3 akak selim waktu itu sudah berusia 21 tahun. Dinie, 26 tahun dan Damia 28 tahun. Wowww! Dah dewasa anak-anak akak selim. Dan akak selim sendiri sudah berusia 58 tahun!! InshaAllah, impian akak selim 20 tahun lagi dikelilingi anak2 dan cucu2 yang comel.

Pada waktu itu akak selim masih lagi meneruskan hidup di bandar. Maklumlah nak berdekatan dengan anak-anak cuculah kan. Kesian pula kalau akak selim di kampung, kalau-kalau diorang ada kekangan masa ke kan nak balik untuk jenguk kami. Kalau tinggal berdekatan tu, mudahlah sikit akak selim nak jumpa anak-anak cucu kan?.  Dan memudahkan mereka juga untuk bertemu ibu bapa mereka ni. 🙂

Dan anak-anak akak selim masih lagi meneruskan legasi bisnes Shaklee yang diwarisi turun temurun. InshaAllah.

dreams-can-come-true

Berimpian dan berangan itu PERCUMA kan? InshaAllah, 20 tahun lagi kita tengok kembali memori ini. 🙂

Jom sama-sama membina empayar bisnes Shaklee bersama akak selim dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Whatsapp akak selim di 019-722 8520 untuk mulakan langkah pertama anda dalam bisnes Shaklee.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button

Kagum Dengan Semangat Juang Pengasas Shaklee-Dr Forrest Shaklee

Pengasas Shaklee, Dr Forrest Shaklee

Dr Forrest Shaklee dilahirkan pada tahun 1894, anak ke 2 kepada Robert dan Martha Shaklee.
Kelahirannya penuh kesedihan untuk kedua ibu bapanya kerana disahkan tidak akan hidup lama kerana mengalami batuk kering.
Tetapi ibunya Martha tidak pernah berputus asa untuk melihat Forrest sihat seperti biasa.
Demi melihat anaknya sembuh, mereka telah berpindah ke Utara Iowa untuk mendapat udara yang bersih, tanah yang subur dan kehidupan yang saling bergantung kepada alam semulajadi.

Akhirnya penyakit Forrest makin terkawal di zaman remajanya. Beliau begitu berminat dengan bidang nutrisi dan penyembuhan secara semulajadi.

Pengasas Shaklee, Dr Forrest Shaklee
Pengasas Shaklee, Dr Forrest Shaklee

Pada tahun 1915, beliau mencipta suplemen pertama di dunia yang dinamakan VITALIZED MINERAL. Ianya masih kekal sehingga hari ini dan dikenali sebagai VITALEA IRON FORMULA.

Beliau pernah diserang KANSER dan mengikut pakar kanser, kaki dan tangan beliau terpaksa dipotong untuk menghalang virus kanser merebak. Beliau percaya kepada rawatan dan penyembuhjan semulajadi. Beliau mengangambil suplemen dengan kuantiti yang tinggi dan hanya memakan buah dan sayur yang segar.

Akhirnya pada 1922, penyakit kanser yang beliau hadapi semakin pulih. Dan beliau percaya penyembuhan melalui nutrisi adalah benar,

Beliau bukan menolak atau memperlekehkan bidang perubatan, tetapi bagi beliau

“PERUBATAN DAN NUTRISI ADALAH 2 BIDANG BERASINGAN. AHLI PERUBATAN DILATIH UNTUK MERAWAT PENYAKIT TETAPI BIDANG NUTRISI ADALAH UNTUK MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN DAN MENGELAKKAN PENYAKIT.”

Pada 1 April 1956, diusia 63 tahun, beliau menubuhkan Shaklee Corporation bersama 2 orang anaknya dan kekal sehingga kini.

Pengasas Shaklee, Dr Forrest Shaklee

Sehingga kini, Shaklee kekal syarikat produk kesihatan yang terkemuka dunia dan syarikat jualan langsung yang telah membantu meningkatkan tahap kesihatan dan meningkatkan taraf ekonomi orang ramai TERMASUK AKAK SELIM.

Alhamdulillah
Akak selim bersukur dipertemukan dengan Shaklee. Akak selim berazam untuk terus berkongsi tentang Shaklee tanpa jemu untuk memastikan semua orang mendapat kebaikan Shaklee sama ada dari segi kesihatan mahupun ekonomi.
InshaAllah.

Bisnes Shaklee mudah
Bisnes Shaklee dengan sistem online yang sangat fleksibel.

Yang mahu bersama-sama group akak selim untuk memajukan diri, whatsapp akak selim yaa..
019-722 8520

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button

Nasihat Bisnes Untuk Para Isteri Dan Surirumah

Kadang2 kita rasa kita keseorangan berbisnes.
Jatuh bangun semuanya sendiri.

Kadang2 siap dapat tentangan lagi.
Terutamanya apabila tentangan tu datang dari orang paling rapat dengan kitalah.
Yakni suami.
Kalau memang tak restu, memanglah kena stop kan?
Tapi kalau encik suami suruh kita berhenti bisnes sebab tak nak tengok kita susah tu, tandanya kita mesti lebih bersungguh2 lagi dari biasa.

Sebab?
Nak buktikan yang kita bukan main2
Kita serius berbisnes hingga boleh bantu keluarga, bantu masyarakat.

Car bonus Shaklee
Usaha gigih untuk dapatkan car bonus amat berbaloi.

Begitu juga dengan akak selim.
Encik suami memang tak pernahlah tolong kirakan UV (point2 jualan dalam Shaklee) tapi bila tengok akak selim dapat award ni, dialah yang jaga award2 ni dan tolong susunkan. Juga tolong lapkan. Hehehe…

Dan pernah juga borak-borak tentang ramainya SID yang sudah berhenti menjual Shaklee.

Katanya…

“Kenapa mesti berhenti, bukannya RUGI pun..”

Itu tandanya beliau beri sokongan penuh untuk akak selim teruskan bisnes Shaklee yang awesome ni. Alhamdulillah.

Nasihat akak selim untuk isteri2 yang tak nampak sokongan suami tu, korang jangan putus. Mintak restu, mintak suami doakan walaupun kerja2 lain mereka taknak bantu.
Kita isteri ni, hanya dengan restu dan doa suami, InshaAllah segalanya berjalan lancar.

Chaiyok puak2 isteri. Whatsapp akak selim untuk akak selim bantu jana pendapatan dari rumah.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...