Siapa Sebenarnya Bos Kita Dalam Bisnes?

Apabila kita menceburi bidang bisnes, kita adalah BOS kepada bisnes kita, syarikat kita. Tapi benarkah kita adalah bosnya?

 

Adakah KITA adalah bos?

Atau

Allah adalah bos kita?

Sejak terjun dalam bidang bisnes ni, akak selim banyak belajar tentang pergantungan kita dengan kuasa Allah. Bukannya sebelum bisnes ni tak faham pergantungan kepada kuasa Allah. Tapi agak berbeza perasaannya. Dalam bisnes, kita tidak ada siapa yang boleh pantau kerja-kerja kita, yang boleh tengokkan kerja kita selain diri kita sendiri. Pergantungan kita hanya kepada Allah semata-mata.

Segala hajat kita? Kita minta kepada Allah.

Segala impian kita, kita mohon kepada Allah.

Segala kekecewaan kita, kita mengadu kepada Allah.

Segala keperitan kita, kita menangis di hadapan Allah.

Dalam bisnes, hanya Allah BIG BOSS kita. Hanya Allah!! Kerana hanya Allah yang mampu membolak-balikkan hati manusia.

Jadi, mesti PERCAYA dan BERDOA  seterusnya USAHA.

Percaya rezeki hanya dari Allah, tiada sesiapa pun yang mampu menahannya atau menurunkannya kecuali dengan izin Allah.

Seterusnya haruslah berusaha dengan gigih untuk mencapai apa yang kita impikan dan cita-citakan dalam bisnes kita.

InshaAllah, perjalanan bisnes kita dipermudahkan dan diberi keberkatan.

========================

Akak Selim
Pergantungan hanya kepada Allah
La hawla wala quwwatailla billah.

========================

 

 

Share Button

Bisnes Dari Rumah Yang Mudah Dan Menguntungkan

Untuk mereka yang baru berjinak-jinak memulakan bisnes, pastilah nak bisnes yang mudah sekaligus menguntungkan bukan?

Bisnes Shaklee adalah bisnes yang sangat mudah untuk diselenggarakan kerana semuanya kita boleh lakukan secara online.

-Nak order barang?

Kita boleh lakukan secara online. Pihak Shaklee yang tolong poskan tempahan pelanggan kita. Tak perlulah kita bersusah payah beratur berjam-jam di pejabat pos. Kita hanya order dan buat bayaran, Shaklee yang tolong poskan bagi pihak kita.

-Melihat hasil jualan harian?

Kita boleh cek secara online juga. Tak perlulah kita tuliskan senarai tempahan vitamin daripada customer. Semuanya kita boleh rujuk kembali di dalam sistem Shaklee.

-Senarai pelanggan

Sebagai pengedar Shaklee bertauliah, kita akan cuba sedaya upaya untuk follow up pelanggan kita. Jika mereka ada masalah dengan penggunaa vitamin Shaklee, kita cuba berikan konsultasi yang terbaik. Dengan Shaklee, senarai pelanggan yang berdaftar di bawah kita telah disediakan.

Yang belum mendaftar sebagai ahli tu, kita wajiblah buat secara manual ya. Masukkan dalam buku log atau Excel.

Semuanya di atas talian, sangat mudah, semudah A-B-C!

-Kelas atau info

Kebanyakan kelas atau perkongsian ilmu adalah melalui online. Ia lebih mudah terutamanya untuk mereka yang berjauhan dengan mentor/upline seperti akak selim. Mentor akak selim di Kuala Lumpur dan akak selim di Johor. Namun, tiada masalah timbul dalam proses akak selim nak belajar mahu pun mentor akak selim mengajar.

Bagaimana Bisnes Shaklee Menguntungkan?

1. Cash Bonus

Cash bonus ni terbahagi kepada 2. Yang pertama ialah untung runcit yang kita dapat daripada setiap jualan kita.

Yang kedua ialah bonus yang Shaklee berikan setiap bulan berdasarkan jualan kita untuk bulan tersebut.

Cash bonus yang Shaklee berikan adalah sehingga 21% setiap tengah bulan. Ianya bermula dari 5% sehinggalah ke 21% mengikut jualan bulanan kita. Makin banyak kita jual, makin banyak kita dapat bonus.

Bonus paling rendah sebagai leader dalam bisnes Shaklee adalah lebih kurang RM2000.

2. Car Bonus

Bonus yang dibayar setelah kita berjaya menamatkan cabaran Program Car Bonus yang agak mencabar selama 3 bulan atau 4 bulan. Alhamdulillah jika kita berjaya melepasi cabaran ni, kita berhak mendapat car bonus setiap bulan mengikut terma dan syaratnya.

Car bonus Shaklee
Usaha gigih untuk dapatkan car bonus amat berbaloi.

Memang kena kerja keras untuk dapatkan Car Bonus ni, bila dah lepas kriteria untuk dapatkannya memang rasa sangat puas hati dan berbaloi-baloi usaha kita tu. Alhamdulillah.

3. Travel Bersama Shaklee Yang Bertaraf 6 Bintang

Dengan pengumpulan jumlah mata tertentu, Shaklee menyediakan trip bertaraf 6 bintang di dalam dan luar negara. Shaklee bukan sahaja menyediakan penginapan yang mewah-mewah, tetapi layanan dan juga lengkap dengan duit makan.

Yang terkini ialah percutian ke Langkawi bertaraf 6 bintang tajaan Shaklee. Boleh klik link di bawah untuk cerita penuh tentang trip Langkawi.

Trip ke Langkawi tajaan Shaklee

Ternyata bisnes Shaklee ni memang menguntungkan untuk mereka yang rajin berusaha. InshaAllah. Setiap orang ada peluang untuk mencuba.

Jika anda masih ragu-ragu untuk memulakan bisnes Shaklee, sila Whatsapp akak selim untuk akak selim kongsikan pengalaman akak selim sendiri.

Alhamdulillah kini menjalankan bisnes Shaklee hanya dari rumah sahaja sambil menjaga anak-anak syurga kami.

Hubungi akak selim di 019-722 8520 untuk Bisnes Online Bersama Akak Selim (BOBAS)

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

 

Share Button

MLM Sebenar atau Skim Cepat Kaya?

Apabila disebut Multi-Level Marketing atau lebih dikenali sebagai MLM, ramai orang skeptikal dengan perkataan M.L.M itu sendiri. Pasti terbayang di kepala hanyalah perkataan menindas, makan duit orang, skim cepat kaya, MLM haram jadah dan pelbagai tohmahan lagi.

MLM sebenar

Sebelum kita terus menuduh yang bukan-bukan, jom kita ‘study’ dulu sedikit sebanyak tentang MLM ni.

Bagaimana MLM ini bermula? Ia diasaskan oleh Henry Heinz pada tahun 1860 yang melantik 400 ejen untuk menjual produknya.

Pada tahun 1945, Syarikat Nutrilite telah mencipta pelan pemasaran kepada ejennya :-

-supaya ejennya dapat mempromosi produk kepada penduduk di luar liputan media iklan iaitu kawasan pedalaman.

-dapat mengekalkan harga ekonomi supaya penduduk pedalaman mampu memilikinya.

Ok, kita tinggalkan sejarah MLM ni. Kita tengok pula bagaimana kita nak menilai sama ada MLM tu adalah MLM sebenar atau MLM haram jadah/Skim Cepat Kaya.

Ada 2 Ciri Penting Untuk Menilai MLM Sebenar atau Skim Cepat Kaya

  1. Produk Benar-benar Wujud atau Hanya Mengaburi Mata?

    Produk perlu wujud dalam satu-satu bisnes. Jika produk itu sebenarnya tidak wujud dan hanya semata-mata mengaburi mata pengedar/pembeli, itu bermaksud Skim Cepat Kaya.

  2. Dapat Komisyen dari Jualan atau Menaja?

    Kita perlu selidik komisyen yang diberikan kepada pengedar sesebuah MLM itu adalah daripada hasil jualan produk atau dengan menaja. Jika komisyen yang diberikan itu adalah hasil kita menaja ‘downline’ (ahli bawahan kita), itu tandanya kita patut berhati-hati dan meninggalkan syarikat MLM tersebut. Itu adalah Skim Cepat Kaya yang bertopengkan MLM sahaja.

Ok, sekarang jelas kan? Bagaimana kita nak kenal MLM tu yang sebenar ke atau pun Skim Cepat Kaya yang seterusnya menjadi ‘kayap’.. 🙁

Jika kita lihat pelan pemasaran produk Shaklee, ianya menepati kedua-dua ciri di atas.

-Bonus/komisyen yang dibayar kepada setiap pengedar adalah daripada hasil jualan persendirian dan juga berkumpulan.

-Upline tidak mendapat apa-apa komisyen daripada setiap penajaan ahli baru/downline. SATU SEN pun tak dapat tau. 🙂

Jelas bukan? 

Sekarang kita kenali pula ciri-ciri MLM yang patuh syariah atau pun tidak.

Checklist yang menunjukkan MLM Shaklee adalah patuh syariah.
Checklist yang menunjukkan MLM Shaklee adalah patuh syariah.

Jika kita lihat dari perbandingan di dalam gambar di atas, ternyata bisnes Shaklee ini adalah patuh syariah. Tiada sebarang agenda yang tersembunyi di sebalik pelan pemasarannya. Semuanya jelas dinyatakan di dalam buku manual yang diberikan kepada setiap orang pengedar setelah mendaftar sebagai ahli.

Tapi……………………..

Kenapa Perlunya Multi-Level?

-Shaklee fokus kepada produk dan tidak perlu fokus kepada setiap pelanggannya kerana pelanggan Shaklee itu sendiri boleh merujuk kepada pengedarnya. Jika Shaklee perlu fokus kepada setiap pelanggan, berapa ramai pekerja yang perlu Shaklee sediakan untuk menjawab setiap pertanyaan daripada pelanggan? Jadi di sini Shaklee telah mengurangkan kos untuk mengambil pekerja sebaliknya memberikan komisyen/bonus kepada setiap pengedar yang telah bersusah payah untuk melayan pelanggannya dan juga mendidik ‘downline’nya.

-Lebih ramai yang berpeluang menjadi pengedar dan lebih ramai yang dapat peluang menjana pendapatan.

Kenapa Perlunya Pengedar?

Jika tanpa pengedar, Shaklee perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk memperkenalkan produk kepada pengguna. Daripada pengilang, seterusnya kepada pengeksport, pemborong, peruncit dan barulah sampai kepada pengguna.

Jika Shaklee dipasarkan melalui pengedar, Shaklee dapat mengurangkan kos di bahagian pengeksport, pemborong dan peruncit. 3 bahagian tu! Kosnya pasti banyak bukan? Jadi dengan adanya pengedar, setiap barangan Shaklee dari kilang akan dibeli oleh pengedar dan dijual terus kepada pengguna.

Shaklee dapat mengurangkan kos pemasaran dan pengedar juga dapat komisyen/bonus dari hasil jualan mereka kepada pengguna. Bagus bukan? Win-Win gitu.

Kenapa Perlunya Downline?

-Pasaran adalah terlalu luas dan seorang pengedar tidak mampu untuk memasarkan produk Shaklee ke seluruh Malaysia seorang diri. Jadi, di sinilah fungsinya downline supaya pasaran lebih meluas ke serata Malaysia atau pun serata dunia.

-Kita tiada akses kepada lingkungan semua orang sehinggakan kita perlukan bantuan orang lain.

Contoh yang lebih jelas :
Saya adalah pengedar Shaklee di Johor dan saya ingin memasarkannya ke seluruh Malaysia. Saya memerlukan pengedar di bawah tajaan saya supaya saya boleh memperkenalkan produk Shaklee dengan lebih meluas kepada pelanggan di negeri-negeri/kampung-kampung lain tanpa perlu saya menemuinya sendiri. Pasaran produk Shaklee menjadi lebih luas dengan bantuan daripada downline.

Sekarang sudah jelas kan bagaimana nak kenal MLM Sebenar dan MLM Tipu/Skim Cepat Kaya? Ternyata pelan pemasaran Shaklee adalah mematuhi MLM Sebenar dan juga MLM yang patuh syariah.

Oleh kerana itulah saya benar-benar jatuh cinta dengan Shaklee bukan sahaja kerana produknya yang berkualiti dan membantu meningkatkan kualiti kesihatan saya dan keluarga, tetapi juga membantu saya menjana pendapatan dari rumah tanpa perlu meninggalkan anak-anak dan keluarga.

Anda juga berminat untuk menjana pendapatan dari rumah? Ia boleh dilakukan secara part time atau full time.

Hubungi saya untuk memulakan bisnes Shaklee anda hari ini. Ketahui juga kelebihan menjadi ahli Shaklee. Sila klik link di bawah ni ya. 🙂

Kelebihan menjadi ahli Shaklee

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Tips Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...