Teknik Ajar Anak Menabung Dan Bisnes

“Nanti nak pergi jalan-jalan, saya nak beli biskut sedap tu tau!”
*biskut famous amous ler tu…*

“Mama, saya takde kasut laaa nak jalan-jalan ni. Saya nak beli kasut baru”

surirumah bergaji

Ngomelan anak pertama dan anak kedua. Mujur anak ketiga baru pandai cakap NAK, NANAK, AIR, MAMA, PAPA je. Kalau tidak, tambah lagi satu keinginan. Hehe.

Permintaan mereka macam-macam. Sebagai mama, memang rasa nak beri je semuanya apa yang mereka mahukan. Namun, mama kena bijak mendidik anak bidang kewangan dan menjadi usahawan.

Jika barang keperluan, InshaAllah mama dan papa selesaikan tanpa banyak soal.

Jika kemahuan, mereka perlu menyimpan dari duit belanja sekolah mereka. Biasanya kami akan sama-sama survey harga barang tersebut. Dan mereka akan kumpul duit belanja sekolah mereka setiap hari demi mendapatkan barang yang mereka mahukan.

Selain tu mereka bisnes. Haaaa… bisnes apa tu?

1. Bisnes ais krim malaysia. Pastinya aiskrim homemade. Mama tukang cek kualiti ais krim. Hehe. Tiada gula putih dan diperkaya dengan Meal Shakes.

2. Servis dan dapat upah, buat kerja-kerja rumah. Contohnya basuh pinggan dapat rm2. Lipat baju dan jemur baju rm1-rm5, bergantung kepada kuantiti baju. Hehe. Kadang-kadang kena kerja secara percuma. Itu tolong mama namanya. Tolong mama, murah rezeki. Hehe.

3. Sedekah. Saya cuba terapkan kepada mereka makin banyak sedekah makin banyak rezeki. Walaupun mungkin belum faham konsep ni, mereka terima dengan hati yang terbuka.
Alhamdulillah.

Terapkan sedari kecil tentang kewangan dan bisnes. InshaAllah mereka faham tentang kewangan dan bagaimana perlu usaha keras nak dapatkan D.U.I.T.

Jimat
Menyimpan
Tambah pendapatan.

Semoga anak-anak kita berjaya dalam menguruskan kewangan dan menambah pendapatan.

Selamat Mendidik!

Mahukan tip-tip bisnes tanpa perlu online 24 jam sehari? Hubungi akakSelim sekarang.

SMS/Whatsapp ke 019-722 8520

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...