Smartphone Pilihan Untuk Bisnes Online Akak Selim

Zaman sekarang ni ramai yang memilih untuk bisnes menggunakan smartphone kan? Hanya dengan smartphone dan line internet je dah cukup untuk kita ada bisnes secara online. Tak perlu nak ada macam-macam yang lain dah.

Smartphone pilihan akak selim ialah Samsung Note. Sejak mula bisnes Shaklee secara online ni, memang Samsung Note pertama yang menjadi pilihan akak selim. Dan yang terkini dan terakhir buat masa ni Samsung Note 3. Memang minat terhadap Samsung Note tu sangat mendalam. Sebab? Ada pennya tu. Akak selim suka menulis dan suka tulisan sendiri. Opss… :P. Konon tulisan cantik laa kan. Tapi sekarang ni dah ada macam-macam aplikasi untuk buat tulisan cantik-cantik ni. Jadi mungkin akak selim dah boleh beralih arah ke jenis lain pulak kot.

Handphone kesayangan akhirnya mati lemas.

Kisah sedihnya Samsung Note 3 akak selim dah tenggelam air dan dah mati dah. Sedih! Sedih sungguh sebab akak selim ni jenis yang jaga barang betul-betul. Walaupun dah guna lebih 2 tahun, 1 calar pun masih belum ada kat smartphone tu. Tapi dah takdirnya akak selim terpaksa berpisah.

Kisah tu berlaku di Melaka Wonderland. Kisahnya ada di sini. Klik link di bawah.

Berakhirnya Nyawa Samsung Note 3 Akak Selim

Buat masa ni akak selim gunakan Tab Samsung 2014. Punyalah besar!! Tapi sabar dulu buat masa ni. Kita penuhkan tabung untuk smartphone yang lebih baik. InshaAllah.

Smartphone idaman akak selim untuk 2017 ialah

1. Android. Semestinya android sebab akak selim tak punya waktu untuk menggodek iPhone yang pernah menjadi idaman hati jugak. Tapi guna sekejap hari tu, macam kurang sesuai dengan jiwa akak selim ni.

2. Brand Samsung jugak! Hahaha… tak mampu nak berpisah. :P. Samsung di hatiku.

3. Skrin mesti sederhana besar. Bukan kecil macam iPhone semestinya. Maklumlah bisnes guna handphone je kan. Wajiblah yang besar sikit tapi bukan besar gabak macam Tab 10 inci sekarang ni. Huhuhu

4. Gambar mesti cantik. Bukan sebab nak selfie macam Oppo nak cantik macam Nora Danish. Tapi akak selim ni jenis mata yang tak suka tengok gambar kelam-kelam. Suka gambar lawa2. Gambar produk ke, gambar anak-anak ke.. Mesti nak cantik. Tapi nak guna smartphone. Mudah, semua dalam satu gajet je. Tak perlu nak bawa kamera besar kan?

5. Mungkin juga Samsung Note keluaran terbaru. Bukan Note 7 lah kannnnnnnnn… Hihi. Kesian kisah Note 7 ni. Akak selim tunggu Note 8. InshaAllah.

6. Bajet? Kita simpan jelah mengikut harga smartphone impian!

Haaa…… smartphone ni penting untuk peniaga online ni. Sebab kita mungkin tak dapat nak duduk depan PC/laptop sepanjang masa kan.

Macam akak selim ni, selalu hantar-ambil anak sekolah dan juga ada anak berusia setahun lebih. Memang ada kekangan sikit nak duduk diam-diam depan PC. Baby akak selim tu pun nak join menaip sama-sama. Alamatnya memang tak terupdate laaa info-info bisnes akak selim kannnnn…

Jadinya, smartphone memang sangat penting untuk akak selim bisnes. Sebab bisnes Shaklee ni mudah je. Ada smartphone dan ada line internet, terus boleh buat.

Yang nak bisnes mudah dan hanya ada smartphone je pun boleh buat. Hubungi akak selim untuk mulakan bisnes anda hari ini.

Sms/whatsapp ke 019-722 8520

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge