Shaklee Effect Yang Terpaksa Saya Terima (Part 1)

Sejak saya terjebak dengan bisnes Shaklee ni, banyak sungguh Shaklee Effect yang terpaksa saya terima. Saya nak kongsikan dengan anda satu persatu ya. Saya mulakan part 1 ni dengan apa yang berlaku dalam diri saya.

Shaklee Effect Yang Terpaksa Saya Terima

1. Ketenangan Diri

Sebelum saya memulakan bisnes Shaklee ni, saya memang terkenal sebagai ‘mak tiri’ di kalangan anak-anak buah ofis. Tambah-tambah lagi baru bekerja kan? Semangat kerja tu tinggi menggunung. Dan juga ditambah lagi dengan habit diri sendiri yang ‘mudah sentap’.

Alhamdulillah, dengan saranan2 dan cadangan2 amalan yang saya lakukan secara konsisten dalam menjalankan bisnes Shaklee ni, banyak yang saya dapat ubah diri saya secara tidak langsung. Jika aad masalah di tempat kerja atau di rumah, saya lebih ‘cool’ berbanding dulu. Kerana apa? Haaa…. ni nak cerita lebih detail apa amalan2 kami dalam bisnes Shaklee ni.

2. Amalan Rohani Yang Konsisten

Ni ada kaitan bagaimana saya mendapat ketenangan diri berbanding sebelum2 ni. Dalam group Shaklee kami, mak (upline) saya sentiasa menekankan pergantungan diri kita kepada Sang Pencipta kita. Yerlah kan, bila kita buat bisnes ni, kita adalah boss, kita adalah kuli. Dan big boss kita adalah tak lain dan tak bukan iaitu HANYA ALLAH. Tiada siapa yang monitor kita buat kerja atau tidak, tiada siapa nak tanya kita dah RCA ke belum, dah LOA ke belum, dah baca Al-Waqiah ke belum. Kan? Jadi, kita hanya ada satu je tempat kita nak mengadu dan berharap iaitu Allah.

Sebelum ni saya memang tahu segala amalan rohani ni perlu dilakukan sepanjang kita hidup di dunia ni. Tapi sebagai manusia biasa, tiada orang yang ingatkan, kadang2 kita terlupa. Dan saya sangat bersyukur kerana ditemukan dengan group Shaklee yang sangat best ni. Sentiasa diingatkan tentang amalan rohani dan pelbagai lagi peringatan2 kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Alhamdulillah, sejak kejadian bertemu dengan group iReach dan Jutawan ni, amalan rohani semakin meningkat dan konsisten. Dan kerana konsisten beramalan rohani inilah, saya rasa jiwa saya lebih tenang, lebih ‘cool’ walaupun ditimpa pelbagai ujian dan musibah. Alhamdulillah.

3. Berkhidmat kepada masyarakat

Saya adalah pekerja kilang biasa yang bekerja hari ini adalah untuk keperluan diri sendiri dan keluarga. Sejak berada dalam Shaklee ni, saya ditekankan bagaimana dengan bisnes Shaklee ni kita boleh membantu masyarakat sama ada :-

-memberikan khidmat nasihat tentang kesihatan, penyusuan susu ibu dan lain-lain
-memberi ketika masyarakat memerlukan. (tiada lagi rasa… Eh, AKU PUN TAK CUKUP, MACAM MANA NAK BAGI KAT ORANG LAIN??)
-bersedekah
-memberi hadiah tanpa syarat
-membantu anak2 cucu Shaklee saya menjana pendapatan sampingan

Alhamdulillah.
Saya percaya semuanya adalah kurniaan dari Allah dan Shaklee hanyalah asbab untuk Allah buka mata dan minda saya.
InshaAllah, saya akan terus mengekalkan mana yang baik dalam diri saya dan cuba untuk memperbaiki mana yang perlu.

Inilah Shaklee Effect saya. Terima kasih Shaklee!!

Bertemu lagi kita dalam Shaklee Effect episod seterusnya. 🙂

 

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge