Pencuci rumah organik untuk anak asthma

Set Pencuci Organik Untuk Anak Eczema,Asthma Dan Kulit Sensitif

Pernah tak kita terfikir yang semua jenis pencuci atau pewangi atau kosmetik dalam rumah kita membahayakan kesihatan seluruh ahli keluarga kita? Memang macam tak masuk akal kan?

Hakikat sebenarnya, pencuci, pewangi atau kosmetik yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti Paraben, Klorin, Phthalates, Bisphenol-A (BPA), Formaldehyde, Sodium Lauryl Sulfate (SLS), 1,4-dioxane, pewangi tiruan dan bahan-bahan kimia yang berbahaya yang lain boleh menyebabkan

-masalah kulit/allergi yang kronik
-mengeringkan kulit
-eczema
-asthma
-batuk
-sesak nafas
dan pelbagai jenis penyakit lagi.

Saya kongsikan kisah Spencer, seorang kanak-kanak yang mengalami asthma kronik semasa berusia 3 tahun. Ibunya Sloan Barnett dan seluruh ahli keluarga memang jenis yang menjaga kesihatan dan cintakan alam sekitar. Seluruh keturunan pun tiada masalah asthma. Jadi, mereka peliklah kenapa anak yang dijaga penuh teliti itu diserang asthma yang teruk.

pencuci organik serbaguna
Spencer yang terpaksa dimasukkan ke ICU akibat asthma yang teruk

Sloan Barnett bekerja sebagai consumer reporter, jadi beliau menggunakan kepakaran yang beliau ada untuk mengkaji adakah bahan-bahan di dalam rumah mereka yang menyebabkan anak sulung mereka mengidap asthma kronik itu.

Akhirnya beliau temui jawapannya, sekurang-kurangnya 6 kajian memberikan jawapan yang sama iaitu pencuci yang digunakan di dalam rumah mereka ada kaitannya dengan penyakit asthma. Beliau terkejut dan merasakan

“Adakah saya meracuni anak saya sendiri?”

Beliau dan suami iaitu Roger Barnett mengambil keputusan untuk menukar semua pencuci di dalam rumah mereka kepada pencuci organik, 100% semulajadi dan bebas bahan kimia berbahaya.

Anak mereka Spencer akhirnya sihat walafiat dan sembuh daripada asthma.

pencuci organik serbaguna
Spencer yang kini sudah berusia belasan tahun.

Dipendekkan cerita, akhirnya mereka membeli syarikat Shaklee kerana telah jatuh cinta dengan prinsip produk Shaklee yang 100% semulajadi, harmoni dengan alam, terbukti selamat dan berkesan.

Adakah hari ini kita sanggup mengorbankan kesihatan dan keselamatan ahli keluarga kita dengan menggunakan pencuci yang boleh membahayakan anak-anak dan memperjudikan masa depan mereka? Mari kita sama-sama fikirkan, termasuk juga saya.

Sejak kenal Shaklee beberapa tahun lepas, sedaya upaya saya menggunakan bahan-bahan organik dan terbaik di dalam rumah. Mungkin belum 100% namun saya dalam usaha ke arah itu. InshaAllah.

Jika anda ingin berikan yang terbaik untuk seluruh ahli keluarga terutamanya anak-anak, marilah kita menukar produk pembersihan di dalam rumah selain daripada berikan pemakanan sihat dan organik.

Pencuci rumah organik untuk anak asthma

Shaklee juga telah mengeluarkan produk mandian dan penjagaan organik untuk baby. Klik link di bawah ya.

Produk Mandian Dan Penjagaan Baby Organik.

Jemput hubungi saya dengan 1 klik untuk whatsapp.

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge