set mandian organik untuk baby eczema

Set Mandian Organik Untuk Baby Eczema Dan Ada Masalah Kulit Terbaik Di Pasaran

Masih ingat lagi semasa kelahiran anak pertama pada tahun 2008, 9 tahun yang lepas. Sebagai ibu baru, kami suami isteri agak naif tentang produk-produk yang selamat dan sesuai untuk bayi di pasaran. Apa sahaja yang ada di pasaraya tu main beli jer. Tak pernah terfikir pun yang dijual tu boleh memudaratkan kesihatan anak.

Sungguh!
Bagi saya yang dijual tu pastilah selamat kan?
Namun realitinya bukan begitu. Nama pun dunia, ada saja yang ingin mengambil kesempatan di atas seseorang.

Memang tak boleh salahkan kepada penjual sepenuhnya, kerana kita sebagai pengguna haruslah membaca, mengkaji dan mencari yang terbaik. Alhamdulillah zaman kita ilmu senang nak dapat dah. Semuanya di hujung jari. Memang tak patut kalau kita masih kata tak tahu di zaman sekarang ni kan?

Kisahnya anak saya yang sulung tu eczema. Taklah kronik tapi memang eczemanya tak pernah hilang. Memang kena jaga pemakanan, produk mandian, persekitaran dan macam-macam lagi. Ubat krim tu memang tak usah cakaplah kan. Sampai sekarang pun masih guna lagi kadang-kadang kalau dah teruk tu. Cuma dah umur 9 tahun ni, keadaannya dah terkawal dah.

Set Mandian Terbaik Untuk Ibu Yang Sayangkan Anak

Awal-awal anak sulung lahir memang kami guna je apa-apa produk untuk set mandiannya. Maklumlah, tak tahu dan naif kan? :mrgreen: Bila dah tahu anak eczema, set mandian untuk anak sulung ni kami tukar kepada produk yang lebih selamat seperti yang disyorkan oleh doktor. Kebanyakannya memang beli kat kat hospital dan farmasi. Memang tak boleh nak tangkap muat je. Penjagaan penuh rapi kata orang.

Harga? Memang mahallah. Kalau ada yang kata produk organik dan semulajadi, jenama itu ini sangat murah, lebih baik anda cek ketulenan produk tersebut. Ia amat meragukan kerana bukan produk organik dan semulajadi ni memerlukan bahan yang tulen dan juga perlukan kajian mendalam untuk dikeluarkan.

set mandian organik untuk baby eczema

Hari ini saya sangat lega kerana akhirnya bertemu dengan set mandian dan penjagaan bayi organik yang saya tiada keraguan langsung iaitu ShakleeBaby. Shaklee memang terkenal lebih 50 tahun memasarkan produk semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya yang bertapak kukuh di pasaran dunia. Pelbagai kajian dan ujian klinikal untuk membuktikan satu-satu produk itu benar-benar selamat, berkesan dan terbukti. Inikan pula dalam penghasilan produk baby yang juga sesuai untuk anak anda yang mengalami masalah kulit seperti ruam, eczema, gatal-gatal dan allergik.

Set Mandian Baby Organik ShakleeBaby Paling Selamat Dan Terbaik Untuk Baby Anda

1. Mandian Baby Organik (Gentle Wash)

set mandian organik untuk baby eczema

-Mententeramkan, menenangkan dan melegakan kulit baby.
-Mengandungi chamomile, lavender dan aloe vera organik.
-Formula yang tidak memedihkan mata.
-Ia tidak menyebabkan alahan, mempunyai pH seimbang dan juga sesuai untuk kulit sensitif.

2. Losyen Baby Organik (Soothing Lotion)

set mandian selamat untuk baby eczema

-Memberikan kelembapan yang optimum dan mengembalikan nutrien kepada kulit baby.
-Mengandungi chamomile, lavender, minyak rosemary, minyak vanila, minyak biji bunga matarahi, minyak biji jojoba dan shea butter organik.

3. Minyak Urut Baby Organik (Massage Oil)

set mandian selamat untuk baby eczema

-Melembapkan dan melegakan kulit baby.
-Ianya diperbuat daripada campuran minyak organik khas sekaligus menenangkan baby.
-Sangat lembut dan sempurna untuk mengurut baby.
-Mengandungi minyak biji bunga matahari, lavender dan chamomile organik.

Cara Beli Set Mandian ShakleeBaby

Klik gambar untuk buat pembelian menggunakan kad debit atau kad kredit anda.

set mandian organik untuk baby eczema

Whatsapp saya dengan 1 klik sahaja tanpa perlu simpan nombor handphone saya.

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge