Set Bersalin Yang Ibu Berpantang Wajib Pilih Untuk Banyakkan Susu

set menyusu shakleeBiasanya lepas bersalin, ibu-ibu terutamanya ibu-ibu baru selalu risau dan ada masalah penyusuan kan? Selalu tertanya-tanya,

“Susu saya ada ke?”

“Susu saya ni cukup ke untuk baby saya?”

“Susu saya macam sikitttttt je.”

“Baby selalu menangis, susu saya tak cukup ke?”

Bagaimana Nak Atasi Masalah-masalah Penyusuan Ni?

  1. Lengkapkan Ilmu Penyusuan Sepanjang Hamil

    Sediakan ilmu penyusuan yang cukup sebelum bersalin. Silah baca buku atau google ilmu-ilmu penyusuan yang makin mudah didapati sekarang ni.
    Contoh ilmu yang paling penting ialah susu yang baru keluar tu berwarna kuning, beberapa titis pulak tu. Ada yang ingat susu basilah, susu kena buanglah. Macam-macam!! Kalau taknak tertanya-tanya, lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan secukupnya ya.

  2. Kongsi Ilmu Penyusuan Dengan Encik Suami

    Kongsikan ilmu penyusuan yang kita baca tu dengan suami, orang yang paling dekat dan memahami kita. Kadang-kadang kita akan hadapi masalah jika suami kita tidak tahu tentang penyusuan ni dan mudah terikut-ikut dengan orang sekeliling.

  3. Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Mitos Penyusuan Orang Sekeliling

    Setelah kita sudah khatam ilmu-ilmu penyusuan ni, jangan mudah terpengaruh dengan orang-orang sekeliling kita semasa berpantang yang negatif terhadap penyusuan susu ibu. Cuba pekakkan telinga dan teruskan berusaha untuk menyusu dengan segala ilmu yang kita ada.

  4. Ambil Set Bersalin Yang Boleh Banyakkan Susu

    Set bersalin yang boleh di ambil sejurus selepas bersalin dan banyakkan susu.
    Set bersalin yang boleh di ambil sejurus selepas bersalin dan banyakkan susu.

    Ambil Set Bersalin yang boleh membanyakkan susu ibu dan boleh diambil sejurus selepas bersalin. Kebiasaannya Set Bersalin yang ada di pasaran tidak boleh diambil selagi baby tidak bebas jaundis atau kuning. Jadi, ibu-ibu terpaksa tunggu lebih lama sekiranya baby mengalami jaundis. Badan kita semasa berpantang yang agak lemah akan makin lemah jika tidak dibantu oleh sebarang suplemen atau jamu. Tetapi berlainan dengan Set Bersalin Shaklee ni, ia boleh terus diambil sejurus selepas bersalin.

Apa Yang Membuatkan Set Bersalin Ni Boleh Banyakkan Susu?

  1. Ibu Kurang Stress dan Hilang Penat

    set bersalin shaklee
    Ibu yang lepas bersalin sebenarnya sangat penat dan sentiasa letih kerana kehilangan darah yang banyak semasa bersalin. Stress dan letih menahan sakit lagi kan? Haaa, semua tu akan memberi efek semasa kita dalam pantang. Jadi pengambilan Vitalea yang merupakan multivitamin, B Complex, Vitamin C dan ESP ni dapat membantu ibu-ibu kembali bertenaga dan lebih segar semasa berpantang. Bila badan sihat dan segar, susu ibu pun mudah nak keluar.
    Ibu-ibu tahu tak? Hormon stress tu boleh menghalang pengeluaran susu ibu. Jadi dengan badan sihat dan adanya B Complex ni, susu senang nak keluar.

  2. Luka Cepat Sembuh

    Luka lepas bersalin memang menyakitkan. Kalau diingat2 kembali, memang sakit dan stress!! Kalau boleh tak nak duduk, nak meniarap je. Atau nak mengiring je masa tidur. Tapi macam mana nak susukan baby kita kan? Jadi dalam Set Bersalin ni ada Zinc Complex yang membantu mempercepatkan luka sembuh. Dan bila luka cepat sembuh, senang dan mudahlah kita dalam menyusukan baby kita kan? Stress pun hilang bila luka dah sembuh dengan cepat.

  3. Alfalfa Milk Booster Terbaik

    Alfalfa memang dikenali dari dulu lagi sebagai ‘milk booster’ terbaik.

    It has been consumed by nursing mothers for many years to help with the production of breast milk. When taken in moderation, alfalfa is considered safe and nutritious.


    It is used by breastfeeding mothers to make more breast milk.


    Boleh refer ke website Breastfeeding ni ya.

    Taken after birth, it increases milk supply and is reported to increase the fat content of breastmilk.


    Sumber info dari Mobimotherhood ni bagitau, boleh tambah lemak dalam susu ibu lagi tau…
    Dengan pengambilan alfalfa ni, susu sentiasa cepat penuh kembali jika diambil selepas mengepam atau lepas menyusu.
    Pengambilan alfalfa semasa berpantang adalah selamat untuk ibu dan baby.
    Dan selamat juga untuk baby yang jaundis atau kuning. Ini dari pengalaman saya sendiri semasa melahirkan anak ketiga. Kuningnya agak tinggi selepas hari ketiga, jadi saya cepat-cepat ambil alfalfa 2 biji setiap hari. Alhamdulillah. Kuningnya turun sedikit demi sedikit dan tak perlu dimasukkan ke wad.
  4. Tiada Lagi Sakit Sendi dan Pinggang

    Lepas bersalin memang sakit-sakit badan sana sini kan? Saya kena sakit pinggang yang agak teruk lepas bersalin 3 bulan lepas. Memang rasa macam nak patah dan kalau boleh macam nak baring je sepanjang hari. Tapi disebabkan saya berpantang sendiri, maka nak baring-baring je tu memang mustahillah. 🙁
    Mestilah kena bangun untuk jaga baby, susukan baby, mandikan dan jaga 2 orang lagi puteri kesayangan saya. Memang mencabar tapi dengan pengambilan Ostematrix Shaklee yang terkandung di dalam Set Bersalin ni, memang sangat membantu. Alhamdulillah, hilang rasa sakit pinggang dan sakit-sakit sendi yang melampau.
    Bila sakit-sakit ni dah kurang, kita kurang stress menahan sakit dan pengeluaran susu juga tidak terjejas.

Alhamdulillah, sehingga hari ini pengeluaran susu tidak terjejas dan baby saya dapat menyusu dengan baik. Berat badan baby saya juga naik dengan baik.

Anda juga boleh banyakkan susu dengan menyediakan Set Bersalin ni untuk tempoh berpantang anda. Ia bukan sahaja dapat banyakkan susu, tetapi boleh bagi tenaga dan hilangkan stress serta elakkan meroyan.

Banyak lagi kelebihan Set Bersalin ni, boleh baca dengan lebih lanjut di sini ya. Klik link di bawah.

11 Kelebihan Set Bersalin Shaklee

Ibu-ibu yang sedang hamil boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan Set Bersalin anda ni ya.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Tips Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

 

 

 

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge