Seronok Mencuba Resepi Baru-Makanan Barat Dan Roti

Baru-baru ini Akak selim pernah ditanya oleh seorang rakan,

“Apa hobi akak?”

Akak selim termenung sekejap. Sudah lama rasanya akak selim tiada hobi. 🙁 Mungkin terlalu sibuk agaknya sehinggakan lupa dengan hobi zaman dulu-dulu. Sekarang ni hobi akak selim berShaklee sahaja kot. Setiap masa yang terluang dan masa yang ada tu dimanfaatkan sepenuhnya untuk Shaklee. 🙂

Zaman universiti, zaman bujang akak selim gila berbowling. Kat kilang dulu ratu bowling jugaklah dan rajin juga join pertandingan bowling yang dianjurkan oleh kawasan setempat.  Kalau pasal bowling memang berseri-seri rasa jiwa akak selim.

Sejak dah kahwin dan beranak pinak ni memang lama dah tak berbowling. Terasa minat nak cuba masak-memasak pulak. Seronok tengok orang makan bila kita memasak dengan penuh kasih sayang ni. Cuma akak selim ni kurang pandai masak makanan melayu. Sebab masakan melayu ni kan proses memasaknya agak lambat. Banyak bahan-bahannya kan.

Akak selim lebih suka mencuba masakan barat dan mencuba resepi-resepi roti. Lebih cepat proses memasaknya. Roti pulak sebab akak selim suka makan roti. 🙂 Seronok meroti. Tambah-tambah bila ada breadmaker kan? Takdelah penat nak menguli roti ni. Kalau nak uli dengan tangan memang boleh jadi ‘sado’ haaa tangan korang.

Akak selim ingat nak ulang semula hobi meroti dan mencuba resepi-resepi baru. Pizza dalam bekas muffin ni pun dah lama tak buat. Nanti bolehlah nak buat lagi, anak-anak pun dah besar, dah pandai makan pizza.

Sebelum dibakar, letak cheese banyak2 atasnya. Sedap!!!
Inovasi pizza yang digulung dan dipotong, dimasukkan di dalam bekas muffin. 🙂

Ni pula percubaan pertama meroti beberapa tahun dulu. Oppss… beberapa tahun tu. Lepas tu akak selim banyak projek diet. Itu yang breadmaker cuti tu. Nanti tak jadi diet akak selim kalau asyik dengan hobi meroti ni. Sekarang ni bolehlah buat semula sebab anak-anak dah rajin makan. Dulu anak-anak kecil lagi, akak selim ler yang kena makan kan?

Calzone
Calzone yang dipotong

Resepi Calzone tu akak selim dah tak ingat ambil dari mana. Lupa nak save. Kalau korang nak cuba, boleh tengok sini.

Resepi Calzone Mat Gebu

Nanti korang cubalah ya. Sekarang ni akak selim nak cuba resepi roti yang ada di dapur Farha-IbuCergas. InshaAllah akak selim akan share di Album Roti akak selim di Facebook ya. Nantikan update dari akak selim yaa… Jemput ke sini yaa…

Album Roti Akak Selim di FB

=========================

Akak selim
Rajinkan diri meroti 2017!

=========================

 

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge