Resepi Sihat : Fettucine Aglio Olio

Fuh, nama bukan main lagi. Nak sebut pun berbelit lidah haaa.. hehe.
AkakSelim suka resepi ni sebab mudah dan cepat dimasak. Kalau perasan, ahkak memang suka yang plain-plain je. So, memang senang jugaklah nak follow masakan eat clean ni.

Masa zaman rajin nak tahu macam-macam dulu, akakSelim rajin timbang bahan-bahan masakan. Saja nak tahu banyak mana yang sebenarnya 100gram tu. Bila dah timbang macam ni, dah tahu 100gram tu setengah cawan ala-ala gini, senanglah untuk masak lain kali.
Senang juga nak buat kira-kira kalori.

Nak resepi? Haa.. senang je ni. Ni dia.

5-6 ekor udang (kalau size besar, size kecil 7-8 ekor pun ok je)
3-4 ulas bawang putih-cincang
1/4 bawang holland (resepi asal takde letak ni, AS tambah je sebab suka)
Mushroom
Tomato (masa ni takde stok tomato pulak, so tak letak)
100g Fettucine yang telah direbus
2 sudu besar minyak zaitun
Serbuk cili secukup rasa
Sedikit garam

1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang holland.
2. Masukkan udang. Udang dah bertukar warna oren tu maksudnya dah masak le tu udangnya.
3. Masukkan mushroom dan tomato (jika ada)
4. Akhir sekali masukkan fettucine, serbuk cili dan garam.
5. Gaul-gaulkan sebentar dan angkat.

Siap!

Sebab tak cukup sayur, dah masak tu AS masukkan salad dan gaul sekali. Kalau masukkan masa memasak, nanti dah kurang nutrisi dan tak rangup dah salad tu.
Itu sebabnya AS masukkan bila dah masak.

Senang je kan resepi ni? Selamat mencuba.

Kalau ada soalan, boleh tanya kat komen kay.

AkakSelim,
Suka yang mudah dan cepat masak.

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge