Resepi Sihat : Ayam Bakar Crispy

Bahan-bahan :

300-350g dada ayam
2 weetbix/rolled oat/oat biasa
1 sudu kecil paprika, 1 sudu kecil canyene, 1 sudu kecil garam
1 biji telur

Cara-cara :

1. Hancurkan weetbix dan gaulkan bersama serbuk perasa yang telah ditetapkan.

2. Celupkan dada ayam ke dalam telur.

3. Salut dada ayam dengan serbuk weetbix/rolled oat/oat biasa.

4. Bakar dalam oven selama 12-14 minit pada suhu 180C.
Atau
Boleh guna air fryer jika ada
Atau
Boleh gunakan kuali non stick, letak sedikit oil dan masukkan ayam yang telah disalut. Nampak garing tu, dah boleh angkat.

Sedap tau ayam ni.

Siapa kata nak sihat/kurus tak boleh makan sedap?

Siapa kata nak makan sedap, mesti deep fry je?

Selamat mencuba dan selamat kurus

Yang menyokong usaha kalian,
aHkak Laila Ismail

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge