Resepi makanan ketika berpantang

pegaga

Kerabu Ulam pegaga

6-10 cekak daun pegaga (bersama akarnya)-di hiris kasar
5 cm halia muda-dihiris halus
5 cm kunyit-dihiris halus
6 ulas bawang merah-dihiris nipis
1 sudu besar lada hitam
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara penyediaan :-

1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar bersama air asam jawa, gula dan garam.
2. Gaul hingga sebati dan hidangkan.

Jom kita tengok khasiat daun pegaga ye.

Pegaga diketahui berkhasiat bagi menyegarkan badan.

Dalam perubatan tradisional, pegaga dapat mengubati luka atau ulser kulit, penyakit kusta, juga dipercayai berupaya melambatkan kulit kedut,  menyembuhkan demam, melancarkan peredaran darah,  merawat pitam, mengurangkan berat badan, awt muda, rawatan lepas bersalin, meningkatkan kecergasan minda, menambahkan kekuatan fizikal, melancarkan suara, merawat penyakit nyayuk, mengawal keguguran rambut ,melicin dan menyihatkan kulit dan sebagainya.  Selain itu digunakan juga untuk menyembuh beberapa penyakit antaranya ialah kencing manis, kecutkan peranakan, mengubat gatal pada vagina, menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dan ubat darah tinggi. Daun pegaga juga boleh merawat kecantikan anda.

(a)   Serikan Wajah Anda.

Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu, tapiskan dan sejukkan. setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam, amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda alan lebih berseri.

(b) Kecutkan Peranakan

Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.

(c) Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka

Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat  mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.

Kredit

Haaaa.. banyak tu tau khasiatnyaa. Di samping tu boleh memperbanyakkan susu jugak. Rajin2lah makan ye. Resepi ni pun simple je.

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge