Rahsia Berjaya Menyusu di Bulan Puasa Tanpa Rasa Letih, Lemau dan Lesu

Beberapa kali juga saya menyusu dan hamil di bulan puasa, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar pada waktu itu. Namun begitu, ada juga hari-hari yang rasa penat dan lemau sebab tak ‘study’ pun bagaimana nak kekal bertenaga sepanjang hari. Yang saya amalkan waktu tu, mesti bersahur dan minum air bergelen-gelen time sahur sampai senak perut dan rasa nak muntah air. Seksa tau!!….. 😛

set menyusu shaklee

Walhal cara tu sebenarnya tak lah betul pun. Sepatutnya ada cara yang lebih bagus untuk terus kekal bertenaga sepanjang Ramadhan atau semasa menggantikan puasa di bulan-bulan lain.

Apa rahsia Puan Salwa yang dah 7 tahun menyusu dan hamil di bulan Ramadhan?

Rahsia Berjaya Puasa Penuh Semasa Hamil dan Menyusu di Bulan Ramadhan

1. Demand dan Supply

Pastikan proses ‘demand dan supply’ tidak terganggu. Sentiasa susukan bayi seperti biasa dan pam di tempat kerja untuk ibu yang berkerjaya.

2. Air Yang Mencukupi

Pengambilan air yang mencukupi iaitu sebanyak 3 liter sehari. Jadualkan pengambilan air sepanjang malam hingga ke waktu sahur. Ibu-ibu boleh tengok chart di bawah sebagai panduan.

Gunakan mug atau shaker 300-400 ml setiap kali minum. 400 ml x 8 kali = 3200 ml!! Cukup 3 liter kan??!!

Hamil dan menyusu semasa bulan puasa
Cara mudah untuk minum air 3 liter sepanjang berpuasa

3. Elakkan Stress

set bersalin shaklee
Cuba kawal stress walaupun ibu-ibu penat menguruskan rumah tangga dan juga penat bekerja.

Elakkan stress dan sentiasa berfikiran positif. Sentiasa percaya bahawa susu kita mencukupi walaupun sedang berpuasa. Tanamkan di dalam minda kita yang susu badan kita sememangnya mencukupi bayi kita. Usah banding-bandingkan dengan orang lain sebab anak-anak ni tak semestinya sama pengambilan susu setiap hari.

4. Nutrisi Lengkap Untuk Ibu Menyusu/Hamil

Mengamalkan Set Menyusu Shaklee dan wajibkan diri untuk mengambil Protein ESP serta Performance Drink semasa sahur. Performance drink ni juga menjadi menu wajib kami anak beranak di rumah ni. Bukan setakat bulan puasa je. Anak saya yang no 2 tu memang sangat suka dengan air oren cap basikal ni. 🙂

Semoga ibu hamil dan ibu menyusu kekal cergas sepanjang Ramadhan ni ya… Dan tips ni juga boleh digunakan untuk ibu-ibu yang menggantikan puasa di bulan-bulan akan datang. Seperti saya ni haaaa, 30 hari nak kena ganti. Wajib ikut rahsia berjaya menyusu sepanjang berpuasa ni. Agak mencabar juga tahun ni sebab saya kini bekerja dari rumah dan perlu keluar masuk untuk hantar dan ambik anak sekolah. Pasti dahaga tu dengan cuaca panas sekarang ni kan. Moga-moga tips yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk semua ya.. 🙂

Salam Ramadhan dari Mama DDZ

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge