Punca Tekanan Darah Tinggi Dan Komplikasinya

 

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukan peratus masalah darah tinggi atau dikenali juga sebagai hipertensi adalah 32.7%. Ianya semakin meningkat saban tahun.

Merawat darah tinggi

Penyakit darah tinggi ini amat bahaya kerana kebiasaanya tiada simptom atau tanda-tanda yang jelas. Kadang-kadang pesakit mungkin menunjukkan tanda-tanda yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala. Tetapi ia tidak semestinya menunjukkan anda mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Caranya ialah dengan memeriksa tekanan darah tinggi secara kerap di klinik atau farmasi yang berdekatan. Kebiasaannya pemeriksaan ini hanyalah PERCUMA walaupun anda ke klinik swasta atau farmasi. Jadi, tidak perlu risau tentang kos pemeriksaan.

Tekanan darah diukur dalam dua bacaan.

Contohnya 140/75.

  • Tekanan sistolik-nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
  • Tekanan diastolik- nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)

Kenali Tekanan Darah Normal & Abnormal

Cara merawat darah tinggi

Punca-Punca Tekanan Darah Tinggi

1. Penyakit kencing manis yang tidak terkawal

2. Amalan pemakanan yang tidak sihat

3. Obesiti

4. Pengambilan alkohol

5. Merokok

Komplikasi Tekanan Darah Tinggi

punca tekanana darah tinggi

1. Boleh mengakibatkan serangan strok.

2. Jantung gagal berfungsi dan boleh menyebabkan jantung terhenti dan kematian mengejut.

3. Buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.

4. Gangguan penglihatan kerana berlaku pendarahan dan kerosakan pada kawasan yang sensitif cahaya dalam mata.

5. Salur darah mengeras terutamanya di bahagian otak, jantung dan buah pinggang.

6. Salur darah sempit yang disebabkan oleh penebalan dinding saluran darah di bahagian organ-organ utama.

Kredit : KKM

Kebiasaannya, mereka yang telah lama mengidap penyakit darah tinggi ini adalah sukar untuk sembuh tetapi ia boleh dikawal dengan cara menukar gaya hidup dan pengambilan ubat-ubatan atau suplemen.

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge