vitamin hamil terbaik di pasaran

Petua Elak Kencing Manis Semasa Hamil Walaupun Mengandung Di Usia Hampir 40 Tahun

Saya kongsikan kisah Puan AnneAi (bukan nama sebenar) yang merupakan pelanggan tetap dan setia saya sejak 5-6 tahun lepas. Beliau disahkan hamil anak ketujuh di ambang 40 an. Risau juga beliau dengan umur yang semakin meningkat.

elak kencing manis semasa hamil

Yerlah, orang kata kalau mengandung di usia hampir keemasan ni, banyak masalah boleh berlaku.
-Kencing manis masa mengandung (GDM)
-Tekanan darah naik melantun
Dan macam-macam lagi masalah kesihatan kan.

vitamin hamil terbaik di pasaran

Sekarang ni beliau dah masuk trimester ketiga kehamilan dah. Alhamdulillah, perjalanan kehamilan anak ketujuh ni smooth sangat katanya. Tiada sebarang penyakit yang pelik-pelik. Sihat dan bertenaga lagi.

Saya kongsikan amalan-amalan beliau sepanjang kehamilan. Selain daripada ambil Set Hamil secara konsisten, beliau sangat rajin

1. Baca quran, wajib baca quran setiap hari. Bukan amalkan surah-surah pilihan masa mengandung je. Jadikan amalan harian seumpama jadual makan. Kalau makan 6 kali sehari, bacalah quran 6x sehari. Paling-paling pun dah dapat 6 mukasurat tu.

2. Baca tafsir quran. Yang tak faham tu beliau belajar daripada mereka yang arif.

vitamin hamil terbaik di pasaran

3. Bersenam yang ringan-ringan. Berjalan sekeliling taman, squat dan apa-apa sahaja pergerakan yang tidak memudaratkan ibu mengandung.

4. Banyak baca buku. Paling bagus buku-buku motivasi dan ketuhanan serta apa sahaja yang boleh memberikan ilmu serta berikan impak positif.
Pesanan beliau, baca novel pun pun boleh cuma takut-takut emosi yang sudah sensitif tu makin sensitif bila dipengaruhi oleh watak-watak dalam novel tu.

5. Penuhi masa dengan perkara berfaedah, banyakkan melayan anak-anak dan keluarga dengan baik.

vitamin hamil terbaik di pasaran

6. Kawal perasaaan tertekan dan emosi. Maklumlah ibu mengandung ni memang mudah tersinggung dan tertekan. Seboleh-boleh cuba yang terbaik untuk kawal perasaan sendiri supaya anak yang dikandung tidak terikut-ikut beremosi seperti ibunya. PENTING tu katanya.

7. Jangan culas telan vitamin. Beliau ni memang rajin ambil Set Hamil tu lepas sarapan, untuk beri tenaga lebih katanya. Kalau tak melepek juga sebab dah usia hampir emas kannnnnn… :mrgreen:

8. Jaga pemakanan terutamanya makanan-makanan manis, banyak lemak dan berminyak. Katanya beliau faham sangat dengan selera orang mengandung ni kan. Nak makan itu, nak makan ini. Memang boleh je makan, cuma bersederhanalah supaya tak kena penyakit-penyakit orang mengandung di usia emas ni. Seboleh-bolehnya memang beliau nak elak kena kencing manis, tekanan darah tinggi semasa mengandung ni sebab ia boleh beri komplikasi semasa hamil dan juga semasa melahirkan nanti. Nauzubillah.

9. Mohon doa kepada Allah semoga perjalanan kehamilan sentiasa smooth tanpa sebarang penyakit dan kesihatan baby di dalam kandungan juga terjaga dengan baik. InshaAllah.

Moga perkongsian beliau ini memberi bermanfaat dan inspirasi untuk ibu-ibu muda dan juga ibu-ibu yang mengandung di usia 40 an.

Yang paling penting, tiada masalah kencing manis, tekanan darah tinggi dan masalah kesihatan yang lain sehingga boleh memberikan komplikasi kepada ibu dan baby di dalam kandungan. InshaAllah.

Jaga kesihatan rohani dan jasmani. Kedua-duanya penting untuk melahirkan seorang anak yang sihat, bijak dan berjaya di masa akan datang. InshaAllah.

Salam Sayang
Mama Laila
Mama Anak 3

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge