Perkongsian Ilmu Geng iReach Memang Best

Akak selim ni memang jenis suka menuntut ilmu secara online ni. Mulakan bisnes Shaklee dulu pun tak pernah jumpa mentor ‘face to face’ pun. Berdasarkan kepercayaan dan rasa ukhuwwah, kami bertukar-tukar pendapat dan menimba ilmu dari mentor Shaklee akak selim Lyna Noh secara online. Alhamdulillah akak selim memang suka cara ni.

kali-pertama-master-lyna
Kali pertama bertemu mata dengan mentor bisnes Shaklee akak selim. Yang lain-lain tu anak-anak bisnes kesayangan akak selim. Mereka ialah Geng Freedom!

Cuma bila dah lama kita kenal secara online, teringin juga nak kenal tuannya kan? Tambah-tambah mereka yang sentiasa menjadi inspirasi kita dalam bisnes setiap hari. Dan mereka ajar kita secara PERCUMA, tanpa bayaran walau 1 sen pun.

Kalau kita belajar kat luar topik yang mereka ajar tu, bayarannya boleh mencecah ratusan dan  ribuan ringgit. Ini kan dapat PERCUMA. Pastilah akak selim tak lepaskan peluang untuk sertai.

Salah satunya ialah kelas blog yang dianjurkan oleh Geng ASB iReach. Kelas ni penuh dengan perkongsian ilmu-ilmu penting tentang blog. Akak selim sangat suka kelas ni sebab apa yang diajarkan oleh Master Z adalah perkara teknikal tetapi diajar secara santai dan mudah difahami. Dan paling penting dapat dipraktikkan terus dalam penulisan blog akak selim. 🙂

kelas-blog-kembara-asb
Kelas blog bersama Kembara ASB

Selain daripada tu, akak selim sangat suka kelas Quranic Coaching. Kelas tafsir Al-Quran yang dibawakan oleh Master Z juga. Akak selim memang dah lama nak belajar tentang tafsir ni. Seolah-olah pucuk dicita ulam mendatang! Ada orang nak ajar depan-depan mata kan? Dan ilmu yang disampaikan ni bukan ilmu yang direka-reka sendiri tetapi adalah dari Ustaz Nouman Ali Khan (NAK), yang merupakan ustaz yang menjadi idola akak selim juga secara online. Apabila dengar perkongsian daripada Master Z, seolah-olah terngiang-ngiang suara Ustaz NAK.

mentor-zainulyna
Mentor bisnes akak selim. Master Z dan Master Lyna
kelas-quran
Baby Zara pun join kelas Quranic Coaching ni. 🙂

Kelas-kelas ni diadakan di Cawangan Shaklee JB. Mereka turun dari KL semata-mata untuk menyampaikan ilmu kepada kami geng iReach Selatan. Untung kan? Kalau lepaskan peluang tu, memang RUGI!

kelas-ireach
Kelas kami yang tak sunyi dari anak-anak di sekeliling. Bisnes mesra anak-anak.
master-z
Master Z

Ini adalah antara gambar kelas-kelas perkongsian ilmu yang lain yang akak selim join. Memang seronok dapat ilmu dari mereka yang berpengalaman ni. Alhamdulillah.

kelas-ireach-lyna lyna-irene

Pendapat akak selim, jika kita mahu berjaya berkawan rapatlah dengan mereka yang pernah berjaya. Carilah mentor yang berpengalaman dan telah melalui pelbagai liku-liku pahit manis masam perjuangan dalam bisnes Shaklee. Mereka akan ajar apa yang telah mereka lakukan sehinggalah mereka berjaya mencapai rank tertinggi dalam Shaklee, Master Coordinator.

InshaAllah, akak selim juga bakal Master Coordinator 2017 nanti. InshaAllah. Mohon kawan-kawan doakan sekali ya. 🙂

Ingin sertai keluarga besar kami yang sentiasa mesra kanak-kanak? Sarat dengan ilmu? Hubungi akak selim di 019-722 8520 untuk berada di dalam kumpulan yang positif dan bermotivasi tinggi.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge