Perkara Yang Dilarang Semasa Berpantang

Perkara yang dilarang semasa berpantangKalau ikut petua mak-mak kita dulu, memang banyak juga petua dan pantang larang. Hari ini saya nak kongsikan perkara-perkara yang dilarang semasa pantang. Kadang-kadang  saya suka juga petua tradisional ni, tapi tengok keadaan jugalah. Ada yang senang nak ikut, ada yang susah. Tambahan pula saya berpantang sendiri selepas bersalin kan. Ada juga perkara-perkara yang terpaksa saya skip.

Pantang Larang Selepas Bersalin

#1 Ibu Jari Tidak Boleh Terlanggar/Terantuk

Ibu-ibu perlu berjalan perlahan-lahan supaya ibu jari tidak terlanggar meja atau apa-apa yang keras. Jika terlanggar/terantuk, ibu boleh mengalami pendarahan yang banyak atau bentan.

#2 Elakkan Duduk Mencangkung

Duduk mencangkung semasa pantang boleh menyebabkan peranakan turun dan melemahkan otot-oto perut. Tidak kira ibu bersalin normal atau secara pembedahan.

Huh.. memang tak mungkin laaa kan nak duduk mencangkung ni. Tapi kalau orang yang tak kena jahit, maybe terasa biasa je nak mencangkung sebab takde luka jahitan. Walaubagaimana pun, ibu yang tak koyak dan tak perlu jahitan pun kenalah elak dari duduk mencangkung untuk mengembalikan kesihatan peranakan tu ya.

#3 Jangan Makan Ikan Keli atau Ikan Yang Mempunyai Bisa

elakkan ikan keli semasa berpantangIkan keli adalah ikan yang mempunyai bisa. Ikan yang berbisa boleh menyebabkan turun darah atau bentan. Ikan haruan adalah ikan yang terbaik untuk dimakan untuk menyembuhkan luka lepas bersalin.

#4 Elakkan Makanan Berubi

Makanan jenis ubi-ubian seperti keledek, keladi dan ubi kayu boleh mengganggu pencernaan dan perut terasa sakit atau kembung. Lebih-lebih lagi untuk yang menyusu kerana dikhuatiri bayo yang disusukan juga akan mengalami kembung perut.

#5 Elakkan Sayur-sayuran Sejuk

Contoh sayur-sayuran sejuk ialah kobis, petola, kangkung dan cili. Pengambilan sayur-sayuran ini boleh menyebabkan ibu kembung dan sakit-sakit badan seperti demam urat. Saya pernah termakan kobis goreng semasa berpantang anak pertama. Memang ‘seram sejuk’ dibuatnya… 🙁

Sumber : PaMa

Untuk ibu-ibu baru bersalin anak pertama, boleh ikut cara ni ya. Kalau nak eksperimen sendiri pun takde masalah tapi biarlah ibu tidak terseksa kesakitan semasa berpantang. 🙂

Kalau yang bersalin anak kedua atau ketiga…. mungkin dari pengalaman anak sebelumnya sudah tahu mana yang patut dan mana yang tak patut dibuat.

set bersalin shakleeSelamat berpantang dengan sihat yaaaaaaa… 🙂

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge