Perkara-perkara Yang Perlu Dilakukan Semasa Berpantang

Amalan semasa berpantangSaya baru je balik dari melawat seorang teman baik yang baru bersalin. Alhamdulillah, beliau selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat dan sangat comel! πŸ™‚

?

Geram tengok!! Hehehe… Anak saya dah besar dah walaupun sama batch bila sekolah nanti. Hihihi. Balik tadi, terus teringat nak kongsikan tentang ibu berpantang ni.

Sebelum ni saya ada kongsikan (boleh klik link di bawah)

Perkara Yang Dilarang Semasa Berpantang

Kali ni saya nak kongsikan tentang

Perkara-perkara Yang Perlu Dilakukan Selepas Bersalin

#1 Berurut

Ini memang paling utama kalau dalam list saya. WAJIB gitu. πŸ™‚ Badan rasa sedap sikit bila diurut dan pengeluaran susu ibu pun lancar kalau kita utamakan urutan seluruh badan selepas bersalin. Dari pengalaman saya sendiri, berurut seawal mungkin setelah pulang dari hospital Β boleh mengelakkan payudara bengkak.

Untuk yang bersalin secara pembedahan, dari pengalaman kawan, ada yang berurut dan ada yang tak. Yang berurut mereka elakkan urut di bahagian perut dan urut lebih perlahan daripada ibu yang bersalin normal.

Untuk yang bersalin secara pembedahan, berurut adalah pilihan anda sendiri dan dengarlah pendapat dari orang terdekat dan tersayang supaya tidak mengundang sebarang mudarat di bahagian pembedahan.

#2 Memakai Stokin

Memakai stokin ni untuk mengelakkan badan kesejukan dan masuk angin. Saya memang patuh kepada petua ni, 44 hari pakai stokin dalam rumah. :). Cuma leceh sikit bila nak ke toilet laaa kan. Kena bukak dan pakai semula. Kadang-kadang anak-anak syurga saya yang tolong pakaikan. πŸ™‚
Alhamdulillah, anak pertama dan kedua memang boleh diharap untuk tolong mama dah.

#3 Memakai Bengkung

Amalan semasa berpantangIbu yang lepas bersalin memang faham sangat laaa kan keadaan perut selepas bersalin ni. Menggelebeh jer kan?? Nak berjalan pun rasa tak syiok! Huhuhu :(. Jadi untuk kembalikan keanjalan perut dan membantu peranakan kembali ke saiz asal, kenalah rajin pakai bengkung. Sekarang dah ada macam-macam jenis bengkung dah. Awal-awal bersalin, saya memang pakai bengkung bertali tu. Rasa KEMAS sikit. Tapi memang nak kena ada orang tolonglah. Supaya ikatan tu kuat sikit.

Saya berpantang sendiri dan suami pula bekerja selepas mengambil cuti selama 2 minggu untuk menjaga kami, jadi semasa berdua dengan baby, saya hanya memakai bengkung moden yang lebih mudah dipakai. Zip zap kan aje… :). Pun rasa kemas!

#4 Mengambil Vitamin Supaya Badan Cepat Sihat

Selepas bersalin, hospital akan bekalkan beberapa vitamin untuk ibu seperti Iron, B Complex dan 1 lagi vitamin yang saya lupa namanya. Untuk vitamin, saya hanya teruskan pengambilan Set Hamil yang telah saya amalkan sepanjang hamil. Ia terdiri daripada Vitalea (multivitamin), B Complex, Vitamin C, Ostematrix (Kalsium) dan ESP. Saya hanya tambahkan Zinc untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan. Alhamdulillah, badan lebih segar dan cepat sihat. Kalau berpantang sendiri ni, badan kena cepat sihat sebab suami tolong uruskan rumah tangga dan anak-anak yang dah besar. Ibu pula uruskan baby dan kena sentiasa pastikan pengeluaran susu ibu adalah mencukupi untuk baby. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun terpaksa ulang alik ke KK untuk cek kuning baby.

#5 Bertungku

bertungku penting semasa pantangAmalan bertungku ni sangat bagus untuk melancarkan pengeluaran darah beku di dalam rahim. Ia juga bagus untuk membantu proses pengecutan ‘batu merian’. Kalau kena batu merian ni, memang sangatlah sakit berhari-hari. Dalam 2-3 hari lepas bersalin pun kita masih dapat rasa seperti ‘contraction’ yang sangat sakit tu. Bukannya ‘mild contraction’. Sakit sangat! :(. Terpaksa ambil ‘pain killer’ jugak sebab tak tahan sakit.

Bertungku yang paling baik ialah bertungku menggunakan batu sungai yang dipanaskan seperti zaman mak-mak kita dulu. Alhamdulillah, kawan bagi saya pinjam tungku batu sungai kat saya. Memang bestlah!

Amalan semasa berpantangTapi sekarang ni dah ada pelbagai jenis tungku dah. Ada tungku yang dah siap dijual dan hanya perlu dipanaskan sahaja. Dan ada tungku moden yang hanya perlu panaskan menggunakan elektrik sahaja. Mudah sangat. Cuma saya agak khuatir untuk menggunakan tungku moden ni, takut tungkunya pecah sebab di dalam tungku moden tu ada air. Bahaya juga tu kalau terkena airnya kan.

#6 Mandi Air Rebusan Dedaun

Nak cari daun ni kat mana di zaman moden ni? Hehehe. Apa yang saya tahu, ada juga dedaun ni dijual dalam bentuk dedaun yang dikeringkan.

Masa saya berpantang baru-baru ni, kawan saya bawakan daun kunyit, serai wangi, daun limau purut dan ada beberapa jenis daun yang saya sendiri pun dah lupa namanya.

Rebus dedaun tersebut dan gunakan air rebusan untuk mandi pagi dan petang sepanjang tempoh berpantang. Saya hanya sempat mandi dengan air rebusan ni untuk 1-2 minggu sahaja. Tapi itu pun dah memadai. πŸ™‚

Air rebusan daun ini dapat mengembalikan tubuh dan urat saraf. Memang terasa segar lepas mandi air rebusan ni. πŸ™‚

#7 Tidur dan Rehat Secukupnya

amalan berpantangTidur dan rehat yang cukup semasa berpantang adalah penting untuk mengelakkan rasa pening dan penat melampau. Biarpun ibu tidak melakukan kerja-kerja berat, badan ibu dalam proses penyembuhan dan penyesuaian diri dengan rutin harian menjadi sangat penat dan letih. Jadi, ambillah peluang semasa baby tidur untuk rehat atau tidur seketika.

Kadangkala ibu terpaksa berjaga pada waktu malam kerana baby akan bangun menyusu bila-bila masa sahaja dan kadangkala baby meragam atau susah tidur.

Rehatlah secukupnya untuk memastikan ibu terus bertenaga, cepat sembuh dan membantu pengeluaran susu sentiasa lancar.

#8 Makan Makanan Yang Berkhasiat

This is a close-up of vegetables and fruits.

Dulu-dulu, zaman mak-mak kita, ramai yang menasihatkan untuk makan nasi dan ikan kering sahaja. Air pun tak boleh minum banyak katanya. Tapi itu hanya mitos semata-mata. Ambillah makanan yang berkhasiat seperti ikan-ikan segar, ayam, sayur-sayuran seperti lobah merah, lobak putih dan sawi. Minum air yang banyak untuk memastikan badan kita tidak mengalami dehidrasi dan akan mengganggu penghasilan susu ibu.

#9 Mandi Secara Duduk

Duduk di atas kerusi semasa mandi untuk menjaga kesihatan peranakan. Ibu juga tidak menggunakan banyak tenaga berbanding mandi berdiri.

#10 Pantang 100 Hari (44 hari adalah MINIMUM!)

Biasanya ibu-ibu berpantang 44 hari je. Sama juga dengan saya.. :).

Tapi saranan tukang urut, berpantanglah 100 hari dan elakkan bersama suami dalam tempoh itu untuk memulihkan peranakan dan kesihatan ibu.

Berpantang 100 hari ini juga untuk memastikan peranakan ibu kembali normal.

Di zaman moden ni, ada yang tak ikut dah amalan-amalan berpantang ni.

Tapi berlainan pula dengan saya. Pendapat saya, mana yang boleh ikut dan tidak melecehkan ibu serta keluarga, amat sesuailah diikuti. Untuk kesihatan jangka panjang ibu juga kan? Bila ibu sihat, lebih ceria dan bahagia untuk menguruskan anak-anak dan suami, InshaAllah.

Selamat berpantang dan menyusukan untuk ibu yang baru lepas bersalin. Semoga ibu-ibu sentiasa sihat dan ceria selalu kerana itulah antara kunci utama penghasilan susu yang baik. πŸ™‚

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge