Penyusuan Susu Ibu Dari Kisah Nabi-Nabi

Jom kita ambil teladan penyusuan susu ibu dari kisah Nabi-Nabi kita. Moga bermanfaat dan memberi motivasi bahawa susu ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak kita.
1. Nabi Ismail disusukan oleh ibunya Hajar. Dalam peristiwa ditinggalkan Nabi Ibrahim di padang pasir, dinyatakan susu Hajar telah kering dan Nabi Ismail ketika itu masih
kecil menendang-nendang tanah kerana kehausan.
2. Ibu Nabi Musa, Yukabad, semasa menghanyutkan Baginda di Sungai Nil, berdoa dengan harapan dapat bertemu semula dan menyusukan anaknya yakni Nabi Musa.
Akhirnya beliau telah terpilih sebagai ‘ibu susuan’ Nabi Musa yang di bawah jagaanFiraun. Walaupun dijaga Firaun, namun Nabi Musa tetap mendapat khasiat susu ibu,
bukan susu dari sumber lain.
3. Nabi Muhammad SAW disusukan oleh ibunya, kemudian diserahkan kepada ibu susunya, Halimatussaadiah. Baginda tidak diberi minum susu kambing semasa bayi
walaupun minuman kegemaran Baginda ketika dewasa adalah susu kambing.

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge