bisnes dari rumah yang menguntungkan

Pengorbanan Dan Kejayaan Dalam Bisnes

Setiap kejayaan yang kita ingin kita capai pasti diiringi dengan pengorbanan, kepayahan dan pengalaman kegagalan. Tidak kiralah dalam bidang apa pun sama ada pelajaran, kerjaya, bisnes dan apa juga jenis bidang yang kita ceburi.

bisnes dari rumah yang menguntungkan

Begitu juga dengan saya dalam bisnes Shaklee ni. Banyak onak dan duri telah ditempuhi. Bukan senang nak capai satu-satu kejayaan tu. Masih ingat lagi beberapa tahun lepas. Masa tu saya masih lagi bekerja sepenuh masa. Memang terkejar-kejar untuk buat bisnes ni.

Saya peruntukan masa awal pagi untuk mengerjakan bisnes saya. Setiap hari, saya akan bangun seawal 3 atau 4 pagi untuk belajar selok belok bisnes, tentang produk, mengemaskinikan kedai online saya dan macam-macam lagi. Pada masa itu jugalah saya dapat konsisten untuk bangun tahajjud, Alhamdulillah. Banyak benda yang saya belajar untuk praktikkan. Banyak ilmu di dada tetapi tidak dipraktikkan pun tiada guna juga kan?

Paginya saya pergi kerja macam biasa. Waktu rehat tengah hari di tempat kerja pula saya gunakan untuk packing barang-barang untuk diposkan kepada pelanggan. Ada barang yang saya suka poskan sendiri kepada pelanggan dan waktu rehat itu jugalah saya menelefon Shaklee untuk menguruskan tempahan pelanggan.

Balik dari kerja, uruskan keluarga dan kerja-kerja rumah pula. Penat tu memang penat sebab semuanya kita nak uruskan sendiri kan. Namun, kepenatan tu tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus bekerja keras demi bisnes yang saya sudah mulakan.

Walaupun masa tu hanya bisnes part time, saya mengerjakannya bersungguh-sungguh sepenuh hati. Alhamdulillah, banyak hasil yang dikutip di sepanjang perjalanan yang payah itu.

bisnes dari rumah yang menguntungkan

Salah satunya ialah Program Car Bonus. Program ni menuntut kita membuat jualan sehingga beberapa puluh ribu selama 3-4 bulan berturut-turut. Ya, jualan puluhan ribu. Bukan jualan ratusan ringgit atau suam-suam kuku je.

Alhamdulillah, dengan usaha yang tak putus, sokongan daripada mentor dan pastinya dengan izin Allah, saya berjaya melepasinya dan menggenggam Car Bonus tu hingga kini.

Car Bonus ni ialah

bukan diberikan sebiji kereta. Duit yang diberikan setiap bulan mengikut pencapaian kita. Sudah pasti ada terma dan syarat-syaratnya yang perlu kita penuhi.

bisnes dari rumah yang menguntungkan

Selain daripada tu, saya juga berjaya mengembangkan bisnes Shaklee saya dengan jayanya. Kumpulan Freedom Family makin besar, pengguna yang setia makin ramai dan bisnes makin maju. Alhamdulillah. Syukur sangat kerana saya ditemukan dengan mentor yang boleh membimbing saya untuk berjaya dan pergi jauh dalam bisnes ni.

Sekarang saya mengerjakan bisnes Shaklee ni sepenuh masa dan pendapatan daripada bisnes ni menjadi pendapatan utama saya. Alhamdulillah, boleh juga saya belanja keluarga dengan pendapatan saya ini walaupun bergelar surirumah sepenuh masa.

Jika anda juga sedang tercari-cari bisnes yang boleh dibuat di rumah secara online sama ada nak buat part time atau sepenuh masa, saya berbesar hati untuk membimbing anda.

Bisnes Dari Rumah Yang Menguntungkan

Anda boleh hubungi saya menggunakan Whatsapp dengan hanya klik gambar di bawah tanpa perlu menyimpan nombor telefon saya terlebih dahulu.

Pengedar Shaklee Johor

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge