Buat duit dari rumah guna blog

Pencarian Rakan Bisnes Buat Duit Dengan Blog Hanya Dari Rumah

Keadaan ekonomi menuju tahun 2018 semakin mencabar. Harga minyak setiap minggu pun asyik naik je kan? Harga barang memang tak usah cakaplah. Semuanya naik.

Namun ini bukan masanya kita nak merungut atau salahkan keadaan, salahkan kerajaan atau salahkan peniaga. Kita tak mampu nak kontrol orang lain atau keadaan semasa yang mendesak ini. Yang kita boleh lakukan ialah berusaha untuk tingkatkan ekonomi dan pendapatan keluarga kita.

Saya cadangkan anda untuk mulakan bisnes dari rumah. Bisnes ni sesuai untuk anda yang bekerja atau pun surirumah sepenuh masa kerana ia boleh dilakukan di rumah sahaja secara online.

Kriteria Bisnes Dari Rumah Yang Beri Pendapatan Lumayan

Saya membuka peluang untuk anda yang benar-benar ingin menjana pendapatan dari rumah dengan menggunakan blog.

Buat duit dari rumah guna blogSaya akan bimbing dan ajar anda satu persatu bermula daripada asas bina blog sehinggalah menjadikan blog anda kesukaan ranking Google.

Kelebihan Bisnes Guna Blog

Banyak kelebihan bisnes menggunakan blog ni. Antaranya ialah :-

1. Sekali Tulis Untung Berkali-kali

Artikel yang anda tulis dengan teknik yang betul akan menjana pendapatan berkali-kali. Sekali sahaja anda korbankan masa dan tenaga untuk menulis dengan baik, anda boleh menghasilkan keuntungan berkali-kali hanya dengan artikel yang sama.

2. Mudah Dapat Pelanggan Yang Serius (Serious Buyer)

Pelanggan biasanya menggunakan ‘Google Search’ untuk mencari solusi kepada masalah mereka. Contohnya jika mereka ada masalah berkenaan jeragat. Biasanya mereka akan tulis,

‘Cara merawat jeragat’
‘Ubat jeragat’
‘Cara hilangkan jeragat’

Jika kita menulis dengan teknik yang betul, mereka akan terus berjumpa solusinya di blog kita. Dan InshaAllah kebarangkalian untuk close sale tu adalah tinggi.

Dengan syarat, entri blog kita tu berada di page pertama di pencarian Google. Yang ni ada tekniknya tersendiri yang perlu dipelajari.

3. Carian Yang Lebih Meluas

Apa yang kita tulis dalam blog dapat dicari oleh ramai orang di seluruh pelusuk dunia. Berbanding dengan Facebook, ia hanya berlegar-legar di dalam News Feed buat sementara waktu sahaja. Itu pun kalau ada respon Like dan Comment. Kalau tiada atau sikit, memang akan terus tenggelam.

Ini bukan bermaksud pemasaran di Facebook tidak bagus langsung, kita masih boleh menggunakan Facebook untuk bisnes cuma carian di blog lebih meluas, bermaksud kebarangkalian mendapat pelanggan adalah lebih besar berbanding Facebook.

4. Bertahan Lebih Lama

Apa yang kita tulis di blog akan terus bertahan lama walaupun kita sudah tiada di dunia ini.

Jika kita menggunakan domain dan hosting daripada syarikat tertentu, selagi kita bayar ‘maintenance’nya, selagi itulah entri blog kita dapat ditemui oleh semua orang.

Ini juga akan jadi salah satu saham akhirat kita kan? Dengan syarat, dalam kita berbisnes untuk memasarkan produk yang kita jual, kita juga berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk rujukan orang ramai. Itu kan salah satu yang akan membantu kita di alam akhirat kan? Keuntungan bukan untuk dunia semata, akhirat pun dapat tau. InshaAllah.

Best kan KELEBIHAN BUAT BLOG ni?

Saya buka peluang untuk mengajar anda yang ingin bisnes Shaklee dengan menggunakan blog. Yurannya hanya RM79.50 sahaja. Iaitu hanya mendaftar sebagai ahli dan anda layak mendapat bimbingan membuat blog dari A-Z secara PERCUMA sahaja.

Jana Pendapatan Dengan Blog

Boleh mendaftar hari ini. Klik gambar di bawah.

Pengedar Shaklee Johor

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge