Panduan berpantang sendiri

Panduan Berpantang Sendiri Selepas Bersalin

Bersyukurlah jika ada ibu bapa atau ‘confinement lady’ yang boleh membantu kita berpantang selepas bersalin. Untuk 1-2 minggu pertama memang agak merisaukan dan meletihkan. Dengan kita yang jalan pun tersenget-senget menahan sakit luka jahitan dan bayi yang menyusu 1 jam sekali. Untung sangatlah kalau takde koyakan langsung semasa bersalin tu kan. Nak tau tips? Ada kat sini.

Bersalin Tanpa Koyakan Atau Jahitan

 

 

Panduan berpantang sendiri

Macam saya sendiri, ketiga-tiga anak pun memang ada luka jahitan. Masa jahit tu memanglah tak berapa nak rasa sakitnya namun lepas dah balik rumah tu, sakitnya Allah sahaja yang tahu. Lebih-lebih lagi kalau banyak jahitannya. Huhu.

Sejak anak kedua, saya memang berpantang sendiri dengan encik suami dan anak-anak sahaja. Saya kongsikan beberapa panduan dari pengalaman saya sendiri, pengalaman kawan-kawan dan dari pembacaan.

Panduan Berpantang Sendiri Selepas Bersalin

1. Makanan Berpantang

Panduan berpantang sendiri

Sebelum bersalin (anggaran 37 atau 38 minggu) sediakan lauk basah yang telah siap diperap. Contohnya ikan atau ayam. Perap dengan garam dan kunyit, halia bersama lada hitam dan lain-lain. Boleh tengok resepi berpantang di sini.

Resepi Berpantang

Masukkan lauk yang telah diperap ke dalam freezer. Apabila sampai hari berpantang nanti, hanya keluarkan dan suami atau anak boleh bantu kita bakarkan sahaja.

Untuk sayur-sayuran, boleh minta tolong suami masakkan yang simple-simple seperti sayur sawi rebus, brokoli celur atau ulam-ulaman.

Jika tak berkesempatan nak buat semua ni, mungkin terbersalin awal ke kan, boleh cari siap-siap tukang masak yang boleh sediakan makanan berpantang ni.

2. Persediaan Pagi Ibu Berpantang

Bangun awal-awal pagi dan siapkan diri sebelum suami perlu keluar bekerja. Minta tolong suami pakaikan bengkung sebelum sarapan pagi. Jangan culas tau pakai bengkung ni. Kata nak kempiskan perut kan. Wajiblah pakai bengkung sepanjang berpantang tu.

3. Bayi Kecil

Panduan berpantang sendiri

Jika suami anda keluar bekerja selepas 8 pagi, beruntunglah. Boleh minta suami mandikan bayi sebelum pergi kerja. Kalau pukul 7 dah keluar tu, kita sendirilah terpaksa mandikan bayi kita tu kan.

Caranya, letakkan besen mandi bayi tu di tempat yang lebih tinggi seperti meja dan kita boleh duduk di atas kerusi semasa memandikan bayi. Ini untuk mengelakkan kita daripada terpaksa duduk mencangkung jika letakkan besen mandi bayi di atas lantai di dalam bilik air.

Ya, jangan mencangkung tau. Koyak rabak semula luka jahitan tu nanti. Aduhhhhhhhh!! Sakitnya!

4. Anak-anak Yang Lain

Jika ada anak yang dah besar umur 5 tahun ke atas, syukur sangat. Boleh bantu kita mana yang patut. Boleh tolong ambilkan itu ini pun dah cukup bersyukur.

Kalau ada anak yang berumur kurang dari 2 tahun pula, saya syorkan hantar ke rumah pengasuh kerana mungkin anak kecil yang kurang 2 tahun ini perlukan sepenuh perhatian kita. Namun jika kita konfiden anak kita tu tak merengek-rengek minta didukung, boleh sahaja tinggal bersama-sama ibu berpantang. Tak ada masalah.

5. Kerja-kerja Rumah

Bagi ibu-ibu yang pengemas, memang rasa serabut mata melihat rumah tunggang langgang. Baju tak berkemas, pinggan mangkuk tak tersusun seperti yang kita suka dan macam-macam lagi kan.

Pejam sahaja matamu ibu. Tempohnya tidak lama. Hanya 44 hari sahaja tak boleh buat kerja berat-berat. Belai dirimu sepenuhnya sepanjang berpantang ni.

Jika berkemampuan, boleh dapatkan khidmat tukang kemas rumah harian atau mingguan. Dah banyak servis cuci rumah sekarang ni. Harga agak mahal tapi berbaloi-baloilah sebab boleh tengok rumah kemas dan elok walaupun berpantang.

Macam saya, suami memang jenis rajin vakum. Jadi takde masalah sangat bab kemas rumah ni. Kain-kain baju memang saya dah ada tips tersendiri supaya tak bertimbun jadi Gunung Everest atau terperap dalam bakul. Hehe. Nak tau caranya. Semua baju sangkutkan sahaja. Tak perlu nak lipat-lipat. Hanya lipat tuala, cadar dan ‘baju-baju kecil’ sahaja.

6. Makanan Untuk Keluarga

Yang ni boleh gunakan tips pertama seperti makanan ibu semasa berpantang. Boleh buat awal dan frozenkan. Contohnya kari ayam (sediakan paste sahaja pun dah cukup), kuah spaghetti, paste ayam masak merah dan lain-lain menu kegemaran ahli keluarga. Bila tiba masanya, hanya perlu masukkan ayam, daging atau ikan sahaja.

Jika tak berkesempatan berbuat demikian, boleh cari tukang masak yang terus hantar ke rumah. Zaman sekarang ni mudah tau. Macam-macam ada yang kita hanya perlu keluarkan duit dan bayar sahaja. Hehe. Mudah.

Kalau saya, saya suka tukang masak yang buat bisnes kecil-kecilan untuk makan tengah hari atau makan malam berbanding beli di kedai makan. Masakan yang dibuat dalam kuantiti yang sedikit ni terasa lebih dekat di hati ibu-ibu gitu haaa. Hehe.

Saya rasa itu sahaja antara perkara paling penting semasa berpantang. Jika ada lagi yang difikirkan penting saya akan tambah ya.

Usah bebankan fikiran dengan perkara remeh-temeh kerana boleh menyebabkan gangguan fikiran atau meroyan. Nauzubillah. Jika ada masalah penyusuan atau masalah kurang sihat, usah dipendamkan. Berterus-terang sahaja dengan suami supaya boleh ambil cuti dan jaga kita. Jangan tunggu suami faham-faham sendiri. Orang lelaki ni kadang-kadang tak berapa faham dengan hanya melihat dengan mata kasar. Kita wanita ni kena beritahu. Okay?

Saya juga nak cadangkan ambil Set Bersalin yang terbaik supaya kita ada tenaga dan cergas untuk uruskan diri kita sendiri dan bayi sepanjang berpantang. Badan yang sihat akan berikan mood yang baik serta melancarkan penyusuan bayi kita, InshaAllah.

Set Bersalin Terbaik Di Pasaran

Semoga ibu-ibu baru atau ibu yang dah anak ke 3 ke, anak ke 4 ke dapat berpantang dengan baik dan ceria. InshaAllah luka cepat baik dan emosi bayi pun lebih stabil.

Salam Sayang,
Laila Ismail
Ibu Anak Tiga
019-722 8520

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge