Vivix | Anti penuaan yang selamat di dunia

Tertanya2 tentang vivix? Ok, ini dia Q and A tentang vivix ni.

Kenali manfaat vivix
Manfaat Vivix

 

Q : Apa itu Vivix

A : Vivix adalah campuran polifenol dengan paten tertunda yang kuat dan eksklusif dari bahan-bahan botanikal yang terbukti di dalam makmal mampu memberi kesan positif terhadap empat mekanisme utama penuaan selular, termasuk meningkatkan ketahanan sel, tenaga sel, pembaikan sel dan prestasi sel*

Q : Apa bahan-bahan dalam Vivix

A : Vivix mengandungi campuran resveratrol dan phytonutrient proprietari. Campuran phytonutrient ini menggunakan sifat antioksida yang kuat pada anggur Muscadine yang unik dan terbukti 10 kali lebih berkuasa dalam melambatkan mekanisme utama penuaan selular berbanding resveratrol tunggal*

Continue reading Vivix | Anti penuaan yang selamat di dunia

Share Button

Performance Drink | Minuman ISOTONIK yang paling POPULAR di bulan puasa

Kenapa saya berani katakan ia popular?

Sebab….

Ada yang hantar message kat saya nak beli Performance Drink sebab baca kat FB je. Bukankah POPULAR tu? Kalau tak popular, takkanlah orang yang tak pernah try pun teringin nak cuba kan? Haaa.. TAK PERCAYA? Jom tengok customer saya ni. Sebab banyak sangat diperkatakan di FB beliau pun nak juga  order Performance Drink ni haa…

Performance drink popular

Mari kita tengok apa sebenarnya Performance Drink ni?

Performance Drink
Performance Drink yang sangat POPULAR

Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Apa pula KELEBIHANNYA? Sehinggakan kepopularannya meniti dari FB ke FB? hehehe.. Kalau dulu orang kata meniti dari bibir ke bibir kan? Musim sekarang semua aktif berFB, so beritanya dari FB ke FB lah kan.

Continue reading Performance Drink | Minuman ISOTONIK yang paling POPULAR di bulan puasa

Share Button

Tips Kekal Cergas di Awal Kehamilan Sepanjang Ramadhan

Alhamdulillah, dah hari ke 6 kita berpuasa. Anda semua ok? Kalau ok, Alhamdulillah. Syukur semuanya dipermudahkan oleh Allah. Rasanya belum ‘declare’ kat mana2 media social lagi ni. Alhamdulillah saya mengandung 9 minggu di minggu pertama Ramdhan 2014 ini. Syukur pada Allah mengurniakan nikmat yang tidak terhingga ini. Sehingga hari ini, Alhamdulillah masih boleh berpuasa penuh. Loya2 dan perut masuk angin tu setakat ni masih boleh bertahan. Hari ni saya nak share tips cergas dan bertenaga walaupun di awal kehamilan. Kalau di akhir kehamilan, cabarannya lain pula kan?

Tips Kekal Cergas di Awal Kehamilan Sepanjang Ramadhan

Tips Kekal Cergas dan Bertenaga di Awal Kehamilan

Biasanya, di awal2 kehamilan ni perut rasa sebu jika tidak makan. Kalau kita baca kat mana2 website pun, ramai menasihatkan supaya kita kerap makan dan minum dalam kuantiti yang kecil untuk mengelakkan perut masuk angin dan juga sebu atau dikenali dengan ‘heartburn‘. Bagaimana ingin mengatasi masalah ini di bulan Ramadhan? Kan kita puasa kan?

Continue reading Tips Kekal Cergas di Awal Kehamilan Sepanjang Ramadhan

Share Button

Hadiah terbaik untuk hari ibu

Sejak bergelar ibu ni, saya lebih sensitif dengan hari-hari istimewa untuk ibu. Bukan dulu tidak menghargai atau tak mengucapkan selamat hari ibu, tetapi sejak mempunyai 2 orang cahaya mata ni, memang hari ibu atau hari lahir ibu saya tak pernah saya lupakan. Alhamdulillah, ibu saya kembali sihat selepas beberapa bulan menghadapi masalah kesihatan. Saya bersyukur sangat! Alhamdulillah. Sempena hari ibu esok, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya dan ibu mertua saya. Saya doakan semoga bonda saya umur panjang dan dilindungi Allah selalu, InshaAllah. Boleh dikatakan ibu saya adalah pendorong utama untuk saya terus maju dalam bisnes yang saya jalankan sekarang.

Hadiah terbaik untuk ibu adalah kesihatan yang baik.
Bonda saya bersama adik saya

Tentang bonda saya dan pengorbanan beliau

Bonda saya adalah seorang ibu tunggal sejak 27 tahun yang lepas. Arwah ayah saya meninggalkan dunia ini pada tahun 1987 semasa arwah berumur 50 tahun. Di kala itu saya baru berusia 9 tahun. Adik beradik saya seramai 12 orang dan saya anak ke-9. Cuba anda bayangkan. Waktu itu bonda saya terpaksa membesarkan kami 12 beradik tanpa sebarang pekerjaan. Sehingga saat ini, saya tidak tahu bagaimana beliau dapat membesarkan kami adik beradik sehinggalah kami semua berjaya seperti sekarang. Yang saya masih ingat, bonda saya hanya menerima wang pencen arwah ayah yang bekerja sebagai guru. Jika nak difikirkan dan dihitung, berapalah sangat wang pencen tersebut kalau dibandingkan dengan keperluan kami 12 beradik. Tapi ibu saya mampu melakukannya tanpa sebarang keluhan.

Hadiah Hari Ibu

Biasanya memang saya akan tanya bonda saya nak hadiah apa sebab bonda saya ni ada ‘taste’nya sendiri. Tak boleh main beli je. Tapi biasanya kalau tanya pun memang beliau akan cakap tak nak apa2. Saya lebih suka membawa beliau keluar dan beliau bebas membeli apa sahaja yang beliau inginkan. Itu lebih memuaskan hatinya dan saya juga gembira kerana beliau dapat apa yang beliau inginkan.

Anda tiada idea untuk berikan ibu anda hadiah apa? Jom kita hadiahkan kesihatan yang baik untuk ibu kita kerana kesihatanlah yang paling penting dari segala-galanya dalam hidup ini. Jom saya share dengan anda apa yang terbaik untuk diberikan kepada ibu anda.

set kesihatan wanita
Set Kesihatan Wanita khas untuk ibu

Apa kelebihan Set Kesihatan Wanita ni?

Continue reading Hadiah terbaik untuk hari ibu

Share Button

Tips luka bersalin cepat sembuh

o-BIRTH-PAIN-facebook

Apabila sebut luka bersalin, ngeri pulak saya memikirkannya. Hehehe.. Walaupun dah 2 kali melaluinya, perasaan NGERI tu masih ada walaupun di hati memang inginkan baby lagi. 🙂

Luka bersalin ini juga dikenali sebagai luka episiotomi. Boleh dikatakan luka episiotomi ini tidak dapat dielakkan terutamanya bagi kelahiran pertama. Boleh lihat gambar di bawah ni sebagai rujukan ya. Khas untuk ibu2 yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.

Luka bersalin cepat sembuh
Proses memotong perinium

Hari ini saya nak kongsikan tips supaya luka episiotomi ni cepat sembuh.
Continue reading Tips luka bersalin cepat sembuh

Share Button

Set Bersalin Shaklee Yang Terbaik dan Termurah Di Pasaran

Ada yang tanya, Shaklee ada set berpantang juga ke? Pastu TERBAIK dan TERMURAH di pasaran? Betul ke? Bukan ke ada set menyusu aje ke? Ya, memang ramai yang tertanya2 sebab awal2 dulu SET MENYUSU Shaklee ni sangat2 ‘glamour’. Tapi jangan taktau ye, Shaklee ni ada pelbagai pakej termasuk set berpantang sama ada ibu itu bersalin secara normal atau pembedahan.

Set Berpantang Basic
Set Berpantang Basic

Jom kita tengok Set Berpantang Shaklee yang terbaik dan termurah di pasaran ni. Kenapa Set Pantang ini TERBAIK?
Continue reading Set Bersalin Shaklee Yang Terbaik dan Termurah Di Pasaran

Share Button

Idea hadiah untuk baby baru lahir

Asyik-asyik nak belikan hadiah baju, seluar, peralatan baby kalau nak pergi tengok baby baru lahir. Boring dah kan hadiah2 tu? Sebab silap2 haribulan, mak pak baby tu tak suka pun nak guna atas sebab2 tertentu seperti baby allergik dan lain2. Macam saya sendiri, saya memang tak gunakan bedak untuk baby. So, kalau ada orang bagi bedak tu, rasa agak membazir kerana hanya akan disimpan di dalam gerobok je. Nak buang membazir pulak kan.

Apa idea yang best tu? Mari saya cadangkan satu idea baru. Belikan mereka Home Care-Get Clean daripasa Shaklee ini. Apa yang ada dalam GET CLEAN Shaklee ni? Jom kita tengok.

Soft Fabric Concentrate Shaklee
Soft Fabric Concentrate Shaklee
Fresh Laundry Concentrate Shaklee (Serbuk)
Fresh Laundry Concentrate Shaklee (Serbuk)
Dish Wash Concentrate Shaklee
Dish Wash Concentrate Shaklee
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate Shaklee
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate Shaklee

 Apa yang ada dalam set ni?
1. Softener Shaklee
2. Fresh Laundry Concentrate Shaklee (Serbuk) 
3. Dish Wash Concentrate Shaklee
4. Basic H Organis Super Cleaning Shaklee

Apa yang bestnya ke-empat2 produk di atas berbanding dengan produk di pasaran? Apa bezanya? Mari saya ceritakan satu persatu.
1. Pelembut Kain Shaklee

Soft Fabric Concentrate Shaklee
Soft Fabric Concentrate Shaklee

Selamat

  • Tidak bertoksik
  • Sesuai untuk semua jenis fabrik yang boleh dibasuh
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa gas beracun
  • pH yang seimbang

Continue reading Idea hadiah untuk baby baru lahir

Share Button

Pakar motivasi di pasar tani Bandar Putra Kulai

Haaa, jangan tak percaya tau. Ada pakar motivasi di pasar tani Bandar Putra Kulai. Hehehe. Nak tau siapa? Kak Shima yang jual masakan pantai timur tu haaa…

Hari Selasa memang jadi rutin saya pergi beli sayur-sayuran segar atau makan malam di pasar tani berhampiran rumah saya. Semalam pergi dah agak lewat dan hari macam nak hujan, jadi tak bawak anak2. Dan jadi rutin juga saya akan singgah di gerai Kak Shima yang tersohor dengan masakan pantai timurnya yang sedap dan sangat-sangat LAKU! Semalam beliau start buka gerai pukul 5 dan sebelum pukul 7, semua nasi dan lauk pauk dah licin! Maka, saya lepaklah sekejap di gerainya untuk borak-borak. (Memang jadi habit, suka borak dengan peniaga2, hehehehe)

Borak punya borak bukan borak kosong tau.

Kejar dan buat, mulakannya hari ini.
Kejar dan buat, mulakannya hari ini.

Nak tau apa yang kami borakkan? Ouh, boleh dikatakan bukan borak, tapi saya banyak mendengar je. Ala2 mendengar PAKAR MOTIVASI berceramah gitu. J

Sebelum tu saya ceritakan sedikit tentang Kak Shima ni. Beliau dan suami pernah kerja kilang di sekitar Senai. Beliau mengambil langkah untuk berhenti bekerja dan memulakan perniagaan masakan pantai timur. Setelah 3 tahun berniaga, beliau mencadangkan agar suaminya sama2 berhenti kerja dan membantu beliau sama2 berniaga. Alhamdulillah, perniagaan beliau makin maju dan maju. Yang bestnya, beliau berniaga di pasar tani HANYA 3x SEMINGGU!! Dan dengan berniaga 3x seminggu itu, beliau mampu mendapatkan gaji lebih dari seorang ENGINEER yang telah berkhidmat selama 12 tahun di sebuah syarikat Jepun (sayalah tu… hahahaha… :P)

Ok, apa kata Kak Shima tentang bisnes?
1. Kalau bisnes, pastikan kita ni kena sentiasa bersihkan hati, ikhlaskan diri.
2. Sentiasalah bersedekah. Cara beliau ialah semasa beliau menjual pun beliau tak berkira sangat dengan harga. Ini memang betul. Beliau sentiasa bagi diskaun. Dan suka bagi FREE. J
Bagi beliau itu adalah sedekahnya untuk hari2 beliau berniaga. Dan satu lagi yang sentiasa dipraktikkan ialah berikan duit kat suami setiap hari Jumaat untuk dimasukkan ke tabung masjid.
3. Jangan tamak. Beliau sentiasa ingat pesanan bonda beliau. Kalau hari ni habis jual ayam 10 ekor, minggu depan tak perlu nak tambah sehingga 13 ekor. Maintain je sebegitu untuk beberapa ketika kecuali pasaran makin besar dan pelanggan selalu tak dapat beli. Kesian juga kalau awal2 pund ah habis kan?
4. Pergi ceramah motivasi. Idola beliau adalah DAO.:)
5. Jaga kebajikan anak2. Dengan berniaga sendiri, beliau tidak ada halangan untuk membawa anak2 berjalan ke sana sini di musim cuti sekolah. Kalau cuti sekolah tu, memang takdelah gerai akan ni.. J
6. Kalau dulu kerja kilang dan overtime bagai nak rak, dapatlah gaji RM2500, tapi sering rasa tak cukup. Sebab apa? Sebab kilang bagi rehat 10 minit, kita dah rehat 20 minit. So, duit yang kita dapat tu hilang keberkatannya. Bisnes ni lain. Banyak kita kerjakan, banyaklah kita dapat. J
Beliau kini boleh tersenyum lega dengan pendapatan RM1K ke atas untuk dirinya sendiri tanpa sebarang komitmen! Kalau dulu dalam RM2500 + gaji suami, yang tulah kena bayar kereta, rumah dan pelbagai lagi. Dan sering rasa tak cukup2.
7. Sentiasa buka peluang untuk bantu orang lain. Melalui bisnes beliau ni, beliau subkan kerja2 pembersihan kepada jiran beliau yang yang memerlukan. Beliau cakap, “buat apa kita nak ambil orang gaji dari luar kalau orang2 kita masih ramai yang perlukan bantuan.
8. Dalam apa jua keadaan, dahulukan ibu bapa. Pastikan kita berikan mereka hasil pendapatan kita walaupun mereka kata mereka tak perlukan wang dah. Itulah dia SENJATA untuk kita berjaya dalam bisnes.
9. Jangan lupa bayar zakat. Yang ni mesti! mesti! mesti.

Kagum saya dengan semangat Kak Shima ni. Saya cakap kat beliau dan mengakhiri perbualan dengan :-

“KAK, KAK BOLEH JADI PAKAR MOTIVASI UNTUK PENIAGA2 PASAR TANI SEPERTI AKAK NI. SUPAYA MEREKA PUN SAMA2 BERJAYA MACAM AKAK.”

Saya doakan akak terus berjaya dan menjadi contoh kepada peniaga2 lain. InshaAllah.

Share Button

Kolagen Shaklee sememangnya TERBUKTI berkesan

Wahhh.. tengok tajuk tu. Konfiden betul kan?
“Kolagen Shaklee sememangnya TERBUKTI berkesan”. Kenapa saya begitu yakin?

“Kerana Shaklee melakukan ujian klinikal terhadap pengguna kolagen ini. Dan tempoh penggunaan ialah selama 8 minggu sahaja. Menarik bukan??”

Ada ujian klinikal ini bermaksud, Shaklee bukan sahaja meng’ada-ada’kan cerita atau testimoni palsu, tetapi produk ini telah dibuat ujikaji ke atas manusia untuk membuktikan secara saintifik yang produk dihasilkan oleh mereka benar-benar selamat dan berkesan untuk digunakan oleh manusia.

Shaklee Collagen Powder
Kesan pengambilan kolagen Shaklee

Apa yang dapat Shaklee buktikan? (Klik gambar untuk melihat imej dengan lebih jelas)
1. Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
2. Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
Continue reading Kolagen Shaklee sememangnya TERBUKTI berkesan

Share Button

Apa itu kolagen?

Eh, apa kolagen ni? Perlu ke? Hmmmm… saya sebelum ni pun memang tertanya2 sebegini. Ok, sekarang jom kita tengok satu persatu. Apa dia kolagen ni. Perlu ke untuk kita? Sejak bila kolagen makin berkurangan dalam badan kita ni…..

Apa itu Kolagen ?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 70% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Kedudukan kolagen di dalam kulit kita.
Kedudukan kolagen di dalam kulit kita.

Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buah pinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

  • Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.

Jom kita tengok gambar ni.  Kolagen makin berkurang pertambahan usia seawal umur 25 tahun.

Kolagen makin berkurang selepas umur 25.
Kolagen makin berkurang selepas umur 25.

Jom kita tengok pula apa kesan2 kekurangan kolagen ni.

Continue reading Apa itu kolagen?

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...