Keistimewaan Vitamin B Complex Shaklee Berbanding Jenama Lain

Apa istimewanya B Complex Shaklee ni?

1. Mengandungi 8 komponen penting Vitamin B iaitu :-
-Vitamin B1
-Vitamin B2
-Vitamin B3
-Vitamin B6
-Fotate (Asid Folik)
-Vitamin B12
-Biotin
-Panthothenic Acid

Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada Vitamin B Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

2. Asid Folik yang dicipta secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar penyerapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini adalah kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh dan 99% asid folik yang terdapat di pasaran adalah bersifat sintetik.

B Complex Shaklee yang terbaik di pasaran
B Complex Shaklee yang terbaik di pasaran

Dapatkan Vitamin B Complex terbaik anda hari ini.
Cara pengambilan vitamin akan disediakan untuk anda. Itu adalah HAK anda sebagai pelanggan nutrisisemulajadi.com.

DAN

Ketahui juga apa kelebihan menjadi AHLI SHAKLEE di sini.

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-7228520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Kenkoushoku.com

Share Button

Kenapa Kolagen Shaklee Adalah Yang Terbaik dan Terbukti Berkesan di Pasaran?

Setelah usia menginjak ke usia 30-an, saya mula tercari-cari produk yang bernama KOLAGEN ni. Google sana, google sini, tanya sana, tanya sini. Maklumlah saya ni memang nak cari kolagen yang terbaik dan terbukti berkesan. Bukan senang nak tahu kan? Hampir-hampir nak beli kolagen berjenama xxx tapi, saya sabar… sabar… sebab nak tunggu juga kolagen Shaklee. Sebab masa saya cari tu, Shaklee belum keluarkan lagi kolagen di Malaysia. Alhamdulillah, sejak keluarnya kolagen Shaklee memang saya tak pandang dan tak cari langsung yang lain. 🙂

Kolagen Shaklee berkesan untuk mengurangkan masalah kulit
Kesan kekurangan kolagen akan menyebabkan kulit mengalami kedutan sebelum usia.

Kenapa Kolagen Shaklee Adalah Yang Terbaik dan Berkesan?

1. Kolagen Shaklee mempunyai molekul yang amat ringan.

Bagaimana molekul yang ringan ini menjadikan kolagen shaklee berkesan? Lebih ringan molekul kolagen, lebih mudah kolagen ini diserap ke dalam badan kita.  Berat molekul kolagen Shaklee adalah lebih kurang 1,000 Dalton sahaja. Ini akan membantu proses penyerapan oleh tubuh kita bagi merangsang sintesis kolagen pada lapisan dermis. Kesimpulannya, makin ringan molekul kolagen, makin mudah diserap. Makin mudah penyerapan, makin berkesan kolagen tersebut.

Berat molekul yang rendah mempercepatkan penyerapan kolagen.
Berat molekul yang rendah meningkat tahap penyerapan kolagen.

2. Ujian klinikal yang membuktikan kolagen ini berkesan dalam masa yang singkat.

 

Kolagen Shaklee Adalah Yang Terbaik dan Terbukti Berkesan di Pasaran
Ujian klinikal membuktikan kolagen Shaklee berkesan dalam masa 8 minggu.

Continue reading Kenapa Kolagen Shaklee Adalah Yang Terbaik dan Terbukti Berkesan di Pasaran?

Share Button

Promosi Berganda Dari Shaklee

Haa… bulan ni Shaklee buat promosi berganda tau. Biasanya sebulan 1 produk sahaja, tapi bulan ni berlainan promosinya. Ada 2 produk yang best2.

1. Promosi September 2014

Shaklee Collagen Powder yang berkesan dan terbaik.
Shaklee Collagen Powder yang berkesan dan terbaik.

Shaklee Collagen Powder-Beli 6 kotak PERCUMA 1 kotak

Anda boleh terus membaca di sini tentang kolagen ni.

Kolagen Shaklee yang terbaik dan berkesan untuk mencantikkan dan menegangkan serta mencerahkan kulit. Sangat sesuai untuk semua wanita yang mementingkan kesihatan dalaman dan luaran kulit. 🙂

Kolagen Shaklee ini juga terbukti berkesan dalam masa 8 minggu. Ada yang terasa perbezaan lebih cepat daripada itu. Ada yang ambil seminggu pun dah terasa kesannya. Hebat bukan?

2. Promosi September sehingga Oktober 2014

Meal Shakes adalah protein terbaik yang menjadi kegemaran ramai.
Meal Shakes adalah protein terbaik yang menjadi kegemaran ramai.

Meal Shakes-Beli 3 tin dapat 1 tin FREE!!

Anda boleh baca di sini. 7 SEBAB KENAPA ANAK ANDA PERLUKAN MEAL SHAKES. 🙂

Boleh hubungi saya untuk tempahan dan konsultasi. Cara pengambilan vitamin akan disediakan untuk anda. Itu adalah HAK anda sebagai pelanggan nutrisisemulajadi.com.

DAN

Ketahui juga apa kelebihan menjadi AHLI SHAKLEE di sini.

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-7228520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Kenkoushoku.com

 

 

Share Button

Resepi makanan ketika berpantang

pegaga

Kerabu Ulam pegaga

6-10 cekak daun pegaga (bersama akarnya)-di hiris kasar
5 cm halia muda-dihiris halus
5 cm kunyit-dihiris halus
6 ulas bawang merah-dihiris nipis
1 sudu besar lada hitam
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara penyediaan :-

1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar bersama air asam jawa, gula dan garam.
2. Gaul hingga sebati dan hidangkan.

Jom kita tengok khasiat daun pegaga ye.

Pegaga diketahui berkhasiat bagi menyegarkan badan.

Dalam perubatan tradisional, pegaga dapat mengubati luka atau ulser kulit, penyakit kusta, juga dipercayai berupaya melambatkan kulit kedut,  menyembuhkan demam, melancarkan peredaran darah,  merawat pitam, mengurangkan berat badan, awt muda, rawatan lepas bersalin, meningkatkan kecergasan minda, menambahkan kekuatan fizikal, melancarkan suara, merawat penyakit nyayuk, mengawal keguguran rambut ,melicin dan menyihatkan kulit dan sebagainya.  Selain itu digunakan juga untuk menyembuh beberapa penyakit antaranya ialah kencing manis, kecutkan peranakan, mengubat gatal pada vagina, menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dan ubat darah tinggi. Daun pegaga juga boleh merawat kecantikan anda.

(a)   Serikan Wajah Anda.

Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu, tapiskan dan sejukkan. setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam, amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda alan lebih berseri.

(b) Kecutkan Peranakan

Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.

(c) Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka

Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat  mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.

Kredit

Haaaa.. banyak tu tau khasiatnyaa. Di samping tu boleh memperbanyakkan susu jugak. Rajin2lah makan ye. Resepi ni pun simple je.

 

Share Button

Bagaimana GLA Complex membantu anda menurunkan berat badan

Di antara fungsi GLA Complex adalah :-

UNTUK PELANGSINGAN DAN MENGHALANG PERTAMBAHAN BERAT BADAN

-Merendahkan kolesterol LDL (kolesterol jahat)
-Menghalang pertambahan berat badan dengan berkesan
-Memberi tone pada kulit dan otot secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik

Bagaimana?

GLA membantu menurunkan berat badan
Kurangkan berat badan dengan Omega 6

Omega 6 yang terdapat dalam GLA Complex meningkatkan fungsi otak dan jantung di mana akan membantu dalam proses penghadaman dan memproses lemak.
Ini akan membuatkan kadar metabolisme meningkat dan sekaligus akan membantu dalam proses menurunkan berat badan.

Kredit : livestrong

Haaa….. Di samping fungsi2 GLA yang lain, ia juga boleh membantu dalam menurunkan berat badan tau. Bukan 2 in 1 dah, macam all in 1 gitu. Untuk kulit cantik, turunkan gula dalam darah, kurangkan berat badan dan bermacam2 lagi.

Bulan ni ada promosi GLA. Boleh beli 6 PERCUMA 1 tau. Cepat order sebelum terlambat.

Boleh hubungi saya untuk tempahan dan konsultasi. Cara pengambilan vitamin akan disediakan untuk anda. Itu adalah HAK anda sebagai pelanggan nutrisisemulajadi.com.

DAN

Ketahui juga apa kelebihan menjadi AHLI SHAKLEE di sini.

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

 

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-7228520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Kenkoushoku.com

 

 

 

Share Button

Cara kawal penyakit gout melalui pengambilan makanan

Sebelum kita cerita tentang diet untuk pesakit Gout dan cara mengawalnya, jom kita tengok dulu APA ITU GOUT.

Cara kawal penyakit gout melalui pengambilan makanan
Apa itu GOUT?

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. 

  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Kredit

Jika ada kawan2 atau sanak saudara kita yang menghidap penyakit gout ini, boleh sarankan kepada mereka tentang cara-cara mengawal gout dari segi pengambilan makanan. Antaranya ialah :-

  • Kawal makan dengan mengehadkan pengambilan protein daripada sumber haiwan — sesetengah pesakit beranggapan tidak mengapa makan ikut selera kerana ubat gout yang ada sekarang berkesan dan boleh menghilangkan kesakitan akibat keradangan dalam masa beberapa jam. Betul, tetapi kawalan penyakit gout lebih berkesan dengan menjaga pemakanan.

    Ini bukan bermakna pesakit perlu berpantang, tetapi mengurangkan pengambilan jenis makanan yang kaya purin kerana ia boleh meningkatkan paras asid urik seperti organ dalaman (otak, hati, buah pinggang, limpa, jantung), daging angsa, ikan bilis, sardin, ikan kembung dan makanan laut bercengkerang.

    Kajian menunjukkan diet bebas purin hanya dapat mengurangkan 15 hingga 20 peratus paras asid urik. Jadi anda masih boleh makan makanan kegemaran, tetapi pada kuantiti kecil.

    Sebaliknya gantikan dengan sumber protein daripada tumbuh-tumbuhan seperti kacang dan kekacang. Ia juga dapat membantu pesakit mengurangkan pengambilan lemak yang boleh mengakibatkan pertambahan berat badan. Lemak tepu juga dikenal pasti antara penyumbang tidak langsung kepada masalah gout.

  • Kawal berat badan. Kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menyingkirkan asid urik. Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, mulakan bersenam dan kawal pengambilan makanan supaya berat badan dapat dikurangkan secara perlahan-lahan. Diet keterlaluan dan mendadak boleh menyebabkan serangan gout.
  • Jika anda minum minuman beralkohol, hadkan kepada segelas wain atau satu tin bir saja sehari. Alkohol boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah dan meninggikan risiko mendapat keradangan (serangan gout). Jika anda mengalami serangan, jangan minum minuman beralkohol.
  • Minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya dua liter sehari. Tidak mengapa jika anda terpaksa berulang ke tandas banyak kali kerana ia petanda baik. Semakin kerap anda ke tandas, semakin banyak asid urik dibuang.
  • Pilih produk tenusu rendah lemak atau bebas lemak. Ada kajian menunjukkan pengambilan produk tenusu rendah lemak dapat membantu mengurangkan risiko gout.
  • Ambil karbohidrat kompleks — sasarkan untuk makan lebih banyak bijirin, sayur dan buah. Kurangkan makanan mengandungi karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kek.
  • Hadkan pengambilan gula — terlalu banyak gula akan membuatkan kita kurang makan buah, sayur dan bijirin. Makanan yang banyak gula juga banyak kalori yang akan membuatkan anda lebih senang mengalami pertambahan berat badan.

Kredit

Share Button

11 Tips mudah hamil

Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.

11 Tips mudah hamil

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. 

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda.

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal.

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda.

Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap.

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami.

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil multivitamin.

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8. Bersenam secara rutin .

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang.

Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

 10. Kurangkan tekanan.

Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:

  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami

11. Jauhi dadah, merokok dan minuman keras.

Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

Kredit

Share Button

Bagaimana GLA Complex membantu anda cepat hamil?

Bagaimana GLA membantu cepat hamil
Ini damia chan, anak sulung saya. Beberapa minit selepas dilahirkan.

Dah menjadi lumrah kita, bila berumah tangga pasti mahukan cahaya mata sendiri. Sama nak cepat atau lambat tu terpulang kepada ‘citarasa’ masing2. Tapi ada juga yang belum dikurniakan rezeki cahaya mata ni kan. Ada yang sampai 10-20 tahun menanti. Rezeki anak, jodoh, masa depan ni kan rahsia Allah. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segala2nya. Namun begitu, kita disarankan untuk berusaha untuk mendapatkan sesuatu. InshaAllah jika Allah perkenankan, usaha kita itu menampakkan hasil. 🙂
Yang paling penting, PERCAYA rezeki itu dari Allah dan kita hanya dikehendaki mengusahakannya.

Bagaimana GLA Complex membantu anda cepat hamil?
Saat bahagia selepas melahirkan walaupun masih terasa sakitnya bersalin.

Begitu juga dalam usaha mendapatkan cahaya mata. Banyak kaedah yang ada untuk berusaha. Tapi hari ni saya nak share bagaimana pengambilan GLA Complex Shaklee dapat membantu ramai wanita untuk hamil. Jom kita tengok.

Apa itu GLA  (gamma linolenic acid)?

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)?

Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil?

Continue reading Bagaimana GLA Complex membantu anda cepat hamil?

Share Button

Mengatasi Masalah ‘Period Pain’ Secara Semulajadi

Kebanyakan wanita akan mengalami masalah senggugut atau ‘period pain’ ni. Ada yang terpaksa mengambil cuti sakit gara-gara senggugut yang teruk. Ada jugak yang muntah2 dan terlantar jika diserang sakit senggugut. Memang tidak dinafikan, sakitnya memang kadang-kadang boleh bertahan tanpa ‘pain-killer’, dan kebanyakannya memang tak tahan. Dan terpaksa mengambil ‘pain-killer’. 🙁

Mengatasi masalah senggugut dengan GLA Complex dan Ostematrix

Saya juga tidak ketinggalan menghadapi masalah yang sama. Namun semuanya sudah hilang. Alhamdulillah, kini sudah bebas dari sakit senggugut ni. Apa rahsianya? Bagaimana saya MENGATASI MASALAH SENGGUGUT saya?

Jika dulu saya memang banyak mengambil ‘pain-killer’, tapi sekarang tidak lagi. Saya sudah ada pengganti ‘pain-killer’ yang mempunyai efek jangka masa panjang itu. Nak tau apa dia?

Hmmm…. sebelum tu, saya nak share dulu apa kata wanita yang mengalami senggugut teruk umpama PINGGANG NAK PATAH DUA ni….
Akhirnya beliau juga dapat atasi masalah senggugut tersebut.

Jom kita tengok video beliau :-

Haaaaaaaa… itulah rahsia beliau.

Dan ini pula yang saya ambil untuk mengatasi masalah senggugut yang saya hadapi setiap bulan.
Apa dia?
GLA Complex Shaklee dan Ostematrix.

Mengatasi masalah senggugut dengan GLA Complex dan Ostematrix
Mengatasi masalah senggugut dengan GLA Complex dan Ostematrix

Bagaimana GLA Complex dan Ostematrix ini dapat membantu masalah senggugut? Jom kita tengok dengan lebih lanjut.

1. GLA Complex

  • Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
  • Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
  • Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.

Continue reading Mengatasi Masalah ‘Period Pain’ Secara Semulajadi

Share Button

9 tips KEKAL LANGSING di hari raya

4 cara KEKAL LANGSING di hari raya
Antara juadah enak dari negeri Kelantan, nasi dagang.

Kita bakal menyambut lebaran esok, InshaAllah. Jika disebut hari raya, di mata kita pasti terbayang juadah enak dan menyelerakan, bukan? Ya, itu sudah pasti. Sambil2 melepaskan rindu kepada sanak saudara serta rakan taulan, pastinya jamuan makan-makan menjadi kemestian. Namun, jangan terlupa pula yang kita sentiasa ingin ‘maintain’ berat badan kita. Jom kita tengok tips ini.

1. Makan dengan saiz hidangan atau kuantiti yang kecil.

2. Pilih hidangan rendah kalori seperti buah-buahan serta makanan yang kurang minyak, lemak dan santan.

3. Makan snek sihat sebelum menghadiri rumah terbuka.

4. ‘Cheat Day’ hanya pada hari raya, bukannya sepanjang Syawal. <– Yang ni memang kena ingat tau… 🙂

5. Pilih makanan yang tinggi serat untuk mengelakkan sembelit.

6. Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol, biskut raya, kek, ‘cookies’ dan sebagainya.

7. Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut.

8. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi garam seperti kerepek.

9. Banyakkan minum air kosong berbanding minuman berperisa karbonat atau minuman yang manis.

Jika anda risau tak dapat kontrol, pastikan anda ada PERISAI Hari Raya anda. Boleh baca di sini ya.

Dan yang PALING ANDA PERLUKAN ialah untuk menghalang kolesterol daripada terus menerus memasuki sistem tubuh anda.

APA ITU KOLESTEROL?

bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darahmanusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Boleh terus memahami tentang kolesterol di sini.

APA YANG TERJADI JIKA TINGGI KOLESTEROL?
Slide3 Slide4BAGAIMANA UNTUK MENGATASINYA?

1. Sentiasa menjaga pengambilan makanan. Makanan seimbang setiap kali waktu makan.

2. Memperbanyakkan aktiviti fizikal.

3. Kurangkan pengambilan makanan berlemak atau jadualkan pengambilan daging atau ayam dalam menu harian.

4. Mengambil suplemen untuk mengurangkan kolesterol dalam darah seperti Alfalfa, Garlic, Omega Guard dan Lecithin.

5. Menghalang penyerapan KOLESTEROL dengan mengambil FITOSTEROL tumbuhan sebanyak 2,000 mg sehari.

APA YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MENDAPATKAN 2,000 mg FITOSTEROL SEHARI?

 

2000 mg fitosterol daripada phytocol
Kita perlu mengambil makanan ini dalan sehari untuk mendapatkan fitosterol secukupnya.

Ya, inilah hakikatnya. Kita perlu mengambil 200 BATANG LOBAK MERAH, 70 KEPING ROTI GANDUM DAN 425 BIJI TOMATO dalam SEHARI untuk memastikan badan kita mendapat 2,000 mg fitosterol.

Mampukah kita???

Sudah tentu kita tidak mampu bukan? Caranya, hanya dengan mengambil 4 biji PHYTOCOL-ST sehari, badan kita akan mendapat 2,000 mg fitosterol utk menghalang penyerapan kolesterol ke dalam tubuh kita.

APA ITU PHYTOCOL-ST?

Phytocol-ST™ ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh.

  • Mengandungi bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80 kajian, berkesan untuk merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi.
  • Dirumus daripada campuran sterol & stanol yang kaya dengan manfaat kesihatan.
  • Membekalkan 2,000 mg sterol & stanol tumbuhan setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
    Phytocol-ST menurunkan kolesterol secara semulajadi
    Phytocol-ST menurunkan kolesterol secara semulajadi

    Phytocol-ST menurunkan kolesterol secara semulajadi Phytocol-ST menurunkan kolesterol secara semulajadi

Haaa.. tu dia PHYTOCOL-ST yang telah dilakukan lebih 80 kajian, berkesan untuk merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi. (Kolesterol LDL ni adalah kolesterol jahat, yang membahayakan kita.)

Jom sediakan Phytocol-ST ini sebagai perisai kita untuk mengunjungi rumah terbuka hujung minggu ni. 🙂
Boleh klik gambar di bawah untuk order ye…

ATAU

Boleh hubungi saya untuk tempahan dan konsultasi. Cara pengambilan vitamin akan disediakan untuk anda. Itu adalah HAK anda sebagai pelanggan nutrisisemulajadi.com.

Laila (ID 854299)
☎ H/P : 019-7228520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Kenkoushoku.com

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...