Berjaya juga kami bertemu dengan ‘meatballs’ IKEA Tebrau

16 November lepas, Ikea Tebrau Johor Bahru baru sahaja dibuka. Hari pembukaan tu memang ramai sangat rakyat Johor sanggup beratur untuk masuk. Katanya adalah dapat hadiah-hadiah best di hari tersebut.

Lokasinya di sini : ( Bersebelahan dengan Aeon Tebrau)

33, Jalan Harmonium 23/13, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor

Waktu Operasi :

Sunday – Thursday: 10am – 10pm
Friday and Saturday: 10am – 11pm
Eve & public holidays: 10am – 11pm

Boleh klik link ni untuk dapatkan info lebih lanjut.

Ikea Tebrau JB

Kami sekeluarga memang peminat Ikea, tapi takdelah sanggup beratur berjam-jam untuk masuk kan. Tunggu jelah reda dulu. Baru plan untuk pergi. Saya tengok gambar orang tengah beratur yang viral pun NGERI. Hahaha.

Dan hari ni berjaya juga kami ‘checked in’ ke Ikea Tebrau ni. Excited dan tak sabar nak pergi. Target utama memang nak makan meatball Ikea yang sedap tu je. Tak boleh nak berlama-lama sebab encik suami ada banyak perkara yang perlu diselesaikan pada petangnya.

Sementara encik suami pergi solat Jumaat, sempatlah kami 4 beranak pusing-pusing cuci mata dalam Ikea yang best tu.

Kalau kami ke Kuala Lumpur dan ada masa, memang kami takkan lepaskan peluang untuk ke Ikea Cheras atau Ikea Damansara. Memang minat sungguh. Hehe. Encik suami minat sangat dengan menu meatballnya tu haa. Saya pula memang suka jalan-jalan dalam Ikea. Cuci mata je pun ok. Hehe

Kenapa saya gilakan sangat dengan Ikea ni?

1. Ruang yang sangat teratur, kemas dan rasa seronok berjalan-jalan di ruang pameran. Sambil berangan. Hehe. Berangan kan percuma. :mrgreen:

2. Walaupun kadang-kadang kebetulan kami pergi tu agak sesak, nampak teratur juga. Takdelah nampak serabut dan menyesakkan mata.

3. Kemudahan tempat makan yang selesa walaupun ramai orang (walaupun beratur pun panjang sangat dan kadang kala PANAS.. haha), tandas yang bersih dan surau yang nyaman. Surau ni kalau kena waktu ramai orang, bersesak-sesak juga. Ikea Kuala Lumpurlah, Ikea Tebrau tak sempat singgah lagi.

4. Ruang yang luas di segenap kawasan. Kalau bawa anak-anak yang ramai pun takdelah rasa kesian kat anak-anak terpaksa berhimpit dengan ramai orang.

 

 

Yang kecil ni pun gigih makan meatball. Hehe
Wajah-wajah gembira dapat meatballs yang dimimpikan. Hehe

5. Encik suami paling suka dengan meatball. Nampak dia sangat excited kalau dapat pergi makan tu. Muka bercahaya dan tak sabar gitu haa. Secara automatik, kita yang suka biasa-biasa ni pun rasa seronok tengok orang yang kita sayang happy. Tak gitu? Hehe.

Masa beratur dan makan di Ikea Tebrau pagi tadi, memang rasa agak panas juga. Mungkin sebab ramai sangat orang kot kan. Atau taktahulah kalau diorang jimat aircond. 😛

Encik suami kata, “sebab ramai sangat kot orang.” Kalau dah suka tu, semuanya OK saja. Hehe.

Alhamdulillah, dapatlah kami sekeluarga menikmati meatball Ikea Tebrau yang dinanti-nantikan. Alhamdulillah, satu lagi memori bersama keluarga dapat dicipta. Anak-anak pun happy, mama dan papa apatah lagi rasa bahagia kan tengok anak-anak gembira.

Family photo untuk tahun 2017. Yeay!!!

Pagi tadi kami makan meatballs, mushroom soup, garlic bread dan chicken wings. Nak tau harganya? Korang boleh tengok dan belek-belek kat sini ya.

Harga Makanan Di Restoran IKEA

Dalam perjalanan balik tu sempat lagi singgah Shaklee cawangan JB sekejap. Ada order urgent dari customer yang nak Set Chicken Pox. Kesian customer ni sebab kena chicken pox berdua dengan anak beliau yang berusia dalam 4/5 tahun. Suami pula jauh di KL. Alhamdulillah dapat juga belikan beliau suplemen untuk chicken pox supaya cepat baik dan dapat redakan gatal-gatal chicken pox tu. Moga beliau dan anaknya cepat sembuh dan dipermudahkan urusan. InshaAllah.

Ok, bersambung kembali kepada kisah Ikea Tebrau kita. Kalau nak pergi sekarang, hari bekerja tu nampak macam ok je. Tak ramai sangat orang. Kami pergi tadi tu pun ok je walaupun hari Jumaat di Johor ni dikira hari cuti hujung minggu untuk pekerja kerajaan dan anak-anak sekolah. Masih ada parking, masih boleh duduk di meja makan dengan selesa tanpa rasa bersalah makan perlahan-lahan pun. 😀 Kalau Sabtu dan Ahad tu memang kena pergi awal-awal pagilah kot. Kalau tak, memang terpaksa mengharung jem yang panjang ler.

Jangan lupa telan Vitalea, B Complex dan Ostematrix sebelum ke sana.

*Vitalea untuk beri tenaga segera yang berpanjangan

*B Complex meredakan tekanan walaupun terpaksa mengharung jem dan meningkatkan metabolisme (penting ni untuk bakar kalori makan meatballs dan chicken wings. Ahaks)

*Ostematrix untuk hilangkan lenguh-lenguh berjalan dalam Ikea super besar tu. Sebelum melepek masa balik tu, sediakan dulu diri supaya tiptop!

Selamat berIKEA dengan gembira ya.

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge