Masalah Keputihan Semasa Hamil Boleh Membahayakan Bayi Anda

Masalah keputihan semasa hamil adalah disebabkan bahagian faraj mengandungi gula yang tinggi dipanggil glikogen dan boleh menggalakkan pertumbuhan kulat.

cara rawat keputihan semasa hamil

Masalah ini mungkin dianggap biasa oleh seorang wanita selagi ia tidak mengganggu aktiviti seharian atau hubungan intim bersama suami. Namun, ia perlu dipandang serius oleh ibu yang mengandung kerana keputihan yang teruk bukan sahaja merimaskan ibu mengandung, tetapi ia boleh menjejaskan kesihatan bayi di dalam kandungan.

Untuk ibu pula, jika masalah keputihan ini dipandang ringan dan tidak dirawat, ia boleh menyebabkan masalah yang lebih besar seperti kanser rahim.

cara rawat keputihan

Kelahiran pra-matang juga boleh berlaku jika anda mengalami masalah keputihan yang teruk. Jadi, ibu-ibu haruslah berbuat sesuatu jika ada masalah lelehan faraj atau keputihan ni.

Cara Elak Masalah Keputihan

1. Gunakan seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas. Elakkan menggunakan seluar dalam jenis kain satin. Mungkin ia nampak cantik di mata anda, namun demi kesihatan anda, elakkan sementara anda hamil. 🙂

2. Elakkan menggunakan panty liner kerana bahan kimia yang terkandung di dalam panty liner boleh menjejaskan bakteria semulajadi di bahagian faraj.

3. Jangan gunakan wangian atau bedak untuk diletakkan di bahagian faraj.

4. Sentiasa memastikan bahagian faraj sentiasa bersih dan kering.

5. Basuh dengan air bersih atau air suam selepas membuang air kecil atau selepas aktiviti seks.

6. Basuh bahagian faraj ke bahagian belakang selepas membuang air besar.

7. Kurangkan makanan yang mengandungi gula. Boleh juga buat detoks sebulan sekali untuk elak masalah keputihan ni.

Sumber : MyHealthGov

Cara Rawat Masalah Keputihan Secara Semulajadi

1. Minum Jus Kranberi

Minum jus kranberi tanpa gula untuk mengurangkan masalah keputihan. Ingat ya, pastikan jus yang diberi itu adalah 100% perahan kranberi sahaja. Bukan yang dicampur dengan gula ya.

2. Minum Air Masak Lebih Kerap

Minum air masak dengan lebih banyak setiap hari. Ini dapat mengurangkan masalah keputihan yang boleh menyebabkan masalah kencing kotor.

3. Buat Detoks Sebulan Sekali

Buat detoks ni antara yang paling berkesan untuk atasi masalah keputihan ni kerana semasa detoks kita elakkan pengambilan gula putih, roti putih, makanan berasaskan gandum putih, kopi dan beberapa jenis makanan lagi.

4. Ambil Suplemen Yang Selamat

Pengambilan Vitamin C, Garlic dan Alfalfa dapat membantu masalah keputihan daripada terus berlarutan.

Boleh hubungi saya di sini untuk konsultasi dan pertanyaan.

 

Cara atasi keputihan semasa hamil

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Laila Ismail

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge