Mampu Belanja Family Walaupun Hanya Surirumah

Hampir 2 tahun dah akak selim berhenti kerja di sebuah syarikat Panaxxx selepas 13 tahun setia berkhidmat. 🙂 Alhamdulillah, akhirnya Allah beri peluang untuk akak selim berkhidmat di rumah pula. Berkhidmat sebagai mak supir, masterchef, manager, tukang sapu, tukang mop, penghibur dan pelbagai ‘kerjaya’ di rumah. Bukan itu sahaja, akak selim adalah ibu yang bekerja di rumah. Alhamdulillah setakat 2 tahun bekerja ni, masih tetap dapat income/bonus 4 angka setiap bulan tanpa gagal.

Bisnes yang menguntungkan

Dari mana income ni? Akak selim buat bisnes Shaklee sepenuh masa. Ya, sepenuh masa! Inilah kerjaya sebenar akak selim dari rumah. Dalam masa yang sama menguruskan rumah bersama 3 orang puteri yang cantik-cantik sedang membesar. Alhamdulillah.

Biasanya bonus Shaklee ni akak selim buat belanja keluarga makan-makan. Selain tu, keluarkan zakat, berikan pada mak, bayar segala hutang yang ada dan belanja keluarga semasa travel. Memang big boss (encik suami) akan belanja semua tapi seboleh-bolehnya akak selim juga ingin menyumbang untuk keluarga.

bonus-shaklee
Kenangan raya 2016, jalan-jalan Zoo Taiping

Kadang-kadang akak selim ambil peluang untuk bayar tol ke, isi minyak atau belanja makan. 🙂 Seronok sebenarnya bila dapat keluarkan duit untuk keluarga ni. Terutamanya bila tengok anak-anak seronok, secara tak langsung kita pun rasa gembira dan bahagia.

Akak selim rasa semua ibu bapa pun macam tu kan? Kalau hanya surirumah sepenuh masa tanpa pendapatan, memang akak selim tak mampulah nak berbelanja untuk keluarga. Sekarang ni Alhamdulillah ada pendapatan sendiri.

Bisnes yang menguntungkan
Bisnes Shaklee modal rendah kurang dari RM100

Anda surirumah? atau pelajar yang ingin jana pendapatan sampingan dari rumah? Akak selim boleh bantu untuk jana pendapatan dari rumah secara online sahaja. Modal pun rendah sahaja kurang dari RM100. Segala urusan pun online. Tidak perlu bersusah payah untuk keluar ke pejabat pos atau ke mana-mana untuk menuntut ilmu mahu pun untuk menghantar barang. Semuanya Shaklee dah sediakan. Kita hanya cari customer sahaja.

Akak selim akan ajar bagaimana menjalankan bisnes ni secara terperinci. InshaAllah kita sama-sama lakukannya ya.

Hubungi akak selim di 019-722 8520

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge