Makanan Ber’angin’ Yang Perlu Dielakkan Semasa Berpantang

Semasa kita berpantang, banyak juga makanan2 yang perlu dielakkan supaya badan tidak berangin. Kehadiran angin atau gas ini boleh menyebabkan kita berasa tidak selesa dan sakit. Biasanya ia berpunca daripada 2 sumber iaitu

  • Udara yang disedut.
  • Akibat bakteria yang terdapat dalam usus besar. Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dihadamkan dengan baik.

Jika diikutkan pengalaman saya berpantang semasa bersalinkan anak saya, meamng saya cuba elakkan makanan2 yang berangin ni. Tapi tengok kepada badan masing2 juga. Ada yang ok dan ada yang tak ok.

Perut berangin

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Angin Dalam Perut

1. Kebanyakan jenis kekacang kering dan kacang panjang.

Saya memang tak ambik makanan berkacang ni. Lebih2 lagi kacang panjang. Memang ‘takuttt’ gitu. Takut sakit urat (orang tua kata.. hehehe)

2. Susu, ais krim dan keju

Yang ni saya tak pantang pun kecuali ais krim. Susu tu seeloknya minum susu panaslah ya.

3. Kobis, lobak putih, kobis bunga dan asparagus.

Saya ada pengalaman ngeri dengan kobis ni. Masa tu memang tak tahu pun kobis tak boleh dimakan sebab sejuk (mak saya cakap), memang demam urat lepas makan ni. 🙁
Lobak putih memang ambil setiap hari sebab nak banyakkan susu. Nanti saya share resepi2 untuk lobak putih ni ye. Sedap jugak kalau kena cara masakannya. 🙂
Dulu2 tak pernah pandang pun lobak putih, hehehe… Tapi demi nak menyusukan anak sepenuhnya, saya memang pulun makan lobak putih ni. 🙂

4. Sayur berubi seperti sengkuang.

Sayur berubi ni memang saya tak ambik langsung.

5. Buah-buahan seperti nangka, sukun dan pisang.

Buah-buahan tempatan ni saya tak ambik semasa pantang. Sebab katanya semua sejuk. Saya hanya ambil oren dan anggur je. Untuk elak sembelit. 🙂

6. Minuman berkarbonat.

Yang ni memang WAJIB pantang 100 hari! A BIG NO ni untuk ambil masa pantang. Bukan setakat badan berangin tapi tak bagus untuk rahim kita yang baru nak sembuh kan.

Haa… itulah serba sedikit info untuk dijadikan rujukan ibu2 berpantang. Harap2 semua sihat yaa….
Selamat berpantang 🙂

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge