Tentang Lemak Yang Wajib Anda Ambil Tahu Jika Ingin Kekal Kurus

Sebelum memulakan program diet, seelok-eloknya kita perlu ambil tahu tentang apa yang badan kita perlukan dan fakta tentang lemak dalam proses menurunkan berat badan. Jadi kita tidaklah diet dengan cara yang salah kan?

Salah satunya perkara yang WAJIB kita ambil tahu ialah tentang LEMAK. Kita semua tahu bahawa lemak ni menyumbang kepada kegemukan seseorang.

kurus cepat dengan kecilkan lemak

Tapi tahukah anda yang

  • LEMAK ini umpama benda hidup?
  • LEMAK ini tidak mungkin akan keluar dari badan kita selamanya?
  • LEMAK ini hanya boleh mengembang dan mengecil sahaja? Umpama BELON!
  • LEMAK ini memang sangat membahayakan? Yang ini je kan biasanya kita ambl berat. Dan kita cuba sedaya upaya menyingkirkan lemak dari badan dengan pelbagai cara.

AkakSelim ni dah 38 tahun hidup kat dunia ni, inilah kali pertama Akak Selim tahu tentang lemak yang takkan pernah akan keluar dari badan. Sobsobsob 🙁

AkakSelim bersyukur sangat dipertemukan dengan Encik KhairulDietitian (IG : @khairuldietitian). Semua ni AkakSelim belajar dari beliau lah. Alhamdulillah.

Ok, kita teruskan tentang lemak ni. Cuba tengok gambarajah di bawah.

Turunkan berat badan cepat

Gambar : Fanpage Bahagia Jemali

1. Jumlah sel lemak adalah sama sahaja cuma sel lemak akan mengecil apabila kita menjaga pemakanan dan gaya hidup aktif.

2. Sel lemak akan mengembang jika kita tidak aktif, kesannya berat badan akan bertambah.

3. Sel lemak ini akan terus bertambah dari masa ke semasa jika kita makan makanan yang berlemak. Kesannya, kalau kita ada masalah berat badan, maka makin bertambahlah berat badan kita.

4. Sel lemak terbina sejak kita dalam kandungan lagi dan harus dikawal di awal usia kanak-kanak. Oleh kerana itulah ibu bapa dinasihatkan supaya menjaga pemakanan anak-anak agar tidak obes.

5. Jika kita mengalami masalah obesiti sejak kecil, adalah tidak mustahil kita akan terus obes sehingga dewasa jika tidak mengubah cara hidup dan pemakanan. Kenapa? Kembali kepada teori no 1, 2 dan 3 di atas.

Jadi,

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mencegah Sel Lemak Bertambah atau Mengembang?

kurus cepat dengan kecilkan lemak

Gambar : Google

Amalkan gaya hidup sihat dan aktif

Jika pernah mengalami obesiti, dan berjaya turunkan berat badan ke berat ideal, adalah tidak mustahil akan kembali obes jika tidak dijaga. Sebab? Sebab sel lemak kan tidak pernah berkurang. Ingat tak? Ia akan mengembang semula dan akan menyebabkan pertambahan berat badan.

Elakkan Makanan Berlemak

Dalam usaha mengelakkan sel lemak bertambah, kita harus menjaga pemakanan kita. Kerana dari pemakanan sel lemak akan bertambah dan semakin bertambah.

Kesimpulannya yang perlu kita ingat ialah SEL LEMAK INI TIDAK PERNAH BERKURANG, ia kekal dalam jumlah yang sama sejak kita kecil. Cuma yang membezakan kita gemuk atau kurus ini adalah sel lemak itu kecil atau sedang mengembang.

Selain info dari Encik Khairul Dietitian, saya juga merujuk kepada artikel Teori Lemak dan Fanpage Bahagia Jemali. 🙂

Semoga info ini bermanfaat terutamanya untuk mereka yang sama tujuan macam AkakSelim yang dalam proses menurunkan berat badan.

Boleh whatsapp AkakSelim di 019-722 8520 jika ingin menurunkan berat badan secara berjemaah

Ganbatte kudasai !!! (good luck!!)

 

Love,

Pakar Detoks
Pakar Slim

akakselim

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

    1. Sama2 saybah.

      Akak pun sama. Baru je tahu bila belajar macam2 ni.
      Alhamdulillah…

      Boleh kita hati2 dengan sel lemak ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge